Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, June 18, 2012

Maher Zain Beri Kejutan di Konsert "Maher Zain Forgive Me Live in Malaysia 2012"

 
 

10,000 Peminat Nikmati 'Rock Halal' Maher Zain

 
 
..

Kalau sebelum ini beliau pernah memberitahu yang beliau tidak berapa gembira dengan konsertnya yang lalu, MD kira rasa ketidakpuashatian itu sudah pun dapat ditebus dengan konsert yang baru saja direalisasi, malam kelmarin. Bahkan hitmaker Insha Allah ni sekali lagi memahatkan kenangan terindah dihadapan kira-kira 10,000 peminat.


Opening of Maher Zain's Concert in Kuala Lumpur 

Atas nama Maher Zain Forgive Me Live in Malaysia 2012, penyanyi-komposer dari Lebanon ni menjadikan stadium merdeka sebagai tempat pertemuannya bersama peminat Malaysia dalam persembahan berskala besar, buat sekian kalinya. 

..

Memulakan persembahan kira-kira jam 9.15 malam dan mengakhiri pada jam 11.30 malam. Segak mengenakan kot putih, brader Maher tampil dengan lagu Sepanjang Hidup. Lantas penyanyi yang digelar 'The Muslim King Of The Internet' ni bagai memberi gambaran jelas buat penonton bahwa bahasa Melayu bukanlah asing baginya kerana Malaysia sudah seperti rumah kedua. 

Diiringi live band yang terdiri daripada gabungan pemuzik-pemuzik hebattanah air serta dari Belanda, Sepanyol, Mesir dan Iraq, persembahan diteruskan dengan rangkaian 23 lagu petikan album Thank You Allah dan terbaru, Forgive Me.


..
.. 

Segenap arena bergema apabila penonton ikut sama menyanyikan lagu seperti One Big Family, Ya Nabi Salam Alayka, Freedom, Forgive Me, Thank You Allah, Ku Milik Mu, For The Rest Of My Life, Mawlaya, Number One For Me, Insha Allah, Man In The Mirror (Micheal Jackson), Paradise dan Baraka Allah Lakuma.

Tambah menarik, Maher menunai janji memberi kejutan dengan menampilkan pemain seksafon popular tempatan, Jari yang mengiringinya lantas terus membuai penonton dengan gubahan lagu baru bermelodikan instrumental. Sambil Maher turut mempamer kelebihannya bermain piano dengan baik.

"Istimewa untuk anda. Pertama kali saya mainkan lagu ini, khas hanya di Malaysia", kata Maher sambil mengukir senyuman sebelum meneruskan persembahan.

..
..
..
..

Tak cukup dengan itu, penghibur yang mempunyai lebih 4.2 juta pengikut di laman sosial Facebook ni menjemput sahabatnya, Irfan Makki berduet lagi lagu I Believe dan Kiya Karo.

Mewujudkan suasana intim, sesekali Maher bijak mengambil peluang berkomunikasi dengan penonton, menyapa dengan ucapan "assalamualaikum" dan "apa khabar". Sempat juga dia mengundang gelak ramai menerusi jenaka spontan, mengajak penonton terus bergembira dan menikmati muzik rock yang disampaikannya secara 'halal'. Sempoi.

..
..
..
Secara keseluruhan, meskipun di awalnya selama 40 minit penonton terpaksa 'menjamu' persembahan pembukaan dari Irfan Makki dan Raef dengan masing-masing membawakan enam lagu. Namun selama 2 jam setengah, dengan hidangan persembahan cukup bertenaga bersama showmanship para pemuzik penuh impresif, Maher sukses  menghibur peminatnya dalam suasana tenang dan damai. Dan Maher tinggalkan peminat tanah air dengan janji, dia pasti akan kembali lagi. Malah katanya, setiap tahun dia mahu mengadakan konsert di sini. Konsert ini dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records dan disokong oleh Tourism Malaysia.
 
 
 Sumber : malaysiandigest
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More