Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, October 6, 2009

HAFIZ HAMIDUN TERUS MELEBARKAN SAYAP DIPESADA NASYID

BERITA @FN

HAFIZ TERBIT RADIO NASYID ONLINE PERTAMA


HAFIZ HAMIDUN

Teks oleh Razif Rosdi

Kemunculan Hafiz Hamidun (HH) mula disedari selepas dia memenangi anugerah MACP walaupun dia mula menjinakkan diri sebagai penyanyi nasyid bersama kumpulan UNIC. Dia juga gigih menjadi pengacara, komposer dan penerbit. Malah, HH telah mencipta lagu tema raya bagi murai.com.my iaitu Yok Beraya nyanyian Hafiz AF7.

Kini anak muda yang baru putus tunang sebelum menjelang raya meneruskan kehidupan dengan menerbitkan sebuah radio nasyid online pertama iaitu Nasyid FM.

Jom ikuti temubual eksklusif bersama HH yang kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu Arteffects Production yang menampilkan Aiman dan dirinya sebagai artis.


MURAI: Sudah berapa lama Nasyid FM berrsiaran?

HH: Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun. Ia mula ditubuhkan pada 31 November 2006. Sebelum ini, ia diperkenalkan untuk medium nasyid 24 jam secara percubaan saja.

MURAI: Bagaimana dapat idea untuk menerbitkan Nasyid FM?

HH: Pada asalnya Nasyid FM diasaskan seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Ia telah mendapat bantuan ramai peminat nasyid yang selalu online. Jadi, ramai peminat nasyid dalam talian menyumbangkan koleksi lagu-lagu nasyid ada dalam koleksi masing-masing. Hingga kini ia sudah mencecah lebih 3,000 koleksi nasyid-nasyid terkini, lama dari artis tempatan dan antarabangsa.

MURAI: Bagaimana ia boleh menjadi anak syarikat Arteffects Prodution?

HH: Buat sementara waktu, ia masih belum rasmi lagi. Namun, radio ini merupakan subsidiari Arteffects Production. Namun, Arteffects akan menaungi Nasyid FM untuk urusan promosi dan publisiti serta mini konti. Malah, pejabat urusan Arteffect Production di Cheras akan menjadi lokasi operasi Nasyid FM.

MURAI: Jadi, siapakah penaung Nasyid FM dan berapakah pelaburan yang digunakan untuk Nasyid FM?

HH: Nasyid FM bergerak sepenuhnya melalui ihsan pelbagai pihak tak kiralah orang perseorangan dan badan korporat. Ia bermula dari server, pembangunan kandungan, penyelenggaraan sehinggalah penyampai-penyampai yang bertugas. Ketika ini, semua proses melalui penajaan dan kerja sukarela.

MURAI: Apakah matlamat Nasyid FM?

HH: Matlamat Nasyid FM bukanlah atas dasar mencari keuntungan tetapi sebagai medium penyiaran dakwah 24 jam. Ia tidak terhad untuk lagu2 nasyid saja. Nasyid FM turut turut menyediakan ceramah-ceramah dan juga pengisian ilmiah.

MURAI: Berapa orang penyampai dan siapakah mereka?

HH: Kini, ada 9 orang penyampai sukarela dan mereka terdiri dari peminat-peminat nasyid dalam dan luar negara.

MURAI: Apakah daya penarik Nasyid FM berbanding stesen radio lain terutama sekali IKIM FM?

HH: Nasyid FM adalah radio talian 24 jam pertama di Malaysia. Ia memaparkan lagu-lagu nasyid dari Malaysia, negara jiran serta lagu nasyid antarabangsa. Kemunculan Nasyid FM bukan untuk bersaing dengan mana radio apatah lagi IKIM. Namun, perbezaan kami dari segi mudah capaian khususnya dalam talian. Apa yang istimewa, radio ini boleh diakses melalui streaming di telefon bimbit dan melalui aplikasi di iPhone dan lain-lain telefon bimbit pada masa akan datang. Paling penting ia merupakan radio dari peminat nasyid kepada peminat nasyid.

MURAI: Boleh jelaskan cara penggunaan Nasyid FM selain di Internet?

HH: Melalui aplikasi Real Player, pendengar boleh menggunakan streaming links dengan memasukkan alamat http://host-1.nasyidfm.net:8000. Ketika ini kami masih lagi menunggu respon dari Apple untuk membolehkan ia dijadikan aplikasi percuma untuk iphone.

MURAI: Adakah dengan Nasyid FM ini untuk membuktikan HH adalah pelopor seni nasyid yang baru?

HH: Tidaklah sampai ke tahap itu. Saya cuma ingin menjadi tunggak nasyid zaman IT . Radio-radio biasa bukannya tidak mainkan lagu nasyid. Kami hanya mahu menjadi wadah alternatif. Sebenarnya, penggerak Nasyid FM semuanya dibawah lingkungan umur 20-an dan belia.

MURAI: Secara jujur, apa yang HH mahu dalam industri seni ini kerana HH bukan saja penyanyi tetapi komposer, pengacara dan usahawan?

HH: Saya melihat setiap peluang yang ada. Setiap anugerah Allah boleh diperkembangkan sekiranya ada cara yang betul dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas. Sejujurnya, saya rasa saya tidak boleh bergerak sendirian, berbeza dengan zaman kegemilangan muzik nasyid pada hujung 90-an. Sekurang-kurangnya, dengan adanya Nasyid FM semua warga nasyid fm, dapat membantu menaikkan industri muzik nasyid dan wadah dakwah khususnya.

MURAI: Siapakah idola HH dalam bidang Nasyid?

HH: Sekarang ini, saya begitu mengagumi karya, cara dan usaha yang dilakukan oleh Sami Yusuf. Beliau dahulu dinaungi syarikat rakaman bertahap Mega. Pun begitu, setelah beliau dikhianati oleh syarikat tersebut, beliau bangkit dengan usaha sendiri, re-branding semula nama beliau dan kini dalam laman komuniti facebook saja, peminatnya lebih sejuta orang! Sami Yusuf ialah inspirasi terbaik saya sekarang. Saya tak nafikan Yasin Sulaiman juga banyak memberi inspirasi susur galur muzik saya.

MURAI: Apakah URL Nasyid FM?

HH: Dulu ia dikenali melalui domain www.nasyidfm.net.my tapi kini demi memantapkan capaian dan menjadikan Nasyid FM lebih dikenali, kami menjadikan domain kepada www.nasyid.fm. Ia lebih mudah diingati.

Sumber : MURAI

BERITA @FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More