BERITA @ FN
Kemasukan album Maher Zain di pasaran
mesti dilihat sebagai saingan positif
Maher Zain
Kemasukan album Maher Zain di pasaran
mesti dilihat sebagai saingan positif
Maher Zain
SEKALIPUN lagu nasyid antarabangsa yang diterbitkan Inteam Records Sdn. Bhd dijual dengan harga RM27.90, hampir sekali ganda lebih murah daripada harga biasa, namun bukan niat meletakkan industri nasyid tidak berharga.
Jika album daripada penyanyi antarabangsa pun kini sudah jauh lebih murah daripada sebelum ini, sudah tentu pendengar akan mencari sesuatu yang lebih berkualiti.

Jadi inilah cabarannya buat artis nasyid tempatan untuk bersaing dengan artis antarabangsa dari segi kualiti, konsep dan idea terbaru.
Antara penyanyi nasyid antarabangsa yang kini menjadi fenomena baru kepada penggemar muzik nasyid seperti Maher Zain, yang baru saja berkunjung ke negara ini mengadakan konsert pertamanya.
Selain Maher Zain, penyanyi lain seperti Samy Yusuf, Nazeel Azami dan Mesut Kurtis antara penyanyi nasyid antarabangsa yang sudah dilesenkan secara eksklusif kepada Inteam Records Sdn Bhd.
Pengarah Eksekutif (Akaun dan Kewangan) In-Team, Muhammad Hazamin Harun berkata, menceburi bidang pengedaran album antarabangsa, khususnya penyanyi berkonsepkan lagu-lagu nasyid masih sesuatu cabang industri yang baru diterokai kami.
Kita mendapatkan lesen menerbitkan album nasyid antarabangsa ini secara eksklusif. Ia sebenarnya bermula apabila kunjungan In-Team ke United Kingdom atas undangan mengadakan persembahan di sana.
Kesempatan itu juga kami ambil untuk berkenalan dengan pengedar album nasyid di sana. Hasil perkenalan itu, kami turut berbincang mengenai industri nasyid di negara ini dan berminat untuk menjadi pengedar album nasyid mereka ke negara kita.
Sebenarnya untuk mendapat lesen sebagai pengedar album nasyid antarabangsa ini memerlukan kos yang agak tinggi, namun bukan halangan bagi kami untuk mencuba sesuatu bidang baru yang jika tidak dicuba tidak akan tahu hasilnya.
Dengan lesen ini juga membolehkan kami mencetak kembali dan mengedar album keluaran mereka dengan syarat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Syaratnya kami harus meyakinkan mereka sebagai pengedar dengan jaminan tertentu. Kami harus membayar royalti lebih awal mengikut kuantiti unit yang dicetak itu dan lesen ini akan diperbaharui setiap setahun bermula Mac tahun ini, katanya yang membayar royalti mengikut harga pasaran antarabangsa iaitu melebihi 30 peratus.
Hazamin yang juga anggota kumpulan Inteam turut menolak, dengan penjualan album yang lebih murah ini menyebabkan jualan album penyanyi atau kumpulan nasyid
tidak lagi bernilai.
Inilah yang dikatakan cabaran buat artis nasyid tempatan. Dari segi kualiti, kami melihat setiap artis nasyid tempatan masih mampu menghasilkan kualiti yang baik untuk bersaing.
Kini pun kami melihat kebanyakan pendengar lebih suka memilih album yang tidak terlalu banyak lagu, memadai lima lagu saja tetapi kesemuanya sedap didengar.
Di mana kini sudah menjadi satu aliran menghasilkan lima lagu saja untuk satu album dan bukan lagi 10 lagu seperti sebelum ini, katanya.
Sementara itu, In-Team kini sedang dalam proses menyiapkan album terbaru sempena satu dekad In-Team di dalam industri nasyid. Album ini akan memuatkan lagu-lagu kompilasi terbaik In-Team dan beberapa lagu baru.
Atas sambutan yang sangat menggalakkan baru-baru ini, pihak mereka juga kini sedang rancak membuat persiapan untuk konsert Maher Zain kali kedua yang dijangka akan berlangsung pada penghujung Februari tahun depan.
Sumber : BERITA HARIAN

Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]
0 comments:
Post a Comment