Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, June 23, 2010

PROGRAM REALITI ADIK-ADIKKU MUSIM KE 2 [ UJI BAKAT ]

BERITA @ FN

Program Adik-Adikku Musim Kedua datang lagi!

PENCARIAN BAKAT ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2 MULAI 12 JUN INI

ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2

Kejayaan penganjuran kali pertama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan rancangan realiti TV kanak-kanak, Adik-Adikku yang berbentuk hiburan keagamaan menyumbang kepada idea untuk menerbitkan rancangan ini buat musim yang ke-dua.

Pastinya program yang pernah menobatkan nama pendaie (pendakwah) kecil, Muhammad Wajih Zakwan Hanif sebagai juara, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi tempat ke-dua dan Muhammad An-Naim Yasim tempat ke-tiga ini musim lalu mengharapkan penglibatan lebih lagi peserta berbakat menguji kemampuan dalam mengasah bakat mereka.

Program Adik-Adikku bertujuan melahirkan kanak-kanak berkarisma dan berkepimpinan dengan tugas yang memerlukan peserta berpidato selain bertaranum, bernasyid dan berzanji ini memulakan sesi ujibakat yang terbuka kepada penyertaan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia antara lapan hingga 12 tahun dijemput hadir ke lokasi yang telah ditetapkan.

Antara kriteria bakat dan kebolehan yang ditetapkan menerusi sesi ujibakat ini termasuklah kebolehan dalam menyampaikan pidato, membaca Al-Quran serta bertaranum, azan atau berzanji, membaca surah-surah pendek, mendendangkan lagu nasyid serta tahap pengetahuan am mereka.

Para peserta akan dinilai oleh panel juri yang berpengalaman bagi memilih siapakah di antara mereka yang layak ke peringkat seterusnya. Peserta yang menjadi pilihan panel juri akan muncul di kaca TV untuk program Adik-Adikku musim yang ke-2, dimana mereka akan berentap bagi memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Uji Bakat Program Adik-adikku

Datanglah ke sesi Uji Bakat Adik-Adikku di lokasi dan tarikh tercatat seperti berikut :

Tarikh dan Lokasi Uji Bakat :

12 Jun 2010 Studio Berita RTM Johor

14 Jun 2010 Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa

15 Jun 2010 Auditorium RTM Trengganu

16 Jun 2010 Auditorium RTM Pahang

16 Jun 2010 Auditorium Tunku Puan Chik, RTM Negeri Sembilan

26 Jun 2010 Auditorium RTM Melaka

01 Jul 2010 Mini Dewan Semarak, Tkt 11, Bangunan Dang Bandang, RTM Kota Kinabalu Sabah

05 Jul 2010 Auditorium (Laman Seni) RTM Labuan

08 Jul 2010 Auditorium P Ramlee, RTM Kuching Sarawak

02 Jul 2010 Auditorium RTM Langkawi

03 Jul 2010 Auditorium RTM Kedah

17 Jul 2010 Auditorium RTM Perak

18 Jul 2010 Auditorium RTM Pulau Pinang


Masa Uji Bakat :

9.00 pagi hingga 5.00 petang

Sesi ujibakat rancangan Adik-adikku musim ke-2 ini akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Maklumat lanjut boleh hubungi Cik Nur Suriawaty Abd. Nasir di talian 012-923100 atau Hadi Rahim di talian 019-2410814/03-88864538


Syarat Penyertaan :

Berumur 8 tahun hingga 12 tahun. Mampu menyampaikan pidato, taranum, azan atau berzanji.

Bawa bersama salinan surat beranak, kad pengenalan (jika ada) dan sekeping gambar berukuran paspot. Peserta adalah digalakkan datang bersama ibu bapa atau penjaga.


Sumber : Budiey & Islam Gov : http://www.islam.gov.my/adik2ku/index.html



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

2 comments:

Salam... Nk tnya, PROGRAM ADIK-ADIKKU ini dibuat pada setiap hari ISNIN jam 6.30 ke? Sebagai ibu yg telah mempunyai anak yg bersekolah, adalah dicadangkan agar Program Realiti Adik-adikku dibuat pada waktu cuti sekolah seperti hari Sabtu atau hari Ahad.. Ini kerana, pada hari biasa mereka bersekolah agama (sebelah pagi) dan sklh kebangsaan di sblh ptg.. Manakala, sebelah malam pula anak saya mengaji Qur'an.. Bkn dia sorang saja, malah ramai kanak2 yg melalui rutin harian yg sama seperti anak saya.. Harap pihak tuan, pertimbangkan demi mencapai matlamat/misi yg diinginkan.. Insya Allah.. SEMOGA PROGRAM INI BERTERUSAN SAMPAI BILA2 DI TV...

saksikan adik-adikku musim ke-2 !!!

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More