Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, April 30, 2009

Album Nasyid Mawi Allah Habeebi


BERITA @ FN

Sebuah lagi album berkonsep ketuhanan buah tangan terbaru Mawi

Bertolak daripada album Mawi – Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu (2007) yang berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan dalam erti mengenali diri serta keinsafan, Mawi meneruskan kesinambungan kejayaan dari album tersebut dengan merakamkan sebuah lagi album berkonsep serupa berjudul Allah Habeebi.

Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Encik Zainir Aminullah, “Kami memandang lebih serius penerbitan sesebuah album bukan sahaja hendak memberikan nikmat hiburan semata-mata tetapi lebih kepada pemakanan rohani dan juga hiburan bercorak spiritual. Sebagai sebuah album kesinambungan seperti Allah Habeebi, pembikinan yang lebih baik diutamakan.

Sebagai menguatkan lagi hasrat kami dalam menjaga mutu dan kualiti album, kami telah melaburkan modal melebihi RM100,000 bagi menghasilkan album ini yang melibatkan kos studio, susunan muzik dan aspek teknikal yang lain.

Kami juga melihat usaha ini sebagai sebuah pelaburan yang sangat berbaloi apabila album Allah Habeebi yang telah berada di pasaran sejak 28 Disember 2008 dan baru-baru ini sejak Februari 2009 sudah berjaya mencatat hasil jualan melebihi 15,000 keping di sebalik situasi kegawatan ekonomi yang melanda negara. Kami percaya, para peminat Mawi dan juga pencinta muzik berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan dapat menilai justifikasi sesebuah album itu benar-benar berkualiti sehingga perlu dimiliki.”

Terdahulu, penerima Anugerah Bintang Paling Popular tiga tahun berturut-turut (2005 – 2007) ini turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records apabila memegang rekod jualan terlaris bagi album sulung “The Best Of Mawi World” apabila mencatat rekod jualan sebanyak 81,2000 unit dalam masa seminggu.

Album Allah Habeebi ini juga dilihat mendapat sambutan yang begitu popular apabila syarikat-syarikat utama telekomunikasi menerima lebih dari 50,000 muat turun muzik bunyi dering sejak album ini mula dipasarkan.

Single terbaru Mawi yang kerap berkumandang di radio-radio tempatan berjudul Sujud, hasil kolaborasi vokal bersama KRU. Ia merupakan cubaan pertama Mawi berganding tenaga bersama penyanyi kumpulan berentak rap moderate KRU, menyanyikan lagu genre nasyid moden.

“Saya berasa sangat bersyukur apabila lagu berjudul Sujud dan lagu Allah Habeebi berjaya menduduki tangga lima teratas dalam carta-carta lagu popular di stesen-stesen radio tempatan. Perkembangan ini juga telah membakar lagi semangat saya dalam pembikinan klip video kedua-dua lagu tersebut.

Saya juga telah diberi peluang buat kali kedua untuk menulis lirik untuk lagu ‘Hijab’ selepas percubaan saya yang pertama dalam penulisan lirik lagu untuk lagu ‘Ayah’ yang telah dimuatkan dalam album Kompilasi Lagu-Lagu Raya Akademi Fantasia 2007, “ ujar Mawi.

Terdapat lapan buah lagu baru dan lama yang diolah semula sebagai hadiah halwa telinga untuk para pencinta muzik berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan ini.

Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh Othman Mahmood di samping penerbit-penerbit bersekutu yang berkaliber seperti Farihin, M.Nasir dan Edry KRU yang sudah pasti menjanjikan sesuatu yang agak berlainan.

Keistimewaan album ini adalah dengan adanya penggunaan alat-alat muzik yang dimainkan secara langsung oleh pemuzik-pemuzik professional seperti keyboard yang diterajui oleh Firdaus dan Zul Mahat, sementara petikan gitarnya oleh Azman Alias, Man Keedal dan Napie Spider.

Sementara itu, Fly, Kelly dam Napie Spider rancak mengalunkan bunyi dari gitar bass dan menampilkan pemain drum terkemuka; Zahid Ahmad. Album ini bertambah hebat apabila menerima sentuhan dari Roslan Aziz utk proses mastering di Amerika Syarikat.

