Asssalamualaikum….

Nurul Iman terhasil selepas pertemuan aku dengan Ust Abu Hassan Murat di PICC sempena program yang di buat Jakim..aku tak ingat program apa sebab bagi aku jika program nya tak masuk hati susah aku nak ingat…hahahahaha…Ustaz Abu Hassan Murat kata…” Anta tolong buat kan satu lagu tema tuk satu drama ni..tajuk nya nurul iman dan ana akan email kan lirik nya…” aku kata insyaAllah akan dibuat…

Selepas aku mendapat kan liriknyaa…aku telefon kak lia…cerita pasal apa ni?…kak lia bilang ni cerita pasal nabi Yusof Alaihissalam…oooo baru aku faham..sapa nak nyanyi aku tanya….sapa sapa pun bole balas kak lia…aku kata bagi kat Rabbani lah…anggapan aku jika dah jadi lagu tema tentu lah hari hari Rabbani bole keluar tv dan maintain populariti mereka…kak lia balas balik..elok lah tu..lagi pun kan ker Rabbani ni kami punya duta seumur hidup…itu macam kaaa?

Maka aku memulakan lah menulis melodi atas lirik yang dah siap….dan satu prinsip aku..tidak akan aku ubah walau sebaris ayat yang dah ditulis untuk “match”kan dengan irama…kena hormat karya orang lain baru orang lain hormat karya kita…sedikit tersasar…kerana aku pernah alaminya dengan sebuah kumpulan nasyid yang popular jugak…sakit hati ku hingga ke hari ini dan aku sangat sukar nak melupakan nya…maafkan aku sudah buat…kemudian ditambah pulak dengan hasil nama pena dengan ramai orang yang tidak pernah hendak bertanya dengan aku walau sepatah…azam ku semenjak dari hari itu..aku tidak lagi mahu bekerja dengan orang yang sebegini..dan elok di elakkan sampai bila bila..hati pun tak sakit…

Lima hari aku mengambil masa tuk menghasilkan melodinya …bermakna lima melodi yang berasingan…aku masih tidak puas hati….sehinggalah detik hari ke enam hanya pada pukul 4.30 pagi baru aku dapat menghasilkan melodi seperti yang termuat dalam album mahabbah ini. Dan sebenar nya melodi yang sebegini tidak pernah aku buat dan aku sangat berterima kasih kerana lirik nya sampai dahulu….Jika melodi nya di hasilkan dahulu tidak mungkin akan “output” yang sebegini. Aku beritahu Ust Asri Ubai dan Azadan jenis lagu yang sebegini akan di minati oleh adik adik di Universiti….maka pandai pandai lah buat strategi tuk mengetuk hati mereka.

Hijrah telah lama terhasil iaitu pada tahun 2003 dan menjadi lagu tema Hijrah peringkat kebangsaan …Arwah yang nyanyikan lagu itu…dan di situ jugak lah aku pertama kali bekerja dengan Ustaz Sohibul Fadhil….kagum ,bangga dapat bekerja dengan “the living legend”…kan elok begitu jika kagum dan bangga dengan orang yang masih hidup….baru hidup kita bermakna….Rakaman semula juga bagi aku suatu yang indah melihat zul menzahirkan suaranya dengan baik , dengan cara nya yang sendiri….itulah penyanyi utama yang baru kumpulan nasyid Rabbani….

Dua lagu yang lain ….Ya Man Satufariq….aku tak sentuh banyak sangat..vokalnya sudah disiapkan lama dulu…Amin Nordin yang menjaganya….satu hasil kerja yang bagus bagi aku….orang muda dan punya keinginan menjadi seseorang dan berbeza feel dengan orang lain….Sangat ambisi dan aku suka bekerja dengannya…Aku tambahkan perkusi sahaja…dengan hamzah bermain perkusi latin dan gieka bermain rebana dalam rentak canggung….sudah cukup bagi aku…

Tanpa Agama juga muziknya telah disiapkan awal oleh sahabatku Rudy yang satu ketika dahulu menjadi Musical Director untuk Akademi Nsyeed TV9…Hasil kerjanya halus dan juga seorang yang ambisi seperti aku…sangat luas pemikiran nya dalam muzik…..aku hanya merakamkan vokal nya sahaja…..back ups nya di bantu oleh amin tuk susunan supaya keaslian nasyid nya terpelihara…

Dan akhir nya lagu..Inikah petanda..dirakamkan sepenuh nya di KRU studio..aku hanya mendapat masternya semasa aku nak buat mastering kat Toh. Kerja yang baik dan mantop…

Ustaz Sohibul banyak membantu aku dalam pembikinan album ini..sengaja aku panggilnya kerana aku menghormati nya sebagai pelopur Rabbani dan dia faham bagaimana nak menghasilkan sesuatu yang dari sifar…..selepas kehilangan Ust Asri Ibrahim…zul sebagai pengganti….bukan calang calang orang boleh menggantikan tempat keramat itu dan bukan calang calang orang jugak yang boleh membentuk bintang baru supaya kerlipan nya berterusan dan hidup dalam sanubari pendengar dan pengikut setia. Hanya Jauhari yang mengenal manikan akan berjaya…

King juga sudah mula menampakkan kematangan dalam bekerja …sesuatu productions itu jika di fahami akan prinsip dan disiplinnya akan membuatkan kita seronok bekerja..penat sudah tentu tetapi yang terpenting mencintai pekerjaan dan bekerja bukan semata mata untuk imbuhan sangat penting dan berapa kerat sangat yang boleh begitu…aku bilang sama king…jangan risau ..jika kita bekerja dengan gigih ,tekun dah jujur pasti kita akan di bayar upah setimpal….sapa yang bayar upah..pasti Allah..nah …Allah tidak pernah mungkir janji…hanya kita yang kadang kadang culas dalam bekerja sebab tu upah nya pun….sedikit sedikittt…..jarang jarang….kadang kadanggg….

Team aku di sebelah sana juga membantu….Along Exist…abang eddie marzuki…kelly , hamzah,gieka, edrie hashim….sangat sangat memeberikan sokongan….dan yang paling penting orang yang faham akan kerja aku selama ini…Zairi Ariffin….memang superb….ini lagi sorang “The living Legend”….

Kepada kumpulan Rabbani aku ucapkan selamat maju jaya dan beroleh kemenangan sentiasa baik dalam beribadah kepada Allah…atau sesama manusia…kerana aku terpikat bukan dengan hasil seni secara total…tetapi….adab dan tertib anda semua telah menarik ku bersama….jika mana mana kumpulan nasyid ingin berjaya..contohi mereka…sangat pemalu…kesemuanya….baik hati,rendah diri, popular dan yang paling penting tidak pernah putus asa berjuang di dalam Industri muzik….terutama sebagai tunjang …nasyid tanah air….Moga Allah memberkati tuan tuan ….amin….dan ucapan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada ku untuk mencorak rasa yang baru Rabbani selepas ketiadaan Sahabat kita semua….Muhammad Asri Bin Ibrahim….dia juga berbangga dengan Antum….

Gong sudah di palu…gendang sudah di bunyi….aturlah derap langkah mu dengan ucapan..Bismillahhirrahmanirrahimm…..

Wassalam…

Sumber : DAKMIE


BERITA @ FN