Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, December 8, 2009

AKADEMI IMAM SELANGOR KINI KEMBALI TEMUI ANDA (JOM DAFTAR)

BERITA @ FN


-Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum 16 Disember 2009

-Sesi Temuduga pada 28 -30 Disember 2009


AKADEMI IMAM SELANGOR

PENGENALAN

Akademi Imam Selangor (AIMS) merupakan pusat latihan professional yang melatih dan memberikan pengiktirafan kepada bakal-bakal imam yang akan berkhidmat di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor khususnya dan amnya di Malaysia. Tujuan AIMS ditubuhkan adalah untuk memberikan latihan khusus secara professional kepada bakal-bakal imam supaya menjadi golongan professional yang dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam menghadapi cabaran dan masyarakat masa kini.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  1. Pelajar dari mana-mana Institusi Tahfiz di Negeri Selangor (Anak Negeri Selangor diutamakan).
  2. Umur 17 – 25 Tahun (Lelaki sahaja).
  3. Telah menghafal sekurang-kurangnya 15 juzu'.
  4. Mempunyai bacaan yang baik.
  5. Mempunyai kelebihan suara yang baik (Boleh bertaranum diutamakan).
  6. Boleh mengikuti keseluruhan program dengan baik dan boleh mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak AIMS.

Pelajar yang berminat untuk menyertai AIMS boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau melayari laman web www.mssaas.gov.my. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urusetia MSSAAS sebelum 16 Disember 2009. Sesi temuduga akan diadakan pada 28 dan 30 Disembar 2009.

Sila hubungi : 03-5519 9988 / 5519 9977 / 5519 9966 untuk sebarang pertanyaan.


Sumber : NASYEED.COM

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More