Album Allah Habeebi ini juga turut dicalonkan untuk dua kategori dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008 iaitu Album Nasyid Terbaik dan dan Lagu Nasyid Terbaik.

Senarai lagu-lagu dalam album Allah Habeebi:

1. ALLAH HABEEBI
Lagu: Farihin
Lirik: Yasin

2. HIJAB
Lagu: Bad Hisham
Lirik: Mawi

3. TOLA’ AL BADRU ALAINA (menampilkan Brothers)
Lagu: Syeikh Qalam
Lirik: Syeikh Qalam

4. SERULAH NAMANYA
Lagu: M.Nasir
Lirik: Ad Samad

5. SUJUD (menampilkan KRU)
Lagu: Edry
Lirik: Edry

6. WAL-ASRI
Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long

7. TEMAN HAKIKI
Lagu: Ku Sham
Lirik: Dr Mohd Asri / Syeikh Qalam

8. SEROJA
Lagu: Hussein Bawafie
Lirik: Hussein Bawafie

Album terbitan Maestro Records ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM 25.90 untuk cakera padat.

Sumber :budiey.com

BERITA @ FN

SAFI " BERSIH DAN SUCI "

KESIHATAN @ FN

SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH


Selama hampir 2 dekad kewujudan SAFI di pasaran Malaysia, maka tidak hairanlah bagi SAFI yang kini muncul sebagai peneraju utama di pasaran di dalam kategori produk penjagaan diri untuk Muslimah dan sekeluarga.

SAFI yang membawa maksud “Bersih dan Suci”, disasarkan khas terutamanya untuk wanita Melayu yang ingin mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya tanpa berkompromi dengan nilai-nilai agama Islamnya.

Disahkan HALAL oleh JAKIM (kini HDC – Halal Development Corporation), rangkaian produk di bawah jenama SAFI terdiri daripada siri penjagaan kulit, ubat gigi, talkum, syampu, lulur mandi, losyen tangan & badan, kosmetik, minyak wangian, rangkaian dandanan rambut untuk lelaki, pembersih peribadi wanita serta terbaharu rangkaian penjagaan bayi – yang mana kesemua rangkaian-rangkaian tersebut adalah diperbuat daripada bahan terpilih, semulajadi, berkualiti dan halal; Seiring dengan kehendak syarak.

Untuk Pesona Nona musim ini, ianya di bawa khas oleh SAFI dan diterajui oleh SAFI BALQIS, iaitu rangkaian penjagaan diri untuk gadis serta wanita melayu yang mengimpikan kulit yang putih berseri secara semulajadi. Terdiri daripada Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar, Krim Pelembap Siang SPF15, Losyen Pelindung Suria SPF30, Krim Kecantikan, Krim Malam serta Losyen Tangan & Badan, rangkaian SAFI BALQIS juga didatangi dengan rangkaian talkum wangi, deodoran stik serta deodoran bebola.

Rangkaian produk SAFI BALQIS dipertingkatkan dengan Sistem Pencerah Berganda, Pelindungan UV serta Teknologi Nano-Q10 yang bukan hanya mencerahkan kulit, tapi juga menganjalkannya, supaya kulit bersih serta putih dan berseri.

Sejajar dengan matlamat membentuk wanita Malaysia khususnya wanita melayu kearah kecantikan khususnya di dalam industri seni serta pengacaraan tanahair, SAFI BALQIS dengan bangganya sekali lagi menjadi penaja utama untuk Pesona Nona musim ini. Semoga niat suci SAFI untuk mempertingkatkan produk keluaran tempatan serta Halal dikalangan wanita Melayu dapat direalisasikan dengan kerjasama ini.

Sumber : budiey.com

KESIHATAN @ FN

SUNNAH BERSIWAK

KESIHATAN @ FN

Kelebihan Bersiwak

"ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman".

ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman.


Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat.


Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih.

Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit.

Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)." (Hadis riwayat Muslim)

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud: "Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat." (Hadis riwayat Muslim)

Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan: "Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak.

Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar: "Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."

Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).

Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah.

Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.

Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi.

Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan.

Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut.

Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.

Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi.

Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.

Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan.

Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

ii. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata: "Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak." (Hadis riwayat Muslim)

iii. Apabila bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

iv. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

v. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.

Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh.

Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan.

Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan: "Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara."

Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.

Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah.

Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Sumber : KOSMO !

KESIHATAN @ FN

SYIFA' TOUR 2009 (STO9 )

BERITA @ FN

Promosi Syifa' bermula

Mereka kini dalam siri rangka promosi, Syifa' Tour 2009 (ST09) yang akan berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Mei ini.

Album terbaru mereka, Seri Hati, sudahpun dilancarkan November lalu edaran Hijjaz Records Sdn Bhd dibawah naungan RBI Vision Resources.

Syifa' mensasarkan golongan pelajar sekolah serta penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sebagai satu bentuk hiburan dan riadah kepada mereka, keluarga serta tenaga pengajar di sekolah dan IPT terbabit.

Ini satu cara untuk memperkenalkan Syifa' dalam industri nasyid tanah air selain dapat mengisi aktiviti sekolah serta IPT yang mengambil bahagian.

Ketua kumpulan itu, Rohaizat berkata, sehingga kini, Syifa' sudahpun menjelajah ke Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan yang terbaru di Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka, Pahang dengan sambutan memberangsangkan.

"Sambutan pihak sekolah dan IPT yang di luar jangkaan menaikkan semangat kami untuk meneruskan siri jelajah ini dan ternyata segala usaha serta pengorbanan ini berbaloi.

"Ia kenangan yang manis buat kami yang masih baru dalam industri nasyid ini. Syifa' harus diberi pendedahan dan promosi agar kumpulan ini lebih dikenali peminat nasyid dan tidak bergantung kepada syarikat rakaman semata-mata," katanya.

Bermula 1 Mei ini, Syifa' akan mengadakan persembahan dan promosi di Ma'ahad Muhammadi, Pasir Mas sempena Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam, jam 9.00 malam.

Seorang daripada anggota kumpulan Hijjaz, Ariffin, dijadualkan akan mengadakan sesi tazkirah kepada pelajar di sana.

Pada 2 Mei ini pula, Syifa' akan mengadakan persembahan dan promosi di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu pada sebelah pagi dan di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu pada malamnya.

"Selain mengadakan persembahan, Syifa' juga membuat penjualan produk secara langsung kepada peminat dengan harga promosi bagi setiap CD, VCD dan kaset di samping beberapa cenderamata khas untuk dijual kepada peminat.


"Kami juga mengatur beberapa aktiviti sepanjang mereka di sana termasuk bertemu Nur Nik Nurmadihah yang mendapat keputusan 20A dalam SPM dan juga sesi temuramah di stesen radio tempatan di sana," katanya.

Mereka yang berminat untuk berkerjasama dengan Syifa' boleh hubungi Rohaizat di 017-609 0106 atau menerusi emel putra119@syifa.com.my.

Sementara itu kepada mereka yang ingin mengerjakan umrah dengan Hijjaz Legend Travel & Tours Sdn Bhd, boleh hubungi 012-306 2291 atau layari laman web, www.kembara-umrah.com.

Sumber : KOSMO !

BERITA @ FN

Allah Maha Kuasa

BERINGAT @ FN

QINGDAO - Seorang peladang, Mao Rui'an terkejut apabila salah seekor ayamnya mampu bertelur dua kali ganda, lapor sebuah akhbar semalam.

Rui'an yang menyedari kejadian ganjil ayam betina itu selepas bilangan telur ditetas oleh haiwan berkenaan pada kadar yang luar biasa.

Ketika pemeriksaan rutin kesihatan dilakukan, peladang terbabit menemui rahsia di sebalik kelebihan ayam berkenaan.

Rupa-rupanya ayam itu dilahirkan dengan dua punggung yang mampu mengeluarkan telur dua kali ganda daripada biasa.

Rui'an yang berasal dari selatan China itu berkata; "Ayam betina itu sangat istimewa buat saya. Saya membina sebuah reban khas dan diberikan makan gandum. "Ayam lain dibiarkan bebas mencari makanan di atas tanah." - Agensi

Sumber : KOSMO !

