BERITA @ FN
Majlis Tahlil dan Usrah Munsyid
Sya'aban sudah tiba. Inilah masanya ummat islam berebut-rebut memperbaiki diri sebelum tibanya Ramadhan. Demi mengimarahkan Sya'aban dan mendapatkan segenap pahala di dalamnya, Majlis Tahlil dan Usrah Munsyid (Penggiat Nasyid) diteruskan dan kali ini Nasyeed.Com menjadi tuan rumah.
Dimulai dengan solat Magrib berjemaah, majlis diteruskan dengan tahlil dan tazkirah oleh Ustaz Amaluddin Mohd Napiah atau Ustaz Amal. Dalam tazkirahnya Ustaz Amal ada menyebut peluh yang memercik keluar dari kening seseorang saat hadir kematiannya menjadi petanda bahawa dirinya seorang mukmin. Malah ummat islam harus bersedia menghadapi saat kematian kerana kematian ini adalah wajib dilalui setiap umat.
Dihadiri oleh penggiat nasyid tanahair seperti Kumpulan In-Team, Rabbani dan Rabbani Productions, Hijjaz, Muadz, Suhaimi dan Ina Naim, Mestica, Ramli Mohram, Jeff Hazimin dan tetamu istimewa iaitu Dr Bart A. Barendregt dari Universiti of Leiden, Holand serta beberapa kumpulan nasyid underground telah memberi petanda baik dalam membentuk penyatuan ummah. Untuk rekod, Dr Bart sedang membuat kajian akademik berkenaan dengan perkembangan nasyid kontemporari di Nusantara khususnya di Malaysia sejak awal kemunculannya.
“Kekuatan kita pada ukhuwwah, insyallah kita jadikan pertemuan berterusan, di sinilah penggerak-penggerak nasyid dapat muzakarah dan munaqoshah. Tahniah Syeikh Hazamin dan terima kasih NC di atas event dan ruang...” bro Muadz.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Berita Oleh: Sis Mass ( masliza@nasyeed.com )
Sumber : Nasyeed NC
Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]
0 comments:
Post a Comment