Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, December 5, 2009

KOMPOSER HARAPAN 2009 ( MACP ) - HAFIZ HAMIDUN

BERITA @ FN

Hafiz Hamidun - Komposer Harapan 2009

Majlis Anugerah Perlindungan Hak Cipta Penerbit Muzik (MACP) KE -20



Alhamdulillah, saya baru saja balik dari Anugerah MACP 2009 di Sheraton Imperial Hotel, Jalan Sultan Ismail KL, untuk Anugerah MACP 2009.

Berikut adalah antara penerima Anugerah tahun ni, berdasarkan kutipan royalti:

1) Top Composer 2009: M Nasir

2) Top Lyricist 2009: Loloq


3) Top Song: Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza) LY, Baiduri


4) Most Promising Composer: Hafiz Hamidun



ada beberapa anugerah lain juga yg telah disampaikan. Alhamdulillah.. semoga penghargaan ini akan menjadi penguat semangat saya untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya baru.

Jangan lupa, akan datang, Album Kompilasi: CINTA - Cinta Ilahi Cinta Insani di pasaran tidak lama lagi.

Sumber : Hafiz Hamidun

Harian Metro


Majlis Anugerah Perlindungan Hak Cipta Penerbit Muzik (MACP) berlangsung bagi kali ke-20 di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur, hari ini, adalah cara menghargai pencapaian royalti tertinggi tahunan penerbit dan komposer tempatan.

Untuk memastikan majlis meninggalkan memori manis, penganjur turut fokus mengenengahkan pendekatan sesuai menghargai sumbangan semua pihak terbabit menjayakannya.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan berkata, anugerah anjuran MACP tidak seperti kebanyakan anugerah yang popular di negara ini.

Katanya, anugerah MACP tidak memberi penekanan kepada populariti artis melalui sistem undian juri khas atau jemputan atau format sangat popular dalam dunia hiburan moden seperti khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Anugerah itu lebih menjurus kepada pungutan royalti tertinggi tahunan seseorang komposer atau berkaitan. Artis popular tidak semestinya mendapat royalti. Anugerah tidak berasaskan sistem pemilihan melalui SMS atau pengadilan melalui juri tertentu.

"Penilaian dibuat berdasar keputusan pengagihan royalti lagu dan album. Sememangnya setiap kali penganjuran, beberapa perubahan diadakan supaya majlis menarik dan tidak sama seperti tahun sebelumnya.

"Kami berganding bahu dengan banyak pihak untuk memastikan segala-galanya lancar dan menepati matlamat MACP sebagai badan profesional diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dihormati di luar negara," kata Habsah turut dikenali sebagai penulis skrip dan penerbit.

Habsah berkata, buat julung kali, majlis anugerah MACP 2009 akan memberi dua pengiktirafan khas terhadap dua pelopor utama yang bekerja keras bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan martabat badan itu selama ini.

Sepanjang tempoh penganjuran, anugerah MACP masih relevan dan mempunyai matlamat tinggi memastikan ia dapat diteruskan setiap tahun.

Pengiktirafan terhadap karyawan mempamer kecemerlangan bidang masing-masing terutamanya dalam bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik jadi keutamaan.

Perjalanan pentadbiran profesional MACP berjalan dengan baik hinggakan royalti dikatakan sudah mencapai tahap memuaskan iaitu hampir 30 juta setahun. Keadaan itu membuktikan ramai komposer yang berjaya di Malaysia boleh menikmati royalti bernilai ratusan ribu setiap tahun.

Sebanyak 11 anugerah diadakan antaranya komposer meraih pendapatan terbanyak, penulis lirik meraih pendapatan tertinggi dan penerbit tempatan dengan pendapatan terbanyak.

Majlis berkenaan akan diserikan dengan jemputan wakil daripada International Confederation of Societies of Authors and Composers (CISAC) serta beberapa jemputan lain seumpama itu daripada beberapa negara Asean.

Sumber : Harian Metro

Dari FN : Tahniah diucapkan kepada Hafiz Hamidun dengan anugerah yang diterima semoga dengan anugerah tersebut menjadikan karya-karya yang lebih mutu dan dekat dijiwa peminat Nasyid khususnya.

BERITA @ FN

Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More