Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, January 27, 2010

SYARAT 2 PERTANDINGAN NASYID PIALA RABBANI

BERITA @ FN

PERTANDINGAN NASYID PIALA RABBANI




SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN NASYID
PIALA RABBANI

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Nasyid Piala Rabbani adalah Pertandingan Nasyid Terbuka yang diadakan
bersempena Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1431H/2010M yang akan diadakan di Taman
Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu pada 20 Februari 2010.

Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Piala Rabbani diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan nasyid dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.


2. JAWATANKUASA PENGELOLA

Piala Rabbani adalah anjuran Rabbani Production. Satu Jawatankuasa Kerja/Teknikal yang terdiri dari tenaga professional Nasyeed.Com yang biasa terlibat dalam industri hiburan ditubuhkan untuk menguruskan segala perkara yang berhubung dengan penghakiman dan urusan pertandingan.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

a. Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi dari 10 orang ahli, samaada lelaki atau perempuan
tetapi tidak boleh bercampur.

b. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam.

c. Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, makan, minum, latihan, susunan
muzik (music arrangement) pakaian dan sebagainya adalah tanggungjawab kumpulan masingmasing.

d. Rakaman video dan/atau audio oleh pihak penganjur adalah menjadi hak milik penganjur.

e. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat sesuai dengan nilai-nilai Islam.

f. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15hb Februari 2010 sebelum jam 12.00 tengahari.

g. Setiap ahli perlu membeli i-talk bernilai RM5 atau membeli i-talk bernilai RM50 untuk setiap
kumpulan sebagai yuran penyertaan.


4. LAGU DAN LIRIK

a. Peserta dibenarkan menyampaikan mana-mana lirik dan lagu nasyid yang telah dirakamkan oleh mana-mana pihak sebelum ini. Penggunaan lirik dan lagu baru tidak dibenarkan.

b. Peserta tidak boleh mengubah lirik dan lagu asal.

c. Kumpulan yang menyampaikan lagu dari mana-mana album kumpulan Rabbani akan mendapat markah bonus.

d. Setiap persembahan yang dibuat hendaklah tidak melebihi masa 7 minit.


5. MUZIK IRINGAN

a. Peserta hendaklah menggunakan rakaman iringan muzik (Minus Two) yang tidak ada suara latar(Back up Vocal) di dalam rakaman muzik tersebut. Rakaman iringan muzik tersebut hendaklah diberikan kepada pihak penganjur di dalam format audio di dalam cakera padat (CD) semasa pendaftaran dibuat. Pengunaan alat muzik perkusi adalah dibenarkan.

6. PENGHAKIMAN

a. Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut :-

i. Suara Utama :

(i) Kemerduan (Golden Voice)
(ii) Nada suara (Pitching)
(iii) Bentuk Suara (Tone)
(iv) Getaran Suara (Vibration)
(v) Teknik pengeluaran suara
(vi) Penghayatan (feel) vokal utama
(vii) Kreativiti

ii. Suara Latar :

(i) Keseragaman suara latar.
(ii) Pembentukan chord (triod) unisen, 3rd & 5th atau alternetif chords.
(iii) Kemerduan (Golden Voice).
(iv) Nada suara (Pitching).
(v) Bentuk Suara (Tone).
(vi) Getaran Suara (Vibration)
(vii) Teknik pengeluaran suara.
(viii) Penghayatan (feel) vokal utama.
(ix) Kreativiti

iii. Persembahan:

(i) Kombinasi berkumpulan
(ii) Gaya yang menarik dan kreatif.
(iii) Menguasai dan tarikan kepada penonton.
(iv) Pemilihan lirik dan lagu yang bersesuaian.
(v) Pakaian yang bersesuaian dengan persembahan.


7. HADIAH

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Wang Tunai bernilai RM1000 + Piala Rabbani
Tempat Kedua : Wang Tunai bernilai RM700
Tempat Ketiga : Wang Tunai bernilai RM500
Persembahan Terbaik : Wang Tunai bernilai RM300

8. LAIN-LAIN KETERANGAN

a. Sebarang kemalangan dan/atau kecederaan keatas peserta semasa pertandingan ini berlangsung adalah di atas tanggungjawab peserta dan tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.

b. Semua syarat-syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah wajib dipatuhi oleh setiap peserta.

c. Peserta yang berminat hendaklah mengisi dengan lengkap borang yang disediakan oleh pihak
penganjur dan menghantar penyertaan beserta dengan salinan kad pengenalan setiap ahli
kumpulan kepada :-

Urusetia
Pertandingan Nasyid Piala Rabbani
Bahagian Pengurusan Acara
Nasyeed.Com
No 23 Jalan Lawan Pedang 13/27,
Tadisma Business Centre,
40100, Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Fax : +603 5513 1351
Email : event@nasyeed.com


BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More