Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, July 29, 2010

PERTANDINGAN NASYID ( SOLO) MARHABAN ASTRO 2010



PERTANDINGAN NASYID (SOLO)

Peluang menjadi artis rakaman dan memenangi pakej percutian ke Turki. Jom sertai pertandingan nasyid (solo) bg program Marhaban di Astro bermula 8 Ogos ini di Kuantan, 15 Ogos di Pulau Pinang, 22 Ogos di Johor Bahru dan 28 Ogos di Klang.

Daftar secara online di http://www.marhabandiastro.com/



Marhaban Di Astro 2010

TimeAugust 7 at 9:00am - August 8 at 6:30pm

LocationKuantan Parade, Kuantan Pahang

By

More



Info
Ahlan wa sahlan...
Daftar sekarang sebagai peserta;

1- Pertandingan Nasyid Solo (Lelaki/Perempuan)
2-Pertandingan Seni Khat
3- Pertandingan Busana Bertemakan Hari Raya
...
Pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian 017-5757808 begin_of_the_skype_highlighting 017-5757808 end_of_the_skype_highlighting atau fax 04-9246612. Anda juga boleh
menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com.

Pelbagai lagi program yang disediakan untuk anda di tapak lokasi tersebut. Antaranya menyaksikan persembahan artis-artis Marhaban di Astro seperti Syahir, Idayu, Fitri, Zainal Alam Kadir, Kumpulan Firdaus, Akma, Zahid dan banyak lagi serta beramah mesra bersama artis. Peluang untuk menyertai game interaktif, info-info terbaru mengenai astro dan melanggan pakej-pakej terkini daripada Astro...

Jumpa di sana ya!!!



Syarat-Syarat Penyertaan dan Pertandingan Nasyid Solo Marhaban di Astro 2010

Penyertaan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia beragama Islam, lelaki dan perempuan dan berumur 13 tahun ke atas.

Peserta hendaklah menyanyikan sebuah lagu sahaja. Lagu tersebut adalah lagu-lagu nasyid, lagu-lagu ketuhanan ataupun lagu-lagu lain yg sesuai asalkan ianya mempunyai tema yang positif ke arah kebaikan.

Peserta dibenarkan untuk menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Konsep muzik bagi lagu yang dipersembahkan adalah bebas. Lagu boleh disampaikan dalam bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.

Pakaian peserta hendaklah sopan dan bersesuaian dengan konsep persembahan. Tempoh persembahan hendaklah tidak melebihi 6 minit.

Peserta hendaklah menggunakan rakaman iringan muzik Minus One ataupun rakaman iringan muzik VCD Karaoke. Rakaman iringan muzik tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur semasa pendaftaran pada hari pertandingan.

Peserta juga boleh menggunakan alatan muzik live sebagai muzik iringan. Walaubagaimanapun alat muzik live yang dibenarkan hanyalah gitar dan ianya hendaklah dimainkan sendiri oleh peserta. Peserta akan dinilai dari segi suara, penghayatan, persembahan, lagu dan kreativiti. Pihak penganjur amat menggalakkan persembahan yang kreatif dan menarik.

Pemenang akan ditentukan oleh panel juri profesional dan jawatankuasa teknikal yang dilantik oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad.

Tiada bayaran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos yang perlu ditanggung oleh peserta untuk menyertai pertandingan ini. Peserta boleh memilih untuk bertanding di mana-mana lokasi berikut:

08 Ogos – Kauntan Parade, Kuantan, Pahang
15 Ogos – AEON Seberang Perai, Pulau Pinang
22 Ogos – AEON Bukit Indah, Johor Bahru, Johor
28 Ogos – Kuala Lumpur (TBC)

Sila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penyertaan di setiap lokasi adalah 5 hari sebelum berlangsungnya pertandingan.

Peserta perlu melapor diri semasa hari pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan (9 pagi – 10 pagi). 10 peserta terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat Grand Final yg akan diadakan di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2010.

Hal-Hal Lain

Syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak.

Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan Pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian 017-5757808 begin_of_the_skype_highlighting 017-5757808 end_of_the_skype_highlighting atau fax 04-9246612. Anda juga boleh menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More