Malah pada masa itu penggunaan alat muzik bertali dan bertiup pun dianggap haram. Namun dalam era nasyid kontemporari ni, keadaan telah berubah. Penggunaan alat muzik tidak lagi terhad kepada alat tertentu.Bukan kerana hukum itu berubah, tetapi soal muzik ini bukanlah sesuatu yang bersifat qat’ie yakni putus tetapi lebih kepada khilaf.
Dalam erti kata lain, ulamak berbeza pendapat dalam hal ini yang mana disokong dengan hujah dan dalil mereka tersendiri. So kita sebagai pengikut ni, boleh la pilih mana-mana pendapat yang kita yakin.
Pada zaman 70′an dulu majoriti kumpulan nasyid mainstream seprti al mizan, al jawaher dan lain-lain adalah wanita. Zaman nasyid kontemporari pun ade kumpulan-kumpulan nasyid wanita seperti Solehah, Wirdani, Mawaddah dan Huda. Pernah satu ketika dulu, saya agak terkejut bila tengok kumpulan rabbani berduet dengan Datuk Sharifah Aini dalam satu lagu utk rancangan RTM. Kemudian Hijjaz pula berduet dengan Rahimah Rahim dalam lagu ‘Doa’ utk siaran Zoom In. Kumpulan Brothers juga berduet dengan Waheeda dalm album Brothers Reunited.
Ketika itu saya terfikir bahawa nampaknya ketiga-tiga otai nasyid ni sudah agak liberal dalam soal ini. Jika tidak masakan meraka sanggup berduet dengan penyanyi wanita? Ditambah pula baru-baru ini bila Rabbani Production menganjurkan Konsert Sinar Maulidurrasul yang turut melibatkan Siti Nurhaliza dan Waheeda. Jika mereka menganggap suara wanita itu aurat dan wanita tidak boleh menyanyi di tempat terbuka, maka perkara-perkara tersebut tidak akan dilakukan.
Malah mereka juga tidak akan menulis lagu utk kumpulan nasyid wanita dan menjadi jurulatih kepada kumpulan nasyid wanita kerana perbuatan ini boleh dianggap syubahah.Even kalau dengar Siti Nurhaliza atau Waheeda pun tak boleh! Maka dengan itu jelaslah bahawa mereka mengambil pendirian bahawa suara wanita bukanlah aurat secara total. Senang citer, kalau wanita tu tu menyanyi utk berdakwah, maka ia dibolehkan.
DALIL BERKAITAN DAN PENDAPAT ULAMA
Menurut pendapat ulamak tersohor Al-Azhar, Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatwa-fatwa Kontemporari, suara wanita bukanlah aurat.Malah beliau kesal dengan tindakan segelintirumat yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Menurut beliau lagi golongan ini juga mengatakan suara wanita itu aurat ,kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada lelaki selain suami atau mahramnya.Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Namun, jelas Dr.Yusuf, apabila golongan ini ditanya dalil yang dapat dijadikan sandaran, mereka gagal memukakannya.
Berikut adalah petikan daripada hujah Dr.Yusuf Qardhawi dalam buku Fatwa-Fatwa Kontemporari:
" Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran membolehkan lelaki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab lebih berat isteri-isteri yang lain sehinggakan ada beberapa perkara yang diharamkan ke atas mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian Allah berfirman:
"Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka
mintalah dari belakang tabir…" (surah al Ahzab: 53)
Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Muslimin . Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan mereka meriwayatkan hadis bagi orang-orang yang ingin mengmbil hadith mereka…
……Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman dan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannnya sebagaimana pendapat terpilih..
Walaubagimanapun, Dr Yusuf Qardhawi turut menjelaskan perkara yang dilarang berkaitan suara wanita ini seperti petikan di bawah:
Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Quran distilahkan dengan al-khudhu bil qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagimana disebutkan dalam firman Allah:
"Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa.
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada
penyakit hatinya , dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al ahzab:32)
Allah melarang khudhu yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit". Namun , dengan ini bukan bererti Allah melarang semua perbicaraan wanita dengan setiap lelaki…..
kalau nak baca lebih lanjut pasal artikel Dr.Yusuf Qardhawi boleh ke laman web ni
Fatwa-Fatwa Kontemporer
boleh gak ke laman-laman lain yg berkaitan:
Syariah Online
Suara Wanita Bukan Aurat
Suara Wanita:Aurat atau bukan
PERSOALAN YANG TIMBUL
Berdasarkan hujah dan pendapat ulamak di atas dapatlah disimpulkan bahawa suara wanita bukanlah aurat akan tetapi wanita dilarang sama sekali melunakkan perbicaraan untuk menarik lelaki yang di istilahkan dalam Al Quran sebagai Al-Khudhu bil Qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara) seperti yang termaktub dalam surah al ahzab ayat 32.
Persoalannya adakah penasyid atau penyanyi wanita walaupun menyanyikan lagu dakwah serta menyanyi di tempat terbuka termasuk dalam perbuatan ini?
Hmm.. diharap kalau ada hujah-hujah lain untuk mengupas persoalan ini, sudilah kiranya jika tuan-tuan dapat kongsikan bersama.Lagipun majlis fatwa kebangsaan setelah dihubungi mengesahkan fatwa tentang perkara ini tidak pernah diputuskan. Setakat ini cuma negeri Kelantan melalui enakmen hiburannya melarang sama sekali persembahan wanita di khalayak ramai termasuk qariah bagi pertandingan tilawah al-quran…
Muhamad Razin Che Mud
Setiausaha Agung
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
2 comments:
Saya dah ulas isu ini dlm artikel berjudul Suara Wanita, Polemik Yg Tidak Berkesudahan utk majalah Al Islam, Sept 2012, tapi tidak diluluskan utk siaran, sebab ada unsur2 politik.
Kalau tak ada media yg nak siarkan, mungkin saya akan siar shj dlm blog saya di http://pustakahilmi.blogspot.com
boleh la akhi berkongsi dgn kami disini
Post a Comment