Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, May 19, 2010

AKADEMI AL-QURAN MUSIM 4 DALAM "NAFAS BARU"


BERITA @ FN

PELAJAR 13 TAHUN PESERTA AQ4

Akademi Al-Quran Musim 4
[ 21 mei 2010 ]


12 peserta Akademi al-Quran 4 yang ditemui di sidang akhbar di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SETELAH setahun berehat, rancangan realiti Akademi Al-Quran (AQ) terbitan TV9 kini kembali buat musim keempat dengan pelbagai pembaharuan yang lebih menarik.

Musim kali ini diberi nafas baru dari segi penampilan, konsep, kandungan yang lebih berkualiti, pengacara dan juga penambahan waktu siaran.

Menariknya lagi, AQ4 yang bermula 21 Mei ini disertai oleh seorang pelajar tingkatan satu, yang merupakan peserta paling muda setakat ini.

Siti Aishah Baain, 13, dari Kuantan, Pahang akan muncul bersama 12 peserta lain pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

TV9 pada tahun ini memberi kelainan dengan melonggarkan syarat had umur peserta seawal 13 tahun memandangkan banyak permintaan dari pihak madrasah dan sekolah agama.

Ujar pelajar Mahad Tahfiz Darul Ulul Al-Basriah, Kuantan, Pahang ini, dia amat bersyukur diterima masuk dalam akademi tersebut kerana teringin menyertainya sejak musim pertama lagi.

"Bagaimanapun kerana faktor usia saya terpaksa memadamkan hasrat saya dulu," katanya ketika ditemui di sidang akhbar AQ4 di Muzium Kesenian Islam, di sini baru-baru ini.

Siti Aishah yang mula belajar membaca al-Quran sejak berusia 4 tahun lagi, berazam akan menggunakan semua peluang yang ada untuk menambah ilmu terutamanya dengan tenaga pengajar dan peserta-peserta lain yang lebih senior.

Dia yang mengaku agak gentar bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman berkata, ibu dan bapanya yang juga merupakan qari dan qariah sentiasa memberikan galakan kepadanya.

AQ4 nafas baru

Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata, pada musim ini, AQ4 muncul dengan pelbagai pembaharuan termasuk melonggarkan syarat had umur peserta seawal 13 tahun.

"Format juga berbeza iaitu kami menyelitkan pelbagai segmen supaya AQ4 tidak menjadi terlalu serius serta mudah difahami dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

"Selain itu, pada musim ini, pelajar dikehendaki membaca surah tertentu dan mentafsirkan surah tersebut di hadapan tiga orang juri berpengalaman.

"Ini dilakukan bagi memastikan mereka benar-benar faham sesuatu surah itu dan bukan setakat menghafal sahaja di samping penonton di rumah mendapat sedikit ilmu dari rancangan ini," katanya.

Tambah Rozaina, AQ4 akan lebih menarik apabila turut dihiburkan dengan penampilan istimewa daripada artis-artis jemputan menyampaikan lagu-lagu bertemakan keagamaan, qasidah dan bacaan al-Quran pada setiap minggu.

Segmen Ustazah AQ turut diperkenalkan dimana ia menerangkan kepada penonton tentang tajwid, tarannum, bayati, qiraat serta turut disediakan segmen trivia yang memberikan info agar penonton lebih faham.

Selain Siti Aishah, 11 orang peserta lagi yang terpilih ialah Yahya Ali, 23; Ahmad Tarmizi Ali, 25; Mohd. Ramadan Razali, 22; Mohd. Hassan Adli Yahya @ Yahuza, 25; Mohd. Nazif Zuhairi, 17; Husni Ali Hassan, 25; Mohd. Ahmad Zahid, 15; Mohd. Kamarulzaman Daud, 24; Nor Aslam Faiz Othman, 24; Amirul Shahida Md. Noor, 22 dan Rusli Abd. Latif, 22.

Peserta adik-beradik

Satu lagi keistimewaan AQ4 ialah penyertaan adik beradik dari Terengganu iaitu Yahya dan Ahmad Tarmizi yang mencuba nasib mereka di uji bakat yang diadakan di Kompleks Sri Iman, Terengganu.

Abang-abang Yahya dan Ahmad Tarmizi juga pernah menjadi finalis bagi AQ1 dan AQ2 iaitu Shukri dan Muslim.

Penyertaan uji bakat pada musim ini amat menggalakkan dimana hampir 1,000 orang hadir menjalani uji bakat yang diadakan di Perak, Kedah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Kuala Lumpur dan 200 orang daripadanya merupakan peserta berusia belasan tahun.

Tambah Rozaina, mereka masih belum membuat keputusan hadiah apa yang akan disediakan namun berjanji akan cuba memberikan nilai hadiah yang lebih besar berbanding musim yang lalu.

Setakat ini, TV9 masih mencari penaja-penaja yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan rancangan yang pernah mencecah jumlah penonton seramai 1.5 juta pada musim lalu.

AQ4 diacarakan oleh Ustaz Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang merupakan naib juara AQ3 dan Aida juara Gadis Melayu pertama.

Sementara itu, juri bagi AQ4 terdiri daripada Ustaz Mohd. Nazeri Abdullah, Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustazah Asni Mansor.

AQ mula menemui penonton TV9 pada tahun 2006 dengan Anuar Hasin dinobatkan sebagai juara AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai juara AQ2 dan juara AQ3 pula ialah Fakhrul Radzi Khamaruddin.


Dari FN: Tahniah kepada para peserta AQ4 terutamanya kepada senior admin FN iaitu Husni Ali Hassan, 25 ( berasal dari melaka -bekas pelajar SMALQ- Graduan Tahfiz Al- Quran Al Azhar ) telah berjaya menjadi salah seorang peserta AQ4 ,semoga maju jaya.


Sumber : UTUSAN






Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More