Sunday, May 27, 2012

FETYA DOKUMENTARI ( ISMA-MESIR )



 FETYA DOKUMENTARI  ( ISMA-MESIR )
"Nasyid Bukan Sekadar Hiburan "

Selepas kejayaan FETYA bekerjasama didalam pembikinan album kedua Maher Zain yang bertajuk  "Forgive Me" dibawah naungan syarikat  nasyid yang terkenal di seluruh dunia iaitu Awakening Records, Fetya kini sudah berani dan matang dalam melancarkan video pertama mereka bertajuk 'FETYA Dokumentari' di laman YouTube dari terbitan Brainpower production ,dengan menerangkan serba sedikit latar belakang ahli kumpulan FETYA serta visi dan misinya.

"Kami mahukan nasyid yang benar-benar menampilkan mesej Islam yang jelas, syumul (menyeluruh) dan tanpa berselindung.."

 Ujar, Bilal Jailani yang merupakan Pengurus serta vokalis FETYA.
Kenangan manis ini juga sudah mampu  FETYA menghasilkan album ( sulung ) mereka sendiri yang bakal diterbitkan tidak lama lagi yang bertajuk "Menyonsong Cahaya", Fetya juga merupakan Mahasiswa yang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir yang mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang masing-masing seperti Pengajian Islam mahupun Perubatan.

Dan diantara yang menarik didalamnya:-

'Disebalik tabir semasa pembikinan album Maher Zain vocals only version yang berjaya fetya rakamkan ketika mereka melakukan proses recording di sana.'


Berikut Adalah Video "Fetya Dokumentari " :



Info dari Facebook ( FETYA ): 
 
             DI SEBALIK TABIR 'FORGIVE ME' DAN 'THANK YOU ALLAH'
 


 Pengalaman itu memang sukar dilupakan. 
 
 Bekerja secara langsung dengan syarikat nasyid no 1 dunia; Awakening Records memberikan banyak kenangan
 manis. Bermula dengan tawaran 'short notice' lewat panggilan telefon, 
 hinggalah pelancaran album pada 2 April 2012, segalanya sarat dengan 
 pengajaran berguna dan ibrah penuh makna. Tak keterlaluan jika saya 
 katakan, Fetya bagaikan orang baru setelah dipertemukan dengan Awakening
 Records.
  
 Di perlembahan Nil, 
 
 nama Fetya tidaklah seharum Dai Nada dan Al-Wadi. 
 Oleh itu, tawaran bekerja dengan Awakening Records 
 dianggap sebagai durian runtuh. Peluang keemasan ini mesti digunakan 
 sebaik mungkin untuk belajar selok-belok dunia nasyid. Mesti ditatang 
 bagai minyak yang penuh.
  
 Teladan Hamza
  
 Hamza Namira,
 seorang artis muda yang berbakat besar, mengajar kami erti rendah diri.
 Beliau seorang tak tak suka bergambar dengan peminat, lebih-lebih lagi 
 dengan peminat perempuan. Saya tanya, "Eh, macam mana Hamza elakkan diri
 dari peminat perempuan?".
  
 Hamza jawab, "Habis saja show, saya akan duduk bersama isteri dan anak-anak saya.
 Jadi, orang akan rasa segan untuk mengganggu privasi saya dan keluarga. Kalau tak pun, saya 
 akan cepat-cepat beredar dari tempat konsert. Yelah, kalau selalu 
 bergambar dan memberi tandatangan, kamu tak perasan diri kamu akan 
 berubah menjadi pecinta kemasyhuran".
  
 Hamza menambah lagi, 
 "Orang yang mahu bergambar dengan kita dan meminta tandatangan kita 
 bukannya pernah hirau; betapa hati kita rosak dan bongkak apabila 
 disanjung begitu".
  
 Itulah kata-kata seorang artis, yang albumnya (Insaan) menduduki tangga pertama carta jualan album terbanyak 
 Mesir sepanjang 2011. Lebih mengujakan, Hamza beritahu kami yang dia 
 sudah tulis wasiat berkenaan alat-alat muziknya; gitar, PC, keyboard dan
 lain-lain, bahawa jika dia meninggal dunia, alat-alat muzik ini tidak 
 boleh diwariskan kepada sesiapa. Kenapa demikian?
  
 Hal ini kerana, dia tidak mahu alat muziknya digunakan di jalan yang merosakkan 
 orang. Memang itulah hakikat alat muzik, penggunaannya lebih banyak 
 menjurus kepada keburukan berbanding kebaikan. Hanya yang dirahmati 
 Allah sahaja menggunakannya di jalan kebaikan.
  
 Wasiat itu telah ditulis sejak Hamza berumur 20-an lagi. Dan hingga kini,
 wasiat itu sentiasa diperbaharui dari masa ke masa.
  
 Wawasan Jelas Bara Kherigi
  

 Bara Kherigi merupakan anak kepada tokoh politik terkenal Tunisia; 
 Rashed Ghannouchi. Bara berperanan sebagai pengarah kepada Awakening 
 Records.
  
 Perkara yang menggerakkan beliau dan rakan-rakan untuk menubuhkan Awakening Records ialah kesedihan melihat produk nasyid
 orang Islam yang amat rendah kualitinya. Bagi beliau, tak mungkin 
 produk nasyid boleh mengalahkan produk nyanyian lagho (melalaikan) Barat
 yang hadir dalam bentuk yang amat berkualiti tinggi lagi dihiasi dengan
 promosi yang menggila.
  
 Dengan kata kunci 'itqan' (ketekunan) seperti yang disabda Ar-Rasul SAW, 
 terbinalah Awakening.
  

 Beliau juga mengatakan, "Pulangan yang kami dapat daripada business 
 Awakening ni bukannya banyak sangat. Yang penting ialah kami dapat 
 tampilkan produk orang Islam yang berkualiti tinggi untuk semua".
  

 Sebagai pengarah syarikat, Bara menerapkan budaya solat berjamaah di 
 pejabat. Apabila tiba waktu, solat, para pekerja akan mengambil wuduk 
 dan solat bersama di ruang tamu. Orang yang biasanya melaungkan azan 
 ialah pakcik Ahmad, lelaki separuh baya yang bekerja sebagai orang 
 dapur.
  
 Apa yang Fetya Dapat?
   Jujurnya, imbuhan material yang kami terima tidaklah besar. Namun, pengalaman berinteraksi
 dan mendengar pengalaman orang-orang ini adalah sesuatu yang priceless.
 Walau dihimpit populariti, mereka telah membuktikan sifat tawaduk 
 secara 'live'. Walaupun serba kekurangan, mereka telah buktikan sifat 
 itqan secara konsisten. Demikianlah mereka 'beribadah' dalam karier 
 mereka.
  
 Penutup
  
 Perjuangan nasyid ini bukan runcit-runcitan. Kita menggalas peranan membangkitkan
 keperibadian umat melalui suara yang dilontarkan. Ia adalah sebahagian dari dakwah yang 
 agung. Justeru, perbaikilah akhlak kita dan hubungan kita dengan Allah 
 SWT. Juga, sentiasalah berusaha memberi yang terbaik untuk mad'u (para 
 pendengar).
  
 "Orang yang tidak mempunyai, dia tak boleh memberi".
  
 Moga Allah menjadikan kita daripada kalangan orang-orang yang jelas dan ikhlas.
 
 
 
 Bilal Jailani,
 Pengurus dan vokalis FETYA 
 
 
 
 
 Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More