Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, July 3, 2010

PENGHIJRAHAN AZMIL MUSTAPHA DARI SENI KE BIDANG DAKWAH

BERITA @ FN

AZMIL MUSTAPHA KONGSI PENGALAMAN HIDUP

Azmil Mustapha

Buat para peminat filem 'Ali Setan' dan 'Mekanik', nama Azmil Mustapha sudah pasti tidak akan luput dari ingatan. Lakonannya yang nakal dan bersahaja berjaya meninggalkan impak kepada para penonton yang menyaksikan filem lakonannya.

Namun kelibatnya sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen atau layar lebar negara. Malah cerita mengenai dirinya juga sudah lama tidak menghiasi ruangan hiburan akhbar-akhbar popular. Ini semua gara-gara 'hijrah' yang dilakukannya. Meninggalkan dunia seni yang penuh cabaran dan mengambil peluang untuk mendalami ilmu agama.

Berpeluang bertemu dengan Azmil yang kini menjangkau usia 58 tahun di majlis sidang akhbar seminar 'Keep The Change - How To Achieve Transformation And Sustaining It' yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri. AM Production Sdn. Bhd, dengan kerjasama Airborne Production Sdn Bhd, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang.

Katanya, semenjak meninggalkan dunia lakonan sekitar 1998, dia lebih banyak menumpukan perhatian mendalami ilmu agama dengan beberapa orang tokoh agama terkenal serta serta memberi ceramah agama di sana-sini. Tidak terhad di Malaysia, dia juga turut memberi ceramah sehingga ke Brunei, Indonesia dan Singapura.

Terbaru, seminar yang dianjurkan buat pertama kali oleh syarikat miliknya, 'Keep The Change - How To Achieve Transformation And Sustaining It' yang diharapkan akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

"Seminar itu turut dijayakan oleh dua panel penceramah dari Amerika Syarikat dan United Kingdom, Dr Syed Yamin Qadri dan Fuad Khan. Mereka berdua sangat berpengalaman dan merupakan antara guru saya.

"Selain dua orang penceramah tersebut, saya turut membabitkan beberapa selebriti popular yang kini telah berhijrah dan menjalani kehidupan yang berbeza termasuklah Noorkumalasari, Aishah dan Amy Search sebagai panel artis.

"Ketika berbincang mengenai seminar ini segala-galanya seperti dipermudahkan Allah. Malah kesemua artis yang terlibat, saya hubungi dan hanya sekali mengadakan mesyuarat bersama mereka dan saya bersyukur kerana semuanya bersetuju," jelasnya ceria.

Untuk pengetahuan semua, seminat tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur pada 31 Julai hingga 1 Ogos depan. Maklumat lanjut, layari laman web keepthechangetour.com atau hubungi hotline 03-55117971 begin_of_the_skype_highlighting 03-55117971 end_of_the_skype_highlighting.

Tolak tawaran produksi antarabangsa

Ditanya mengenai dunia seni, Azmil yang kali terakhir berlakon di dalam filem 'Puteri Gunung Ledang' memberitahu buat masa ini hatinya belum terbuka untuk berlakon kembali.

Malah sebelum ini dia pernah menolak tawaran untuk menghasilkan sebuah filem daripada produksi antarabangsa, lantaran mereka tidak mahu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkannya.

"Ketika itu saya diberi modal RM20 juta untuk menghasilkan sebuah filem. Mengikut perancangan awal semuanya baik-baik belaka. Tetapi lama-kelamaan pihak penerbit mahu saya menyelitkan unsur-unsur seks sebagai daya tarikan komersil dalam filem tersebut. Ini menyebabkan saya tawar hati dan akhirnya menarik diri daripada projek tersebut," ujarnya berterus terang.

"Saya berhenti berlakon sekitar 1998 sebelum kembali berlakon dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'. Kini saya selesa dengan apa yang saya lakukan dan percaya Allah akan sentiasa mempermudahkan kerja serta memberikan rezeki jika kita bekerja hanya keranaNya," katanya yang pernah menetap di Syria selama empat tahun demi menuntut ilmu.


Sumber : GUA


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

3 comments:

Alhamdulillah.. Kalau tak silap saya, saudara amir (ex-ruffedge) pun dah berhijrah ke bidang dakwah.. Tapi sekrang masih lagi dalam industri, tapi dah ke arah nasyid.. Insya-Allah.. uniQue akan nanyikan lagu dari abg Amir ex-Ruffedge tu.. (kalau tak silap saya, x confirm lagi).. :)

yeke ...alhamdulillah semakin menyemarak dalam arena dakwah amin ya rabb...bertambah lagi munsyid kita Syukran ya Allah...nnt ada info2 nya bgtau ana ye ...

Salam ukhwah..kalau sesiapa yang dapat membantu ana dapatkan no hp ustaz azmil mustapha. Kami nak mengadakan program sambutan aidil fitri dan meraikan jemaah haji..Tolong email ke irahoj@gmail.com jazakaullah

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More