Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, May 8, 2010

NANTIKAN ALBUM AWAKENING RECORDS DI MALAYSIA

BERITA @ FN

:: KERJASAMA INTEAM RECORDS DAN AWAKENING ::

Design by : FN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan natijah yang baik dari siri perbincangan demi perbincangan antara Inteam Records dan Awakening Records.

Baru-baru ini, pihak Awakening Records telah bersetuju untuk melantik Inteam Records sebagai pengedar ekslusif album terbitan mereka di Malaysia.

Sebagai permulaan, Inteam Records akan mengedarkan album debut Maher Zain berjudul Thank You Allah dan juga Album Sami Yusuf berjudul Without You dan My Ummah.

Selain itu, Inteam Records juga akan meneruskan pengedaran album Al-Muallim yang sudah sedia ada di pasaran Malaysia sekrang dan sedang diedarkan juga oleh pihak kami.

Sebenarnya, kerjasama ini merupakan satu penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh sebuah syarikat berprestij seperti Awakening kepada pihak IRSB yang mana kami akan berusaha sedaya-upaya bagi membuat yang terbaik dalam mempromosikan dan mengedarkan album-album terbitan mereka di sini.

Sekiranya diizinkan Allah, kami juga akan cuba mengusahakan agar dapat membawa Maher Zain ke Malaysia bagi memperomosikan album beliau bergantung kepada sambutan dan jualan awal album ini di sini.

Doakan usaha kami ini dipermudahkan Allah untuk menyebarluaskan lagi dakwah melalui nasheed di muka bumi Allah ini.

AminINTEAM

avatar
Sumber : KTI INTEAM







Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More