Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, December 31, 2009

KONSERT TOUR INTEAM DI EROPAH PADA TAHUN BARU 2010

BERITA @ FN

INTEAM AKAN MENGADAKAN KONSERT TOUR DI EROPAH PADA 2010

KUMPULAN nasyid Inteam, akan pergi ke United Kingdom dan Ireland untuk mengadakan ‘konsert tour’ mereka pada tahun hadapan.

“Salah seorang daripada peminat kami yang belajar di Eropah meminta kami mengadakan persembahkan di United Kingdom.

“Tempat itu merupakan salah satu lokasi persinggahan kami selain beberapa lagi tempat yang masih dalam perancangan,” kata ahli kumpulan Inteam, Mohd Hazamin, lebih mesra dengan panggilan Amin.

Seorang lagi daripada tiga orang ahli kumpulan itu, Abdul Rahim turut hadir dalam sebuah sidang akhbar di Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Kumpulan mereka juga akan bergandingan dengan Kumpulan nasyid Unic untuk mengeluarkan album terbaru yang dijadualkan berada di pasaran pada bulan Januari 2010.

Sementara itu, Inteam telah menjadi bekerjasama dengan penyanyi nasyid dari Indonesia, Opick untuk mengadakan sebuah konsert amal semalam di Kuala Lumpur.

Mereka akan menyanyikan lagu mereka iaitu Allahurahbi dan dua lagi lagu yang lain.

“Kami telah menyanyikan tiga buah lagu dan berduet dengan Opick untuk lagu ‘Ketika Cinta’ dalam konsert amal itu.

“Tiada apa yang kami harapkan dengan penglibatan kami, kerana kami tidak mementingkan sangat soal wang. Inteam ikhlas kerana ini adalah untuk kebajikan,” jelas Amin dalam satu temu bersamanya selepas sidang akhbar itu.

Ini merupakan kali kedua kumpulan Nasjid ini bekerjasama dengan Opick untuk mengadakan konsert.

Mereka sebelum ini pernah membuat persembahan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bersama Opick untuk kali pertama.

Apabila ditanya sama ada kumpulan nasyid ini berminat untuk berganding dengan Opick untuk mengeluarkan album, mereka terus memberikan lampu hijau.

“Adalah penghormatan besar untuk bekerjasama dengan Opick kerana beliau merupakan nama besar dalam industri seni muzik nasyid di Indonesia.

“Kami memang akan mengalu-alukan sebarang peluang untuk bekerjasama Opick,” tambah Amin lagi.

Selain itu, album mereka, ‘Allahurahbi’ yang dilancarkan pada bulan Jun yang lepas masih mendapat sambutan yang agak menggalakkan dalam kegawatan ekonomi sekarang.

“Kira-kira 5,000 unit daripada album itu sudah terjual dan kami masih sedang mempromosikan album tersebut,” ujar Amin lagi.


Sumber: MSTAR

BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More