Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, July 23, 2010

AL KISAH "KONSERT MAHABBAH AL GAZA"

BERITA @ FN

Konsert Mahabbah Al-Gaza


Konsert Mahabbah Al-GAZA telah diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 10 Julai 2010, malam Ahad yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Rabbani Production dengan kerjasama Tourism Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Institute Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ini telah ditaja sepenuhnya oleh PRM Global Vision Sdn. Bhd.

RTM pula bertindak sebagai media rasmi. Penaja bersama ialah Galeri Ilmu Sdn. Bhd, First Grade Perfumes, Uzai Marketing, TJ Communications, Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Coway, Tabung Haji Travel & Services, Lifeline4Gaza, Haluan Palestin, Marhaba Catering & Event dan Nasyeed.Com.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama isteri dan keluarga, Tuan Hj. Hashim Bin Ismail, Pengerusi PRM Global Vision Sdn. Bhd., Tuan Haji Noor Azman Shamsudin, Pengerusi Haluan Palestin merangkap Ketua Misi LL4G, Pengarah Radio IKIM, wakil media serta badan-badan yang bertanggungjawab. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan gimik memasukkan wang ke dalam tabung GAZA .

Walaupun pada malam yang sama telah berlangsungnya perlawanan bolasepak antara Kelantan dan Selangor, namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kehadiran orang ramai ke konsert. Tujuan utama konsert ini diadakan adalah sebagai salah satu medium mengumpul dana bagi membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza. Antara barisan artis yang turut terlibat pada malam konsert ialah Kumpulan Rabbani, Raihan, In Team, Saujana, NowSeeHeart dan Ummul Qura. Konsert ini juga menampilkan kelainan di mana Harlym Yeo dan Udesh Chaskar telah didatangi khas bagi menyampaikan sajak selain yang disampaikan oleh penggiat nasyid tanahair iaitu Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin. Persembahan DJ IKIM juga tidak kurang hebatnya. Segmen tribute untuk Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim juga turut diselitkan di akhir konsert. Dianggarkan, hasil kutipan derma mencecah hampir RM 28,000.

Selain konsert, turut diadakan karnival selama 3 hari bermula dari 9 Julai 2010 hingga 11 Julai 2010. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya Bazar Niaga, Promosi Produk, Pertandingan Nasyid Piala Rabbani, Pertandingan Kawad Formasi Berirama, Kuiz, Forum, Sudut Pidato Palestin, Perlawanan Futsal, Cabutan Bertuah, Artis Corner dan banyak lagi. Nasyeed.Com juga tidak melepaskan peluang dengan membuka gerai. Tahniah diucapkan.

Berita oleh: Sis Nurul

Pelancaran Kad Ahli Kelab Rabbani oleh Rabbani FC

Bacaan doa oleh Ustaz Sobri

Ucapan oleh Tuan Hj. Hashim Bin Ismail,
Pengerusi PRM Global Vision Sdn. Bhd.

Ucapan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Maslan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Gimik pelancaran
Persembahan mantap oleh Kumpulan Raihan bersama barisan pemuzik profesional
Persembahan sajak dan nyanyian hebat daripada Dj IKIM
Persembahan Ummul Qura mendapat komen positif daripada penonton
Bacaan sajak oleh Harlym Yeo yang mengusik jiwa
Persembahan tidak kurang hebat oleh Kumpulan In-Team
Kumpulan Saujana turut memeriahkan lagi konsert
Persembahan menarik dan lagu yang puitis oleh Kumpulan Saujana
Tuan Haji Noor Azman Shamsudin, Pengerusi Haluan Palestin merangkap
Ketua Misi LL4G turut berkongsi pengalaman detik menjadi tahanan kepada tentera Zionis
Bacaan sajak oleh Udesh
Persembahan Nowseeheart yang menyentuh hati
Bacaan sajak oleh Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin

Di sebalik Tabir Konsert Mahabbah Al-Gaza

Bro Razin, Encik Ismail (Rabbani) dan Team Produksi yang lain

Kerja keras semua yang terlibat ...syabas!

Raptai penuh Konsert Mahabbah Al-Gaza

Al-Kisah Kumpulan Produksi yang terlibat

Perancangan terperinci dan teratur bagi kelancaran konsert

Team Nasyeed.Com :: Bro Kerol, Bro Sya'arie, Shuhadah dan Shufina


Sumber : Nasyeed NC



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More