Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, March 14, 2010

UNIC KINI BERGELAR [UNIQUE]

BERITA @ FN


"UNIQUE tu sape ye? Tak pernah dengar pun", tanya seorang rakan.

"Haha.. Kumpulan baru tapi lama.", saya menjawab ringkas.

"Ha? Baru tapi lama? Adoi.. Tak faham la", beliau pening memikirkannya.

"UNIC la.. Dah tukar nama jadi UNIQUE", saya menjawab dan memberi kesimpulan ke atas persoalan yang melanda dirinya. Beliau terus bertanya lagi "Kenapa tukar nama?"..


Saya mengetahui pertukaran nama ini melalui facebook manager UNIQUE (UNIC). Mungkin saya terlambat mengetahuinya (berbanding sahabat UNIC yang lain), tapi tidak la terlalu lewat rasanya. Ramai lagi yang belum tahu tentang hal ini dan pernah saya terbaca komen di facebook, "UNIQUE tu siapa? Tu bukan Bazli UNIC ke? (dalam kulit album di atas), mana UNIC?".. Ramai yang belum mengetahui sebenarnya, tak pe, saya hebahkan ye.

UNIC adalah kumpulan yang popular di kalangan remaja dengan lagunya yang hits "Hanya Tuhan Yang Tahu". Perjalanan seninya bermula dengan kemunculan album pertamanya "You And I See" yang telah diterbitkan oleh Hijjaz Records. Sehingga kini, mereka telah mempunyai 6 buah album iaitu You And I See, See You Di IPT, Satu Tekad, Tika Itu, Langkah Tercipta dan yang terbaru Nur Muhammad (bersama Inteam).


UNIC tukar ke nama UNIQUE? Mengapa ye? Saya bukanlah speaker kepada kumpulan ini tetapi menurut pengurus mereka, UNIC @ UNIQUE telah pun menamatkan kontrak dengan Hijjaz Records Sdn. Bhd dan sekarang bergerak sendiri (UNIC Entertainment). Oleh sebab itu, Hijjaz Records tidak membenarkan lagi menggunakan nama UNIC kerana nama itu adalah hak milik mereka.

Jadi, sekarang ini secara rasminya mereka menggunakan nama UNIQUE dan bukan lagi UNIC. Walaupun begitu, UNIQUE tetap UNIC, nama sahaja yang berubah, tetapi konsep masih sama. Tidak ada masalah sangat kan? Tukar nama saja pun.

Bersama UNIQUE semasa Kembara UNIC Ke Utara

Pada 19 Mac 2010 ni, UNIQUE akan ke UiTM Pulau Pinang bagi menjayakan Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin) jam 8.30 malam bertempat di Laman Perdana UiTM Pulau Pinang. Kami juga akan merangka program "Sepetang Bersama UNIQUE" untuk siswa-siswi UiTM Penang mendapatkan input yang berguna daripada abang-abang UNIQUE ini.

Selamat Datang kami ucapkan.. Moga program ini akan berjalan dengan lancar.. Amin..

*Album terbaru mereka bersama Inteam (Nur Muhammad) telah dilancarkan pada 12 Mac yang lalu. Dapatkan dengan segera! Jika mahu menjemput UNIQUE ke tempat anda, bolehlah menghubungi Encik Isma Saring . Terima kasih.

Facebook UNIQUE : UNIQUE
Sumber : JAMAL RAFAIE

BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

3 comments:

Salam..

Terima kasih kerana menerbitkan semula posting saya ini.. Semoga ianya menjadi satu wadah perkongsian untuk semua peminat dan penggiat nasyid seluruh tanah air.. Insya-Allah..

Towards Islamic Arts Priority!!

Wslm JAMAL RAFAIE ...sama-sama.tujuan blog ini diwujudkan adalah tuk info2 nasyid masa kini..thanks ur comment and welcome

Album UNIC d atas masih ada ke? Jamal Rafaie

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More