Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, May 5, 2010

FENOMENA INTEAM DI AIM 17

BERITA @ FN

Album Allahu Rabbi - Album Nasyid Terbaik AIM 17



Abu Afham posted at KTI:

"Saf Kepimpinan KTI 2010 ingin mengucapkan setinggi-tingi ucapan tahniah buat kumpulan Inteam atas kemenangan di AIM 17.
AIM 17 sebuah majlis anugerah muzik paling berprestij merupakan medium penghargaan yang terbaik bagi penggiat industri muzik tanahair.

Credit to : Frizdan

Alhamdulillah, inteam melalui album ALLAHU RABBI berjaya memenangi anugerah berikut:


1. Album Nasyid Terbaik – Produser / Artis- Allahu Rabbi Frizdan, Amin Inteam, Amin Inteam, Nordin, Suhaimi, Shamir, Supaat, Salleh Brotherz

2. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Dia Muhammad (Inteam) – Frizdan / Frizdan

Tahniah daripada kami di KTI buat kumpulan Inteam, Saudara Suhaimi Saad, Saudara Hisyam Ahmad, para komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album ini dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan album ini. Tahniah! Alfun mabruk! Congratulation!"


Alhamdulillah, segala puji-pujian selayaknya bagi Allah yang Maha Agung. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi, yang pastinya ada hikmah yang tersurat dan tersirat disebalik kemenangan ini.

Kami sangat terharu dengan anugerah kali ini kerana ia sebagai mengiktiraf dan menghargai penat lelah kami dalam menghasilkan karya terbaik dalam album kami untuk tatapan anda semua.

Barisan top 5 AIM kategori nasyid semuanya hebat-hebat belaka bahkan terdiri dari sifu-sifu kami juga, namun rezeki kami untuk menjuarai anugerah kali ini, bukan bermakna yang lain tidak hebat.

Barisan komposer lagu dan lirik yang manthop, khususnya akhi Frizdan yang menjuarai kategori Lagu Nasyid Terbaik, semoga anda semua terus dikurniakan ilham oleh Allah SWT utk terus menghasilkan karya yg mampu mengetuk hati insani mendekati Ilahi.

Sewaktu mendapat berita kemenangan semalam, ana sedang memandu bersama inteam dalam kesesakan lebuhraya Utara-Selatan pulang dari Promosi di Pesta Buku Pulau Pinang. Kemenangan ini memang tidak disangka dan dijangka... alhamdulillah, semuanya berkat doa dan sokongan antum semua.

Anugerah ini menguatkan lagi semangat kami utk terus menghasilkan karya terbaik dari segi kualiti, dan yang pastinya kami cuba juga memperbaiki dari segi roh dan zuknya...

Semoga ada lagu kami yang menjadi asbab hidayah kepada orang lain yang mendengarnya kerana sesungguhnya anugerah itu yang kami harapkan dapat kami tuntut diakhirat kelak... Insya Allah....

Sesungguhnya kemenangan ini bukanlah kemenangan inteam semata, tetapi kemenangan semua dari A&R, Penerbit, penggubah lagu dan lirik, mixing dan mastering, music arranger, sessionist, rakan duet Suhaimi, Syam, Tahassan dan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, cover designer, photographer dan seluruh yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pembikinan album ini....


Sumber : Amin Inteam







Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

1 comments:

tahniah. anda smua tunggak munsyideen d klgn blia. tanggungjawab anda lebih berat drpd yg disangka. moga para seniman n seniwati veteran juga memberi prhatian kpd karya2 n prkmbgn semasa anda skalian.

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More