Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, March 14, 2010

KONSERT MALAM ASPIRASI ISLAM 3 [19 MAC 2010 -UNIQUE]

BERITA @ FN


Assalamualaikum. Seperti semester-semester yang lepas, pada semester ini Persatuan Kesenian Islam UiTM Pualau Pinang sekali lagi menganjurkan malam yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar UiTMPP. Malam Aspirasi Islam III (untukmu Palestin) akan diadakan dan pada kali ini, kumpulan nasyid lama yang telah membuka lembaran baru, UNIQUE (dahulu disebut sebagai UNIC) menjadi artis yang bakal menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada pelajar-pelajar yang hadir pada malam tersebut.

Berikut merupakan butiran mengenai aktiviti yang bakal berlangsung pada hari tersebut.

Sepetang Bersama UNIQUE

Tempat: Dewan Seminar UiTM Pulau Pinang @ Dewan Kuliah Perdana
Tarikh: 19 Mac 2010 (Jumaat)
Waktu: 2.30 petang
Bayaran: RM 2.00
Kod pakaian: Sopan dan menutup aurat
*untuk ahli yang sudah berdaftar dengan MT PKI sahaja.



Malam Aspirasi Islam III (Untukmu Palestin)

Tempat: Laman Perdana UiTM Pulau Pinang
Tarikh: 19 Mac 2010
Waktu: 8.30 malam
Kod Pakaian: Sopan dan menutup aurat

Semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan program Malam Aspirasi Islam III (untukmu Palestin).
Jumpa anda di sana, insyaAllah...

Sumber : PKI
BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

1 comments:

Salam..

Saya bagi pihak Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan berita ini di fenomenasyid..

Jemput bagi yang berkesempatan, datanglah ke kampus kami untuk sama-sama menjayakan konsert ini.. Insya-Allah..

Towards Islamic Arts Priority!!

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More