Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, October 6, 2009

KUMPULAN NASYID TERBARU NUSRAH

BERITA @ FN

NUSRAH TAMPIL DENGAN ALBUM BARU "JIWAKU"



NUSRAH

Bakat kumpulan NUSRAH mula dikesan menerusi sesi uji bakat yang diadakan oleh En Ibrahim dan En Rahim Othman. Ia merupakan artis pertama yang bernaung di bawah Denai Production Sdn Bhd.

Album pertamanya diterbitkan oleh Denai Production Sdn Bhd yang bertajuk Anugerah Sebuah Kehidupan dan penerbitnya Rahim Othman. Pemuzik yang turut menjayakan album NUSRAH ialah Fauzi Marzuki, Andi Rahman, Ujang 'Exist', Eddi 'Slam', AUb, Pae 'Barongan' dan Firdaus.

Kini NUSRAH tampil dengan album baru NUSRAH-JIWAKU yang akan dilancarkan pada bulan Oktober 2009. Menampilkan 10 buahlagu antaranya Abu Bakar, Astaghfirullah, Ayah Ibu, Doa, Insaflah, Jangan Alpa, Jiwaku, Meniti Cinta, Sinar RahmatMU dan yakin.

Lagu Doa yang dinyanyikan oleh Rahimah Rahim, tetapi kini dinyanyikan oleh NUSRAH dalam versi baru yang lebih harmoni. Kumpulan NUSRAH lebih menekan vokal dan keharmonian hasil gabungan suara penyanyi. Muziknya ringkas dan iramanya lembut yang sedap didengar.

Dianggotai 4 orang anak muda antaranya Abdul Hadi Bin Mohd Rafaie, Mohd Najib Bin Sani, Mohamad Musawwaf Bin Khatan, Mohd Firdaus Bin Mubin.

Untuk pradengar lagu daripada album NUSRAH-JIWAKU anda boleh melayari di http://albumnusrah.blogspot.com ...

Untuk mendengarkan lagu-lagu kumpulan Nusrah anda boleh mendengarkannya di NasyidFM Wadah Hiburan Terkini dan sekiranya ingin mendapatkan Album tersebut pastikan anda mendapatkan yg original.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan album Kumpulan Nusrah anda boleh melawati laman web http://www.denai.com.my

Semoga dengan kehadiran kumpulan Nusrah di arena nasyid tempatan dapat menceriakan lagi suasana industri nasyid di Malaysia.

Info Nasyid @ Nasyid & Friends

Sumber :"Nasyid & Friends : Connecting Muslim"

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

1 comments:

LAGU SINAR RAHMATMU SEDAP DAN BERKUALITI..

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More