Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, June 23, 2010

SIDANG MEDIA KONSERT MAHABBAH GAZA

BERITA @ FN

Sidang Media Konsert Mahabbah Gaza



Sidang Media Konsert Mahabbah Gaza

Sidang media Konsert Mahabbah Gaza telah berlangsung di Restoran Puteri pada 17 Jun 2010. Tujuan konsert ini bertujuan untuk untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza. Antara artis yang akan menjayakan konsert ini ialah kumpulan Rabbani, Raihan, In Team, Saujana, NowSeeHeart dan Ummul Qura.

Antara yang hadir pada sidang media Konsert Mahabbah Gaza ialah Tuan Hj. Hashim bin Ismail, Pengerusi PRM CEMERLANG SDN.BHD, Tuan Haji Noor Azman Shamsudin, Pengerusi Haluan Palestin merangkap Ketua Misi LL4G,Pengarah Radio IKIM, pihak-pihak media serta badan-badan yang terlibat. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tuan Hj. Hashim bin Ismail, Pengerusi PRM CEMERLANG SDN.BHD. Wakil nasyeed.com juga turut hadir pada majlis sidang media tersebut, antaranya ialah Razin Mestica, Dakmie, Shiera dan Ruzanna.

Konsert yang dinamakan Konsert Mahabbah Gaza ini bukan sekadar konsert hiburan yang biasa. Ia menampilkan kelainan kerana pada konsert tersebut akan diselitkan dengan slot khas serta temubual eksklusif bersama wakil Malaysia yang terselamat yang menjadi mangsa tahanan Israel semasa berlakunya serangan ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Selain itu pengisian khas juga turut diselitkan segmen khas penghargaan untuk Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim bekas vokalis kumpulan Rabbani dan pejuang irama nasyid negara.

Bukan itu sahaja, konsert ini turut dijadikan sebagai medium untuk penonton menghulurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada penduduk Palestin yang akan dikendali kutipannya oleh badan yang bertanggungjawab.

PRM CEMERLANG SDN.BHD adalah syarikat bumiputra yang bermurah hati telah sudi untuk menjadi PENAJA UTAMA konsert Mahabbah Gaza. Konsert ini akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 10 Julai. Terdapat aktiviti yang menarik turut disediakan antaranya ialah Bazar Niaga, Promosi Produk, Pertandingan Kawad Formasi Berirama, Kuiz, Forum, Sudut Pidati Palestin, Perlawanan Futsal, Cabutan Bertuah, Artis Corner dan pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda.

Semoga dengan Konsert Marhabbah Gaza ini akan memberikan motivasi kepada orang ramai di luar sana supaya dapat berhibur sambil menderma kepada tabung kemanusiaan Palestin/Gaza.

Berita Oleh: Sis Ruzanna (pratikum)

Foto Oleh: Sis Shiera ( shahirah@nasyeed.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Ucapan oleh Tuan Hj. Hashim bin Ismail, Pengerusi Eksekutif PRM Global Vision Sdn. Bhd.

Gimik Pelancaran

Kata-kata aluan oleh Tuan Haji Noor Azman Shamsudin,
Pengerusi Haluan Palestin merangkap Ketua Misi LL4G


Tuan Haji Noor Azman Shamsudin bersama Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin

Kumpulan Rabbani, teraju utama Konsert Mahabbah Gaza ditemuramah wartawan Gua TV

Dari Kiri: Razin Mestica, Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin, Dakmie,
Ustaz Asri Ubaidillah dan Wakil Galeri Ilmu

Antara media dan tetamu yang hadir




Sumber : NC


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More