BERITA @ FN
Majlis Sidang Media Ramadan 2010 Bersama Rabbani
Berlangsung di Hotel Singgahsana, Majlis Sidang Media Ramadan 2010 Bersama Rabbani pada jam 2 petang tadi telah memeteraikan perjanjian antara Rabbani dan Hotel Singgahsana untuk persembahan di hotel ini dan juga menyampaikan hadiah pakej Umrah kepada pemenang Peraduan iTalk Edisi Khas Malam Sinar Maulidurrasul 1431H tajaan Telekom Malaysia TM.
Wah, bestnya dapat pergi Umrah. Setiap pemenang dapat membawa seorang rakan dan setiap pakej bernilai RM7,000. Apa-apa pun tahniahlah buat semua yang menang.
Jadi, pada hari ini, Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Rabbani Productions telah mengumumkan para pemenang peraduan Malam Sinar Maulidurrasul yang diadakan buat kali kedua berturut-turut pada bulan Februari 2010 yang lalu.
Sebanyak 5 orang pemenang telah dipilih untuk mengikuti Pakej Umrah dengan Rabbani. Umrah selama 14 hari ini dijadualkan pada minggu awal bulan Ramadan 2010.
Pemenang dipilih daripada pengguna-pengguna pek kad panggilan pra bayar iTalk edisi khas yang bernilai RM30 dan pakej Streamyx bernilai RM60 ke atas. Kad panggilan pra bayar iTalk edisi khas, pakej-pakej suara dan juga Streamyx telah berada di pasaran dan 1 Februaru hingga 26 Mac 2010.
Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Azizi A Hadi, Naib Presiden Produk, TM dan Ustaz Mohd Asri Ubaidullah, Pengarah Urusan, Rabbani Productions.
Budiey dengar, sambutan untuk peraduan ini agak menggalakkan. Sebanyak 10 ribu penyertaan telah diterima.
Budiey ucapkan tahniah kepada 5 orang pemenang ini iaitu:
Noor Mohd Shamsudin dari Parit Buntar, Perak
Noreen Asyikin Kamaruddin dari Kuala Terengganu, Terengganu
Che Soh Ismail dari Tumpat, Kelantan
Azuddin Dahari dari Kemaman, Terengganu
Hazizi Abd Malek dari Teluk Intan, Perak
Sumber : Budiey
Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]
0 comments:
Post a Comment