Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, January 8, 2012

Mari Sertai Dalam "Himpunan Bakat Nasyid" 2012

Album
"Himpunan Bakat Nasyid Edisi 2012"

Pada tahun baru ini 2012 yang bersamaan 1433 Hijrah, pasti banyak perubahan yang ingin kita lakukan secara umumnya samada di alam pekerjaan yang semakin mencabar bagi golongan graduan Mahasiswa/wi di dalam mahupun di luar negara amnya.Jika berbincang mengenai isu-isu terkini mengenai hiburan islam, banyak perubahan yang ketara melanda negara kita dari perlambakkan artis2 baru nasyid .


Artis-artis baru kebanyakkannya terdiri daripada Mahasiswa mahupun sudah bekerja sendiri dan sebagainya. Dan apa pula kaitannya dengan pencarian single atau kumpulan didalam "Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama 2012 " , ini kerana ia adalah salah satu medium yang baik bagi graduan , mahasiswa atau sesiapa sahaja yang mempunyai bakat didalam seni suara untuk dipergunakan sebaiknya.

Hafiz Azizan (Hafiz Masrie)

Secara ringkas mengenai latar belakang atau orang yang bertanggungjawab mencari bakat2 baru nasyid untuk digabung didalam satu album ini beliau adalah Hafiz Azizan (Hafiz Masrie) pemilik JME atau Jaringan Masry Enterprise bersama ICP STUDIO milik komposer Din AsSalam pada tahun 2012 ini akan bekerjasama untuk menjayakan projek khas yang diberi nama HIMPUNAN BAKAT NASYID edisi pertama,"kita sedang mengusahakan untuk mencari 10-12 kumpulan nasyid atau solo yang berminat untuk bersama2 menjayakan sebuah album koleksi atau himpunan nasyid oleh bakat2 baru di Malaysia ini khususnya..."ujar Hafiz

Din Haniffa

Din Haniffa atau lebih dikenali sebagai mat din atau Din AsSalam merupakan seorang komposer yang dikenali di Utara dan semenanjung Malaysia,merupakan anak didik komposer hebat tanah air iaitu S.ATAN, ADNAN ABU HASSAN dan KESUMA BOOTY...pernah terlibat dalam menerbitkan dan kompos pelbagai album popular sekitar 80an hingga kini seperti artis AlleyCats,Naser Wahab,Fauziah Latif,Ibnor Reza,kumpulan nasyid AsSalam dan ramai lagi.

Kini mat din merupakan pengarah urusan bagi production miliknya sendiri iaitu Ilham Cipta Production atau ICP Studio yang merupakan studio rakaman dalam penerbitan album,kini ICP Studio kian rancak menerbitkan album-album baru dan artis-artis baru seperti Namen,Amen,Kumpulan Data,Lan LNJ Raja Lawak,Dekna AF,artis lama Siti Fairuz,kumpulan lawak PiMAi,kumpulan nasyid Masrie dan lain-lain lagi....

Contoh lagu dirakam di ICP Studio :





Didalam pencarian ini, kualiti merupakan aspek paling utama untuk menghasilkan sesebuah lagu, ujar hafiz. Huh ! Bagaimana anda sudah sedia untuk sertai ? belom ? kos tinggi ? insyaallah semua persoalan bakal terungkap dengan menghubungi saudara Hafiz Masrie 0195139837, ingat penyertaan masih dibuka sehingga bulan February 2012 .

Untuk Maklumat lanjut layari : http://bakatnasyid.blogspot.com/



Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More