BERINGAT @ FN

Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu dengan kehendaknya,jika kita perhatikan seekor ayam mampu mengeluarkan 2 kali ganda Masha Allah ( Allahu Akbar 3x ),tidakkah kita fikir bahawa setiap kejadiannya tidak mustahil bagi-NYa. Kita sebagai makhluknya dibumi ini haruslah berterima kasih dengan NYA dengan cara mengingati NYA selalu, tika kita berada susah atau senang dan jangan pulak waktu susah kita baru nak ingat Astagfirullah,moga kita dijauhi segala musibah atau malapetaka yang melanda kita Amin ya Rabbal a'lamin..

( Renungan @ FN )

Tuesday, April 28, 2009

ROADSINGER -To Warm You Through The Night

BERITA @ FN

TERBARU YUSUF ISLAM
@ Cat Stevens -"ROADSINGER" (To Warm You Through The Night)

YUSUF ISLAM ATAU NAMA POPULARNYA (Cat Stevens) KEMBALI DGN ALBUM TERBARU BELIAU YANG BERJUDUL "ROADSINGER" (To Warm You Through The Night),ALBUM INI AKAN BERADA DIPASARAN MELALUI WEB AMAZON YANG BERTARIKH 5 MEI 2009..

INSYAALLAH ANDA BOLEH DAPATKANNYA DI AMAZON.COM SECARA ONLINE DAN ALBUM BELIAU AKAN MENEMBUSI KESELURUH NEGARA..

DIANTARA YANG MENARIK DALAM ALBUM "ROADSINGER" IALAH :

TRACK LISTINGS ;

1. Welcome Home
2. Thinking 'Bout You
3. Everytime I Dream
4. The Rain
5. World O' Darkness
6. To Be What You Must
7. This Glass World
8. Roadsinger
9. All Kinds Of Roses
10. Dream On (Until...)
11. Shamsia

Oleh : arekeyz_studio@yahoo.com

Editorial Reviews

Product Description

In "roadsinger," the illuminating title track to Yusuf's new album, he asks, "Where do you go in a world filled with fright? Only a song to warm you through the night."

For decades, his has been the voice that has carried us through the darkness. One of the most influential and successful singer-songwriters of the last 40 years, Yusuf has provided the perfect salve for a troubled world--a beautifully nuanced, warm voice shielding us against harsh, turbulent times bringing songs of truth and hope.

Just when we need him most, Yusuf is back with roadsinger, an 11-song collection about the evanescent dreams of life and the promise that spiritual fulfillment brings for those who are ready to travel far enough.

"While writing these songs I was getting a new idea every day and every song said, `sing me', Yusuf says, sitting casually on a sofa in a hotel suite in Los Angeles. "You don't `make' the music; you just interpret something that's passing through you."

The enjoyment that comes in being part of this process of creating music is palpable in every note on roadsinger. And Yusuf is certain that every step of his amazing journey has led him to this place. "Songwriting is a life vocation if you're really serious about it," he says. "And, therefore, it comes from your experiences and the times, tastes and troubles that make up your life."

And what a life it has been. Born of a Greek father and Swedish mother in England, Steven Georgiou grew up in the shadow of the West End, London's equivalent of Broadway. On one end of his street was a statue of Eros, the Greek god of love. On the other were theaters that brought some of the best music ever written within feet of his doorstep. "Almost from day one when I decided to get into music, I wanted to write songs for musicals," he says. "I was so inspired by the great composers such as Bernstein, Gershwin, Rodgers and Hammerstein."

A self-taught musician, yusuf always felt that, like these seminal men of music, he had a voice and something to say. "I just had to wait for other people to discover it."

Of course, they did. As Cat Stevens, he sold more than 60 million albums. His tender-yet-passionate style became synonymous with the folk-based singer-songwriter movement of the `70s, although his music transcended any set place and time. Hits like "Wild World," "Morning Has Broken," "Father and Son," "Peace Train," "Oh Very Young," and "Moonshadow" remain as relevant and inviting today as they did 35 years ago.

