Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, May 5, 2010

SEMANGAT KUMPULAN ELHAM

BERITA @ FN

KUMPULAN ELHAM



Pengenalan :


- Kumpulan ELHAM ini merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan secara sendirian berhad (SDN BHD) oleh anak-anak muda yang berkecimpung dalam seni nasyid ini.


- Bermula dengan hobi/minat terhadap keUNIKan, keSENIan, keHALUSan, dan keINDAHan irama nasyid ini telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada anak-anak muda ini untuk bertemu dan menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang akan di perjuangkan bersama-sama.


-Lagu-lagu yang di bawa oleh kumpulan ELHAM ini lebih berorientasikan irama moden di samping diselitkan juga irama yang menjadi asas kepada irama nasyid itu sendiri.


Matlamat Penubuhan :


- Dalam strategi/kaedah untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, individu itu WAJIBlah mempunyai matlamat terhadap apa yang dilakukan. MAKA begitu jugalah ELHAM mempunyai matlamat-matlamat tertentu di atas asas penubuhan ini:


1) Menjadikan nasyid sebagai salah satu jalan bagi menyampaikan dakwah islamiah yang menjadi tanggungjawab setiap muslim terutama bagi golongan pemuda/syabab yang menjadi pemangkin syiar islam.

2) Bagi menarik golongan-golongan pemuda untuk meminati irama nasyid ini kerana pada masa kini golongan-golongan pemuda ini lebih gemar terhadap hiburan-hiburan barat yang banyak melalaikan.

3) Insya'allah... jika dimurahkan rezeki, kami kumpulan ELHAM akan muncul dengan album kompilasi yang turut menjadi faktor utama di tubuhkan kumpulan ini.

Contoh karya : Ibnu Yusuf

Sejarah Penubuhan:


- Seperti kumpulan-kumpulan nasyid yang lain, kumpulan ELHAM juga mempunyai keunikan di dalam sejarah penubuhannya. Pada peringkat pertama kisah penubuhan kumpulan ini bermula apabila seorang ustaz yang telah mencetuskan 'Ilham' untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid atas minat yang kami miliki dalam seni nasyid. Dengan tercetusnya 'Ilham' tersebut beliau telah menyarankan untuk menubuhkan sebuah kampulan nasyid yang boleh meneruskan wadah dakwah kesenian islam ini.dengan sokongan padu daripada beliau dan beberapa pihak yang lain maka tercapailah sebuah ilham. Pada tanggal 28 Februari 2009 bermulalah perkenalan dan perjuangan kelima-lima anak muda (Firdaus, Hasbi, Arif, Amir dan Faizul) di dalam industri nasyid ini. Nama kumpulan ini (ELHAM) juga telah di cetuskan melalui sejarah penubuhan kumpulan ini.

Pada peringkat kedua setelah sekian lama menyepi atas faktor-faktor tertentu. Tapi kini ELHAM muncul kembali dengan sedikit kejutan atas kemunculan wajah baru ELHAM. Dengan kemunculan wajah baru ini, ELHAM dapat meneruskan matlamat perjuangan DAKWAH menerusi industri nasyid ini.

Keadan ini berlaku disebabkan oleh faktor Arif, Amir dan Faizul terpaksa mengundur diri atas sebab tidak dapat mengikuti pembikinan album kompilasi yang bakal muncul tidak lama lagi, ini juga disebabkan faktor pengajian yang menghalang mereka untuk bersama dengan ELHAM. Walaubagaimanapun Arif, Amir dan Faizul tetap menjadi tulang belakang ELHAM dan ukhwah antara kami tetap terjalin hingga ke akhirnya.

Berkenaan ahli baru ELHAM iaitu saudara NURMAN dan JUNDULLAH merupakan inisiatif untuk meneruskan perjuangan ELHAM, terutama bagi pembikinan album kompilasi yang bakal bermula pada tahun tersebut. Pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan ALLAH SWT, kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Namun sebaik-baik perancangan dan ketentuan itu adalah dari ALLAH SWT. Justeru harapan kami adalah agar perjuangan ELHAM akan sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT.


ELHAM DULU, KINI DAN SELAMANYA..

TULUS INGATAN BUAT ARIF, AMIR DAN FAIZUL.


Nama kumpulan ini juga mempunyai keunikkan dan makna-makna yang tersirat:

1) BAHASA MELAYU : ILHAM
2) BAHASA ARAB : ﺇﻠﻬﻢ
2) BAHASA INGGERIS : EL - ELITE, HAM - HARMONIZATION


Sumber : Ibnu Yusuf





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More