Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, December 10, 2009

USAHA NAZREY JOHANI DALAM MENGUMPULKAN DANA "TAHFIZ"


BERITA @ FN

MAJLIS PELANCARAN

"LE TOUR DE TAHFIZ BAYU SYAHADAH" Nazrey Johani

Assalamualaikum..

Semalam kami telah menghadiri majlis pelancaran Le Tour de Tahfiz Syahadah iaitu sebuah siri konsert jelajah seluruh Malaysia bagi mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah Kompleks Pengajian Tahfiz Bayu Syahadah di tanah kelahiran Ustaz Nazrey Johani di Ranau, Sabah.

Usaha ke arah mewujudkan pusat tahfiz ini telah giat dilaksanakan oleh beliau sejak keluar dari Raihan lagi. Alhamdulillah, usaha beliau sudah mula menampakkan hasil apabila berjaya mendapat tanah waqaf seluas 30 ekar di Ranau. Beliau turut mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk arkitek, kontraktor, ahli korporat, pemimpin setempat dan menteri.

Menurut beliau, keadaan pengembangan Islam di Sabah agak terbatas kerana hampir tiada madrasah atau pusat pengajian Islam di sana, tidak seperti di semenanjung. Beliau yang merupakan seorang saudara baru turut meluahkan rasa dukacitanya di atas beberapa kes saudara baru yang kembali murtad dan terdapat juga sebuah kampung yang keseluruhannya kembali murtad kerana kurangnya pengajian ilmu Islam dan pendedahan mereka terhadap agama Islam.

Maka dengan ini, kami kumpulan inteam akan turut membantu usaha beliau dengan menghadiri persembahan-persembahan amal yang dianjurkan beliau setakat yang kami mampu dan berpeluang.
Kami juga menyeru seluruh warga KTI agar dapat mewarwarkan perkara ini dan membantu setakat yang mampu dari sudut kebolehan masing-masing.

Kompleks pengajian tahfiz ini akan dibina berkonsepkan ala resort atau homestay di kaki gunung Kinabalu berhampiran sebatang sungai. Kami turut dipersembahkan dengan tayangan 3d cadangan rekabentuk kompleks tersebut yang turut dilengkapi rumah kakitangan, rumah musafir, rumah tetamu dan chalet.

Beliau meletakkan target untuk mengumpul sejumlah RM15 juta dan meletakkan harapan agar dapat memulakan operasi tahfiz ini hujung tahun 2011.

Semoga usaha murni beliau ini akan dipermudahkan dan diberi ganjaran amal jariah yang tak berkesudahan... amiinnn...

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di blog http://www.tahfizsyahadah.blogspot.com/

atau di facebook: tahfizsyahadah
atau di twitter: tahfizsyahadah
atau email: tahfizsyahadah@gmail.com


Sumber : INTEAM
BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More