Tuesday, November 10, 2009

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA NMI 2009



BERITA @ FN


Anugerah Juara NMI ke 5


30 Oktober 2009 / 11 Zulkaedah 1430 H

Tahniah kepada semua finalis Juara Nmi yang telah melangsungkan Anugerah Juara Nmi ke 5 bersama-sama dengan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan ke 20 pada 30 Oktober lalu di Dewan B, Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Juara Nmi juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dalam acara Festival Nasyid Kebangsaan ke 20. Semua penganugerahan Terbaik Nmi diadili oleh juri profesional yang dilantik oleh NMI dan bagi anugerah Popular Nmi berdasarkan 100% undian penonton.


Pihak Nmi juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan tropi pemenang acara Juara Nmi ke 5 oleh Sekretariat Anugerah Industri Nasyid Malaysia ( AIN ).


Dengan berakhirnya penganugerahan tersebut maka berakhirlah Daurah NMI untuk tahun 2009 bagi tahun ke enam bersiaran di tv. Semoga dapat bertemu lagi dengan semua penyokong dan peminat Nmi di seluruh Malaysia, Sebahagian Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thai.

Saluran Nasyid Terbaik Hanya Di NMI terbitan JAKIM sejak 2004.


Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Juara Nmi ke 5 tahun 2009:

NASYID TERBAIK NMI2009

Selamat Tinggal Dunia- Suhaimi

NASYID POPULAR NMI2009

Allahurabbi - Inteam

KLIP VIDEO( VIDEO MUZIK ) TERBAIK NMI2009

Kembalikan Damai - Amar

KUMPULAN NASYID POPULAR NMI2009

Inteam

ARTIS SOLO NASYID POPULAR NMI2009

Amar

LIRIK NASYID TERBAIK NMI2009

Selamat Tinggal Dunia

KEDUDUKAN DAURAH JUARA NMI KE 5, 2009

1. Inteam - Allahurabbi

2. Nice - Bicara Hatiku

3. Nakriz - Tazkirah

4. Amar - Kembalikan Damai

5. All One - Bilal Bin Rabah


Sumber : NASYEED


BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More