Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, March 5, 2010

KONSERT NASYID INDIE [20 & 21 MAC 2010]

BERITA @ FN

Konsert nasyid indie percuma

[ KARNIVAL 1 KASIH ]


DR. Wan Ahmad Kharsani Wan Ismail (empat dari kanan) bersama para artis, penganjur dan penaja yang terbabit menjayakan Karnival 1 Kasih pada sidang di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SELAIN kumpulan nasyid yang aktif dalam aliran arus muzik perdana, banyak juga kumpulan nasyid di negara ini yang bergerak secara underground tanpa publisiti meluas daripada media-media massa.

Mereka bukan sahaja mencipta lagu dan lirik sendiri, malah menerbit serta menjual album-album yang diterbitkan melalui pelbagai cabang perniagaan termasuklah menerusi karnival-karnival perniagaan.

Malah, kumpulan-kumpulan nasyid underground tempatan juga sanggup mengadakan konsert percuma bukan sahaja bagi mempromosikan lagu-lagu mereka tetapi juga memeriahkan lagi sesuatu karnival yang dianjurkan itu.

Penasihat Program Karnival 1Kasih, Dr. Wan Ahmad Kharsani Wan Ismail berkata, karnival yang akan diadakan pada 20 dan 21 Mac ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur turut membabitkan kumpulan nasyid underground.

Katanya, konsert percuma anjuran Adfinity Consultant itu diadakan secara percuma bukan sahaja sebagai suatu tarikan tetapi ia juga mampu mempelbagaikan lagi aktiviti pada karnival itu yang mensasarkan kepada golongan belia.

"Kami cuba menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid independent (indie) atau underground pada konsert percuma yang akan bermula pada pukul 9 malam 20 Mac ini sebagai suatu kelainan kerana mereka jarang muncul secara terbuka.

"Antara artis nasyid indie yang akan menjayakan konsert itu ialah Feelhoney, Vir2vois, Paradise, Syahman dan Shureem di mana mereka sudah mempunyai lagu atau album sendiri tetapi belum popular dalam aliran muzik arus perdana.

"Dengan kelainan konsep muzik dan gaya persembahan mereka yang jarang-jarang dipersembahkan secara besar-besaran, konsert ini merupakan salah satu tarikan dalam karnival itu nanti," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Dr. Wan Ahmad Kharsani, selain konsert kumpulan nasyid indie percuma, Karnival 1Kasih yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan itu juga menampilkan banyak aktiviti menarik.

Antaranya perlawanan street soccer, paintball serta pameran motosikal dan kereta yang akan disertai oleh ahli-ahli Kelab Generasi Elit yang kini mempunyai keahlian seramai hampir 7,000 ahli yang akan menyokong karnival tersebut.

Sebarang pertanyaan berhubung konsert nasyid percuma, aktiviti-aktiviti dan juga bagi mendapatkan ruang penyertaan pada karnival itu sila hubungi Suzana Zainudin menerusi talian 017-9581739 atau Syahman (012-9292250).

Sumber : UTUSAN

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

6 comments:

apa???!!
20 n 21 mac??
so hari nie ngan esok xjd ke??

20 & 21 Mac tu Konsert NAsyid Indie....yang konsert mega 5 semalam dan hari ni ade....xde kaitan dgn konsert nasyid indie..sila baca artikel betol dan tgk siapakah artis yang terlibat..terima kasih Nurul 'Atiya...

ehhehhe xpe ...mungkin Nurul 'Atiya xpakai spek mata tu yang kurang jelas..its ok....hehhe...terima kasih kerana menyokong FN...

konsert mega 5 tu kat mane plak??

Ni mesti salah faham kan sebenarnya KOnsert Mega yang 5 maksudnya 5 Mac 2010..hehheh tgk kat sini yerk http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/03/hari-inikonsert-mega-junjungan-kasih.html

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More