Always a seeker of enlightenment and universal wisdom, his searching led him to embrace Islam in 1977 after reading an English translation of the Qur'an. There is nothing too posh or pious about Yusuf. His faith is expressed most beautifully in the universal truths of "All Kinds of Roses" from roadsinger. There's a stillness and deliberateness about Yusuf that comes from a place of serenity and surrender.

He smiles softly when he talks about picking up a guitar for the first time again in 2004. "It was that moment around dawn, morning time, when no one else was around. I decided to have a go and it felt so, so, natural. I could put my fingers exactly where they were 30 years ago (laughs) and yet it was so fresh. I think that was the most glorious of moments."

That reentry into mainstream music's atmosphere after a 28-year absence was the critically-lauded "An Other Cup" in 2006. People were relieved "that I didn't sound like I'd gone through some Frankensteinian transformation which made me sound like something else," Yusuf says with a laugh.

"An Other Cup" bridged his eastern and western sensibilities; whereas roadsinger is rooted firmly in the West. That shift happened subconsciously courtesy of a plane trip. "I remember listening to a playlist on a transatlantic flight of [music from] the `70s and that just captured my imagination. I said, `oh gosh, how great it was.' It was Joni Mitchell, Jackson Browne, Carole King, James Taylor, Neil Young, Elton John. But it was more the L.A. stuff and that may have edged me toward doing that again."

Yusuf traveled all over the world to record roadsinger including studios in London, Dubai, and others. He produced the album himself, with assistance on three tracks provided by producer Martin Terefe, best known for his work with Jason Mraz, KT Tunstall, James Morrison and Ron Sexsmith. Some of his musical friends--Michelle Branch, Gunnar Nelson, James Morrison, Terry Sylvester and Holly Williams, also chime in on backing vocals.

Much of roadsinger was recorded live with few overdubs, giving the album an organic, unpretentious feel. Yusuf says, "I borrowed from my own experience making `Tea for the Tillerman,' I realized that some of the best tracks were all live so I went back into recording things live again."

That adds to the immediacy and warmth of the tracks. "When you're doing it live, it has something to do with life right now, which is much more powerful than `let's try and overdub it again'," Yusuf says. "Essentially it's all done simultaneously and that makes it all more vital. The title track actually was a first take. I haven't done that since 1967," he laughs.

Yusuf also revisits his past on the compelling, lovely "Be What You Must" which opens with the lilting, delicate piano melody of "Sitting," an enduring hit from Catch Bull at Four. Accompanied by a children's choir, Yusuf bravely and boldly sings that in order to "Be what you must, you must give up what you are."

On "roadsinger," Yusuf praises love both divine and human. "Thinking `Bout You," is a pure love song of sweet devotion to one who simply makes the world better by their presence.

While much of the album is dominated by Yusuf's exquisite, tasteful guitar work, confident, layered arrangements punctuate the tunes, such as the horns on the lush "Everytime I Dream," or the cellos and violins that provide "The Rain" with a gravitas as Yusuf sings of the world after an epic flood.

Similarly, the searing "World O' Darkness" features some of Yusuf's most plaintive vocals ever captured on disc, often pierced by his piquant guitar work. Just as he examines war on "Darkness," on the yearning "This Glass World" he questions how we've isolated ourselves from others with our material possessions.

Both songs are featured in "Moonshadow," a musical opening later this year constructed around his catalog of songs. "'World O' Darkness' acts as a prologue to the planet in which we find ourselves," Yusuf says. "A world where only moon shines and there is no daylight. It becomes the goal of this one boy, who's very much a dreamer, very much a rebel, perhaps similar to myself, who leaves the social treadmill to find the lost world of the sun."

Like his best music over the decades, roadsinger is about a journey of love, after rejection; truth beyond illusion and, ultimately, hope from the opening track, "Welcome Home," in which Yusuf invites "all seekers this way," to the closing "Shamsia," a gentle, meditative instrumental, where he sends us lovingly back into the world of musical sunshine.

But, luckily for us, Yusuf says his musical "seeking" is far from done so we can count on him to keep looking for the answers. "Seeking the perfect song is always the task of every songwriter and you never make it," he says. "And that's a great thing, that there's always something more to write about, something more to sing out loud about."

