Wednesday, August 17, 2011

MTV DAMAI Di Pagi Raya

Damai Di Pagi Raya

DAMAI

Photobucket
info DAMAI :

Damai Dan Nurani merupakan kumpulan nasyid remaja yg berasal dri Bndr Tasik Puteri Rawang. Kumpulan Damai ditubuhkan sejak tahun 2006 yg terdiri daripada 6 orang ahli yang terdiri daripada Zulfikry, Rifa'iee, Fairus, Aiman, Syahidin dan Farid. Alhamdulillah, sebelum meninggalkan zaman persekolahan di SMKBTP, kami sempat menubuhkan kumpulan Nurani yg juga mempunyai minat dan bakat dalam nyanyian dan InsyaAllah semoga kami dapat meneruskan perjuangan dalam dakwah nasyid.

Damai Di Pagi Raya, amat sesuai sekali bagi yang merindukan suasana di kampung halaman yang menggamitkan memori-memori indah bersama sahabat handai dan jiran tetangga.Keindahan dan ketenangan beraya di kampung tidak mampu dilupakan juga bagi perantauan di negara orang yang berjauhan dengan keluarga yang tersayang. Tahniah kepada kumpulan DAMAI dengan menerbitkan single terbaru mereka yang berjudul "Damai Di Pagi Raya" serta video klip yang simple dan terbaik dari karya Pujangga Studio.Semoga dengan kehadiran DAMAI di arena nasyid dapat memberikan suntikan baru dan semangat baru bagi yang memilih untuk berdakwah melalui muzik.

Gunakan kemahiran yang ada dalam diri kita untuk menyampaikan dakwah walaupun ia sepotong ayat.

"Ziarah menziarahi yang jauh dirindui yang dekat di sayangi kami ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong FNASYID hingga ke hari ini."


MTV Damai Di Pagi Raya



Damai Di Pagi Raya
Lagu : Amman / Farid Damai
Lirik : Amman
Susunan Vocal : Bazli Unic
Susunan Lagu : Burn
Studio : Quantize Studio
Vdeo terbitan : Damai Production & Pujangga Studio






Copyright 2011 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

1 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More