ISTIMEWA SYAHADAH 5 EDISI RAYA RTM
Setelah 30 episod program Syahadah disiarkan sepanjang Ramadan, bermula dengan segmen pengenalan yang memperkenalkan latarbelakang lokasi, kedudukan geografi, sosio ekonomi, politik dan pentadbiran negara serta komuniti di negara Islam Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Tajikistan, kini episod Syahadah Edisi Raya, bakal menemui penonton setia rancangan dokumentari ini pada bulan Syawal yang mulia ini.
Ikuti Syahadah Edisi Raya yang bersiaran pada hari hari Rabu hingga Jumaat, 23 hingga 25 September 2009, jam 12.31 tengahari hingga 1.00 tengahari di TV1.
Sesuatu yang pasti dinanti-nantikan penonton pastinya berkongsi pengalaman dan merasai kemanisan berhari Raya dengan penduduk di wilayah-wilayah yang telah pun diterokai mereka sepanjang menjalani penggambaran yang lalu. Mengikut kajian, negara Islam Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Tajikistan mempunyai penduduk yang majoritinya beragama Islam dan penglibatan mereka dalam pembangunan sosio ekonomi negara amat menggalakkan. Negara-negara ini juga mempunyai banyak kesan tinggalan sejarah penyebaran islam dan penaklukan empayar besar beratus tahun dahulu. Lokasi-lokasi bersejarah ini menjadi fokus menarik untuk dipertontonkan kepada khalayak dan boleh dijadikan destinasi tarikan kepada pelancong luar.
Menerusi Syahadah Edisi Raya, membawa penonton menjelajah ke Kyrgystan yang terkenal dengan jolokan Switzerland Asia Tengah. Dengan kepadatan penduduk berjumlah 11 juta orang dengan majoriti beragama Islam, Kyrgystan juga mepunyai penduduk yang berbagai bangsa. Menjelajah ke Bishek yang berkeluasan 160 km persegi, dengan populasi penduduk 1 juta orang yang menjadi ibu negara dan pusat kegiatan ekonomi, politik, sains, budaya dan hub pengangkutan moden, pastinya akan memaparkan kehidupan dan kemajuan masyarakat Islam di sana. Terletak di kawasan lembah Chui dan kaki pergunungan Ala-Too, Bishek asalnya merupakan tempat persinggahan kafilah perdagangan yang melalui banjaran Tien Shan. Episod ini akan memaparkan keindahan negara Kyrgystan dan perkembangan agama Islam di negara yang cukup terkenal dengan keindahannya pada musim panas.
Syahadah Edisi Raya akan membawa penonton meninjau masyarakat etnik Lahij di Azerbaijan. Lahij merupakan sebuah bandar purba dan menjadi bandar warisan yang dikekalkan oleh Kerajaan Azerbaijan. Ia didiami oleh etnik Lahij yang kaya dengan seni warisan penghasilan barangan tembaga dan penghasilan karpet buatan tangan. Ikuti kisah kehidupan pembuat tembaga Aliyev Kablami dan ikuti sebuah majlis berkhatan yang diadakan dengan penuh tradisi disamping memelihara tuntutan Islam. Selain itu, dalami seni muzik dan kebudayaan Tajikistan yang sangat indah dan memiliki identiti tersendiri. Malah ia dipersembahkan dengan penuh tradisi dan memiliki nilai-nilai yang disampaikan dalam sesuatu persembahan. Ikuti kisah pengamal serta pembuat alatan-alatan muzik tradisi yang terdiri dari etnik Tajik dan etnik Pamir yang sangat ternama di peringkat Asia Tengah.
Bagi episod khas Hari Raya Aidilfitri Uzbekistan, akan membawa penonton untuk melihat kemeriahan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama warganegara Malaysia di Uzbekistan yang telah di adakan di Kedutaan Malaysia di Uzbekistan. Selain menunjukkan cara pembuatan makanan tradisional masyarakat Uzbekistan iaitu Pilaf. Juga melihatkan kemeriahan sambutan Hari Raya di Tashkent.
Justeru nantikan siaran program Syahadah Edisi Raya ini yang bakal menemui penonton pada hari Rabu hingga Jumaat, 23 hingga 25 September 2009, jam 12.31 tengahari hingga 1.00 tengahari di TV1.
Sumber : BUDIEY
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment