FETYA DOKUMENTARI ( ISMA-MESIR )
"Nasyid Bukan Sekadar Hiburan "
"Nasyid Bukan Sekadar Hiburan "
Selepas kejayaan FETYA bekerjasama didalam pembikinan album kedua Maher Zain yang bertajuk "Forgive Me" dibawah naungan syarikat nasyid yang terkenal di seluruh dunia iaitu Awakening Records, Fetya kini sudah berani dan matang dalam melancarkan video pertama mereka bertajuk 'FETYA Dokumentari' di laman YouTube dari terbitan Brainpower production ,dengan menerangkan serba sedikit latar belakang ahli kumpulan FETYA serta visi dan misinya.
"Kami mahukan nasyid yang benar-benar menampilkan mesej Islam yang jelas, syumul (menyeluruh) dan tanpa berselindung.."
Ujar, Bilal Jailani yang merupakan Pengurus serta vokalis FETYA.
Kenangan manis ini juga sudah mampu FETYA menghasilkan album ( sulung ) mereka sendiri yang bakal diterbitkan tidak lama lagi yang bertajuk "Menyonsong Cahaya", Fetya juga merupakan Mahasiswa yang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir yang mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang masing-masing seperti Pengajian Islam mahupun Perubatan.
Dan diantara yang menarik didalamnya:-
'Disebalik tabir semasa
pembikinan album Maher Zain vocals only version yang berjaya fetya rakamkan
ketika mereka melakukan proses recording di sana.'
Berikut Adalah Video "Fetya Dokumentari " :
Info dari Facebook ( FETYA ):
DI SEBALIK TABIR 'FORGIVE ME' DAN 'THANK YOU ALLAH'
Pengalaman itu memang sukar dilupakan.
Bekerja secara langsung dengan syarikat nasyid no 1 dunia; Awakening Records memberikan banyak kenangan manis. Bermula dengan tawaran 'short notice' lewat panggilan telefon, hinggalah pelancaran album pada 2 April 2012, segalanya sarat dengan pengajaran berguna dan ibrah penuh makna. Tak keterlaluan jika saya katakan, Fetya bagaikan orang baru setelah dipertemukan dengan Awakening Records. Di perlembahan Nil,
nama Fetya tidaklah seharum Dai Nada dan Al-Wadi.
Oleh itu, tawaran bekerja dengan Awakening Records dianggap sebagai durian runtuh. Peluang keemasan ini mesti digunakan sebaik mungkin untuk belajar selok-belok dunia nasyid. Mesti ditatang bagai minyak yang penuh. Teladan Hamza Hamza Namira, seorang artis muda yang berbakat besar, mengajar kami erti rendah diri. Beliau seorang tak tak suka bergambar dengan peminat, lebih-lebih lagi dengan peminat perempuan. Saya tanya, "Eh, macam mana Hamza elakkan diri dari peminat perempuan?". Hamza jawab, "Habis saja show, saya akan duduk bersama isteri dan anak-anak saya.
Jadi, orang akan rasa segan untuk mengganggu privasi saya dan keluarga. Kalau tak pun, saya akan cepat-cepat beredar dari tempat konsert. Yelah, kalau selalu bergambar dan memberi tandatangan, kamu tak perasan diri kamu akan berubah menjadi pecinta kemasyhuran". Hamza menambah lagi, "Orang yang mahu bergambar dengan kita dan meminta tandatangan kita bukannya pernah hirau; betapa hati kita rosak dan bongkak apabila disanjung begitu". Itulah kata-kata seorang artis, yang albumnya (Insaan) menduduki tangga pertama carta jualan album terbanyak Mesir sepanjang 2011. Lebih mengujakan, Hamza beritahu kami yang dia sudah tulis wasiat berkenaan alat-alat muziknya; gitar, PC, keyboard dan lain-lain, bahawa jika dia meninggal dunia, alat-alat muzik ini tidak boleh diwariskan kepada sesiapa. Kenapa demikian? Hal ini kerana, dia tidak mahu alat muziknya digunakan di jalan yang merosakkan orang. Memang itulah hakikat alat muzik, penggunaannya lebih banyak menjurus kepada keburukan berbanding kebaikan. Hanya yang dirahmati Allah sahaja menggunakannya di jalan kebaikan. Wasiat itu telah ditulis sejak Hamza berumur 20-an lagi. Dan hingga kini,
wasiat itu sentiasa diperbaharui dari masa ke masa.
Wawasan Jelas Bara Kherigi
Bara Kherigi merupakan anak kepada tokoh politik terkenal Tunisia;
Rashed Ghannouchi. Bara berperanan sebagai pengarah kepada Awakening
Records.
Perkara yang menggerakkan beliau dan rakan-rakan untuk menubuhkan Awakening Records ialah kesedihan melihat produk nasyid
orang Islam yang amat rendah kualitinya. Bagi beliau, tak mungkin
produk nasyid boleh mengalahkan produk nyanyian lagho (melalaikan) Barat
yang hadir dalam bentuk yang amat berkualiti tinggi lagi dihiasi dengan
promosi yang menggila.
Dengan kata kunci 'itqan' (ketekunan) seperti yang disabda Ar-Rasul SAW,
terbinalah Awakening. Beliau juga mengatakan, "Pulangan yang kami dapat daripada business Awakening ni bukannya banyak sangat. Yang penting ialah kami dapat tampilkan produk orang Islam yang berkualiti tinggi untuk semua". Sebagai pengarah syarikat, Bara menerapkan budaya solat berjamaah di pejabat. Apabila tiba waktu, solat, para pekerja akan mengambil wuduk dan solat bersama di ruang tamu. Orang yang biasanya melaungkan azan ialah pakcik Ahmad, lelaki separuh baya yang bekerja sebagai orang dapur. Apa yang Fetya Dapat? Jujurnya, imbuhan material yang kami terima tidaklah besar. Namun, pengalaman berinteraksi dan mendengar pengalaman orang-orang ini adalah sesuatu yang priceless. Walau dihimpit populariti, mereka telah membuktikan sifat tawaduk secara 'live'. Walaupun serba kekurangan, mereka telah buktikan sifat itqan secara konsisten. Demikianlah mereka 'beribadah' dalam karier mereka. Penutup Perjuangan nasyid ini bukan runcit-runcitan. Kita menggalas peranan membangkitkan
keperibadian umat melalui suara yang dilontarkan. Ia adalah sebahagian dari dakwah yang
agung. Justeru, perbaikilah akhlak kita dan hubungan kita dengan Allah
SWT. Juga, sentiasalah berusaha memberi yang terbaik untuk mad'u (para
pendengar).
"Orang yang tidak mempunyai, dia tak boleh memberi".
Moga Allah menjadikan kita daripada kalangan orang-orang yang jelas dan ikhlas.
Bilal Jailani,
Pengurus dan vokalis FETYA
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]
0 comments:
Post a Comment