Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, March 10, 2010

SYEIKHUL AL-AZHAR [DR MUHAMMAD SAYYID TANTAWI] MENINGGAL DUNIA

BERITA @ FN

http://productnews.link.net/AFP/arabic/moyen-orient/10-03-2010/photo_1268209559041-1-1.jpg

Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yg terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yg dilaporkan akhbar-akhbar. Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal.

Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yg terakhir di sana.



Kehilangan besar seorang ulama yang disegani dan digeruni musuh islam terutama kaum pelampau yahudi laknatullah.beliau merupakan di antara 3 orang ulama mesir yang halal darah nya untuk di bunuh oleh orang yahudi selepas sheikh sy'arawi satu lagi ana tak ingat, kerana kelantangan beliau dalam menulis mengenai bani israel dalam tetis PHD beliau.



Banyak karya tulisan beliau yang ditinggal kan oleh beliau boleh rujuk surat khabar Soutul Al-Azhar . Semoga roh beliau dicucuri ramhat oleh Allah Taala .

Perhatian! Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa yg kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yg tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yg layak dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.


Al-Fatihah

http://agungnyadoaibu.files.wordpress.com/2009/07/surah-al-fatiha.jpg



sumber :LAMANULAMA
Details : MASRAWY
BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More