Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, July 18, 2012

KEM UNICNYA RAMADHAN KALI KE 3 Kembali Temui Anda

 KEM UNICNYA RAMADHAN KALI KE 3 BERSAMA UNIC
 
Klik Gambar diatas untuk paparan yang lebih jelas 



Bulan Ramadhan kini semakin tiba untuk disambut oleh Ummat Islam di seluruh dunia. Menjadi kebiasaan apabila tibanya Ramadhan kumpulan-kumpulan nasyid di Malaysia akan sibuk dengan jemputan-jemputan majlis berbuka puasa dan program yang memerlukan kepakaran mereka.


Tidak terkecuali dengan kumpulan nasyid remaja popular UNIC, tahun ini merupakan kali ke 3 berturut-turut mereka menganjurkan Kem UNICnya Ramadhan. Kem yang bakal diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat bertarikh 4 -5 Ogos 2012 ini adalah anjuran anak syarikat UNICDOTMY Pro Sdn Bhd di bawah kelolaan UNIC sendiri iaitu UNIC Nasyeed & Training Consultants (UNTC) dengan kerjasama Famili UNIC dan Nur Eco-Resort.

Melalui kem yang terbuka untuk semua golongan ini, peserta akan berkampung beramai-ramai untuk merasai keindahan bulan Ramadhan dengan diselitkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Mesra Bersama UNIC, Bengkel Al-Fatihah bersama Johan Akademi Al-Quran, BBQ dan Mini Show UNIC serta tidak ketinggalan aktiviti kerohanian seperti Terawikh Berjemaah, Tadarus Al-Quran serta Qiyammullail.

Bagi memudahkan pergerakan para peserta yang mendaftar, pihak UNTC akan menyediakan kemudahan pengangkutan bas dari Stesen Komuter Kajang. Yuran yang dikenakan juga sangat berpatutan dengan hanya RM120.00 (termasuk juadah berbuka&bersahur, penginapan, pengangkutan, nota), serta diskaun untuk ibubapa yang ingin menghantar anak-anak lebih dari seorang dan diskaun istimewa untuk ahli berdaftar Famili UNIC sendiri. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Ogos 2012

 

Untuk pertanyaan atau pendaftaran, boleh menghubungi pejanat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 / +6019-428 9986 atau email ke unicnasyeed@gmail.com. Website UNIC : www.unic.my Facebook : UNIC
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More