Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, November 25, 2009

PESANAN OPICK "ALLAH DEKAT DENGAN KITA"

BERITA @ FN

PERIBADI SEORANG PENDAKWAH INDONESIA YANG DISEGANI

Opick

Alhamdulillah, sekali lagi inteam berpeluang bertemu dan bekerjasama dengan Opick, penyanyi dakwah terkenal dari Indonesia yang telah melalui transformasi dari dunia rock ke dunia nasyid. Mungkin ramai yang lebih mengenali lagu ciptaan beliau "DEALOVA" daripada mengenali personilnya sendiri.



Sesungguhnya peluang bersama beliau sarat terisi dengan nasihat dan pedoman dari pengalaman beliau yang sudi dikongsikannya dengan kami. Apa yang ana boleh katakan di sini, hampir setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau sepanjang berbual dengan kami merupakan bait-bait puisi, falsafah dan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan pedoman bersama. Intonasi beliau bercakap yang kekadang perlahan dan kekadang tegas menambahkan lagi kesan daripada kata-katanya.


Antara pesanan Opick kepada Inteam; "Teruskanlah perjuangan kalian dalam dakwah melalui seni ini walaupun hanya tinggal seorang yang mendengar lagu kalian", kerana menurut beliau lagi kita tidak boleh memaksa atau mengawal secara menyeluruh anak-anak kita melihat dan mendengar apa-apa yang dihidangkan dunia hiburan melalui corong radio dan televisyen, tetapi kita perlu menyediakan alternatif bagi mereka supaya mereka tahu ada juga hiburan dan seni yang baik dan membawa nilai positif serta mendekatkan diri kepada mengingati Allah dan mencintai Rasulullah S.A.W.



Opick yang mendapat tawaran kontrak dari syarikat Awakening, U.K., di mana bernaungnya artis antarabangsa Sami Yusuf suatu masa dulu, terpaksa menolaknya, kerana menurut beliau, beliau tidak fasih berbahasa Inggeris atau Arab.


Ketika menceritakan tentang pembikinan beliau turut berkongsi pesanan ibunya katanya Filem pertama terbitan beliau; Di Bawah Langit;"Pemberian Allah yang paling kecil kepada kita adalah lebih baik dari usaha kita yang paling besar". Beliau dengan rendah dirinya mengatakan beliau terlalu jahil dalam bidang perfileman, tidak pernah menghadiri kelas membikin filem tetapi akhirnya berjaya menerbitkan filem religi pertama beliau dengan kos lebih RM 2 juta di mana beliau sendiri penerbit, sutradara atau pengarah, pelakon utama, penulis skrip, penyusun music dan banyak lagi diusahakan sendiri oleh beliau untuk menghemat kos katanya... Menurut beliau lagi, bukan beliaulah yang menjayakan semua usaha ini, tetapi kekuasaan Allah lah yang membuatkan semua usahanya ini berhasil.




Apabila ditanya bagaimana cara beliau menggubah sesebuah lagu sehingga menjadi sebuah lagu yang hebat dan menyentuh hati, kata beliau; setiap kali sebelum mencipta lagu, beliau akan berdoa kepada Allah supaya lagu dan lirik yang diciptanya itu dapat memberi kesan kepada dirinya untuk memperbaiki dirinya menjadi lebih baik lagi... Beliau juga berdoa semoga ia memberi kesan yang sama kepada orang lain yang mendengarnya... Beliau turut berdoa agar orang lain yang mendengar lagu beliau turut mendapat inspirasi sebagaimana beliau mendapat inspirasi ketika mencipta lagu tersebut...



Sepanjang bersama beliau, selalu ana dengar kata-katanya bahawa Allah dekat dengan kita, sentiasa menunaikan permintaan kita, sentiasa kasih dan sayang kepada kita... Menurut beliau lagi bukti Allah sayang padanya dan sudi mengampunkan dosa kita ialah perjalanan hidup beliau sendiri dari banyak melakukan dosa akhirnya diberi peluang memperbaiki dirinya...



Banyak lagi pesanan-pesanan beliau yang ana rasa sepatutnya ana rekodkan, kerana tak dapat ana tuliskan secara tepat di sini...

Kesimpulannya, Opick yang saya kenali adalah seorang yang sangat merendah diri sehingga apabila berbicara dengan beliau membuatkan kita lupa bahawa beliau adalah seorang yang sebenarnya sangat hebat di dalam dunia muzik Indonesia...

Ini juga mengingatkan ana akan keperibadian seorang yang digelar Pahlawan Nasyid yang telah pergi meninggalkan kita lebih 100 hari yang lalu iaitu allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Al-fatihah buat beliau...

Semoga ana dan sahabat-sahabat dapat menerapkan sedikit sebanyak ciri-ciri keperibadian Opick dan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dalam diri kami... Insya Allah...

Sumber : Amin INTEAM

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More