Saturday, July 28, 2012

IMAM MUDA HASSAN : Doa Haji & Umrah (Panduan Buat Tetamu Allah)

HADIAH IMAM MUDA HASSAN 
 
 

Nama Imam Muda Hassan, 27, mula mendapat perhatian sejak menjuarai program Imam Muda musim ke-2, Astro Oasis 106 pada tahun lalu. Sejak itu, beliau mendapat pelbagai undangan dari pelbagai pihak. Bertindak sebagai Pengarah Urusan Persada Oasis Travel & Tours dan juga Naqib dalam program Imam Muda 3, anak muda kelahiran Kg. Sungai Wangi, Ayer ini tidak pernah kenal erti penat dalam kesibukan aktiviti yang sangat padat.


Kini bersandarkan pada pengenalan itulah, Imam Muda Hassan tampil dengan ‘hadiah’ istimewa buat semua yang banyak mendorong beliau untuk merekodkan produk audio sulung. Album yang bertajuk telah mula berada di pasaran sejak 25 Julai 2012.

 
 
Album yang memuatkan bacaan doa, koleksi niat ibadah haji & umrah, serta bacaan ayat suci Al-Quran ini tampil dengan konsep yang istimewa. Alunan berlagu dilihat sebagai cara terbaik untuk menjadikan album ini pelengkap kepada bakal haji & umrah. UNIC Records sebagai penerbit album, telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Imam Muda Hassan untuk memastikan album ini menepati kehendak pasaran dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat. 
 

Antara doa-doa yang terdapat dalam album ini adalah, Doa Menuju Hajarul Aswad, Doa Dibaca Di Mulazam, Doa Minum Air Zam-Zam, Doa di Makam Ibrahim dan Doa di Arafah.

Untuk permulaan, pihak UNIC Records dengan kerjasama UNICMySHOP (www.unic.my) akan mengadakan PROMOSI sebanyak 10% dari harga RM19.90 kepada pembeli online mereka. Promosi ini akan berlangsung sehingga Nuzul Al-Quran 6 Ogos 2012. Inteam Records bertindak sebagai pengedar kepada album ini.
 

Untuk pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi pejabat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 / +6019-428 9986 atau email ke order@unic.my. Website UNIC : www.unic.my Facebook : UNIC  | Imam Muda Hassan

 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More