Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, October 2, 2009

RABBANI, INA NAIM & FAR EAST DI DAURAH NMI ( KHAS RAYA )

BERITA @FN

DAURAH NMI SIARAN KHAS RAYA BERSAMA TETAMU KUMPULAN RABBANI PADA HARI RAYA KE ENAM DI RTM

Berbanding carta-carta lagu popular yang disiarkan stesen-stesen TV di negara kita pastinya sesuatu yang boleh dibanggakan apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan kelainan kerana selain berkongsi carta lagu-lagu nasyid terbaik masa kini menerusi Daurah NMI (Nasyid Minggu Ini) yang kini masih bertahan siarannya di RTM.

Seperti program-program lain yang muncul dengan edisi khas berhari raya, Daurah NMI Khas Raya juga tidak ketinggalan menghiburkan penonton yang akan bersiaran pada 25 September 2009 (Jumaat) bersamaan Hari Raya ke enam, jam 6.00 pagi dan ulangsiarnya pada hari sama jam 2.30 petang di TV2.

Namun istimewanya kali ini Daurah NMI tidak memaparkan daurah mingguan sebaliknya video-video muzik nasyid bertemakan hari raya dalam menyemarakkan sambutan Syawal yang diraikan seluruh umat Islam ini.

Begitu pun penonton tidak sekadar dihiburkan menerusi video-video muzik sahaja malah suasana keceriaan lebaran di studio turut dikongsi sama dengan kemunculan beberapa artis undangan istimewa termasuklah Kumpulan Rabbani tanpa Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, Kumpulan Far East dan pasangan artis suami isteri, Suhaimi dan Ina Naim.

Pastinya kemunculan mereka artis-artis ini akan bercerita mengenai aktiviti mereka semasa berpuasa di bulan Ramadan, melakukan persiapan hari raya dan sepanjang meraikan Syawal yang diraikan bersama keluarga, saudara mara dan insan-insan tersayang. Apatahlagi seperti selebriti yang lainnya rumah mereka pastinya meriah dikunjungi peminat-peminat yang banyak mendorong kejayaan mereka menjadi artis dikenali.

Sepanjang setengah jam bersiaran, Daurah NMI Khas Raya mengekalkan pengacara Sufian Amrin yang dikenali sebagai ahli Kumpulan nasyid Saujana dan bergandingan dengan Suraya Mohammad akan bersama-sama dalam rancangan ini menemubual artis undangan di studio.

Antara lagu raya yang disampaikan adalah Gema Hari Raya oleh Kumpulan Rabbani dan lagu-lagu raya disampaikan oleh Raihan dan Nowseeheart.

Kepada anda yang ingin berkongsi lagu-lagu raya dengan konsep nasyid khas Aidilfitri ini, usah ketinggalan menyaksikan Daurah NMI Khas Raya pada 25 September 2009 (Jumaat) bersamaan Hari Raya ke enam, jam 6.00 pagi dan ulangsiarnya pada hari sama jam 2.30 petang di TV2.

Sumber : BUDIEY

BERITA @FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More