Tuesday, November 10, 2009

ALBUM TERBARU RABBANI BAKAL MENYUSUL

BERITA @ FN

Album baru Rabbani

28 Oktober 2009 / 9 Zulkaedah 1430 H

 Bertempat di Studio Rakaman Nasyeed Edutainment Publishing (NEP), Kumpulan Rabbani yang dianggotai oleh Asri Ubaidulllah, Azadan, Rahmat, Lokhman, Ritaudin dan Zul berkampung selama beberapa hari untuk pembikinan album terbaru yang akan menjanjikan beberapa kelainan. Berbeza dari sebelumnya, Kumpulan Rabbani yang terdiri dari 6 orang kini mengambil langkah cepat untuk menyiapkan album terbaru yang akan membariskan lagu antaranya berjudul Syahadah, Mahabbatullah, Kejora Sinar Zaman dan Nurul Iman.

Apa yang menarik, Kejora Sinar Zaman diilhamkan khas untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Lagu mendayu ciptaan Azmee Abd Manap ini begitu meruntun hati sesiapa yang mendengar. Nurul Iman juga bakal dijadikan lagu tema (soundtrack) untuk sebuah drama terbaru di TV3 tidak lama lagi.

Azmee Abd Manap bertindak sebagai penerbit turut mencipta 7 buah lagu dan dibantu oleh Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin sebagai penerbit bersama. Sepanjang pembikinan album, komposer terkenal Farihin Abdul Fatah, penyanyi Yasin Sulaiman dan Hashim Ngadiman, Pengarah Urusan Corpora Corporation turut berkunjung untuk memberi sokongan. Album pertama diterbitkan tanpa Allahyarham ini adalah terbitan Rabbani Production.

Berita Oleh : Sis Mass

Foto : Sis Syiera

Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin memantau vokal Bro Zul Rabbani sambil diperhatikan oleh Bro Asri Ubaidulllah

Dakmie dan Ustaz Sohibul berkongsi pendapat tentang rakaman album terbaru rabbani

Sekitar rakaman album

Sumber : NASYEED
BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More