Sumber : http://www.amazon.com

BERITA @ FN

Monday, April 27, 2009

Lawatan Ke Nasyeed.com

BERITA @ FN
Lawatan ke Nasyeed.com

21 Februari 2009 / 25 Safar 1430

Baru- baru ini Nasyeed.com menerima lawatan sambil belajar dari pelajar tahun 5, Sekolah Kebangsaan Broga, Semenyih. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Sis Nurul dan Sis Mass. Lawatan seramai 30 orang murid dengan 10 orang guru ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti yang dijalankan di Nasyeed.com. Di samping itu, pelajar-pelajar dan guru juga dapat mempelajari serba sedikit bagaimana membuat adunan suara (mixing) di studio rakaman dan mereka cipta grafik. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Bro Razin dan Bro Mahadi.

Terima kasih kerana memilih Nasyeed.com didalam lawatan sambil belajar kalian.

Berita Oleh : Nur Shufina

Antara guru-guru yang mengikuti lawatan ke Nasyeed.com
Tekun mendengar penerangan daripada Sis Nurul
Presiden PIN, Bro Mahadi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada adik-adik yang berkunjung ke NC
Bro Razin menerangkan fungsi-fungsi peralatan di studio NEP kepada adik-adik
Semua terpegun melihat Bro Abdullah membuat design

Adik Muhammad Amer Al Toff dan semua yang hadir menerima cenderahati dari pihak Nasyeed.com
Cenderahati buat guru-guru yang hadir
Sempat bersalaman bersama Sis Nurul sebelum pulang
Bergambar kenang-kenangan bersama staff NC

Sumber : http://www.nasyeed.com
BERITA @ FN

Festival Nasyid Selatan 2009

BERITA @ FN

Festival Nasyid Selatan 2009


Anjuran:

Persatuan Islamic Rhythm & Management dan Unit Kebudayaan

Universiti Teknologi Mara Johor


Tarikh:

18 Mei 2009

Lokasi:

Dewan Sri Temenggung, UiTM Johor

Masa:

8.00 pagi hingga 11.00 malam



"Kembara Kasih Ilahi"




Hubungi:

Isyfaq bin Mohamad Sazali

012-2778729


Sumber : www.johor.uitm.edu.my

BERITA @ FN

Sunday, April 26, 2009

IKIM.FM - SUSUN STRATEGI


BERITA @ FN

Ikim.fm susun strategi bersaing


RADIO Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) menampilkan rancangan istimewa sepanjang tahun ini bagi memenuhi selera pendengarnya dan menyampaikan kefahaman Islam secara menyeluruh.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, berkata Ikim.fm menyusun pelbagai langkah untuk merangsang lagi penjenamaannya dengan meluaskan promosi melalui media cetak.


"Kami berharap Ikim.fm lebih berdaya saing sebagai satu-satunya stesen radio berlandaskan pandangan Islam," katanya.

Rancangan baru di Ikim.fm membabitkan Al-Furqan yang disiarkan pada jam 6.30 pagi setiap Sabtu dan Ahad dengan siaran ulangan pada jam 8 malam hari sama, bagi membolehkan pendengar mempelajari bahasa Arab melalui ayat al-Quran.

Seterusnya, Dialog di Ikim ke udara pada jam 12.15 tengah hari Sabtu, Ilhamku pada 6.15 petang Jumaat, Agenda Ummah pada 3.15 petang Isnin, Cerna Minda pada 6.15 petang Isnin serta Sains dan al-Quran pada 6.15 petang Selasa.

Rancangan berkonsep bual bicara berkisar penyucian jiwa dan nurani, Rasa Hati diterbitkan secara langsung pada jam 6.15 petang setiap Rabu manakala kisah nabi, Teladan Anbiya' pada jam 9 malam setiap Ahad.

Selain itu, segmen Mata Pena membabitkan penulisan dan sastera Islam ke udara pada jam 9.15 malam Isnin, Pengembara Muslim jam 10 malam Rabu dan Hikmah di Ambang Fajar pada 4.15 pagi Isnin hingga Jumaat.

Diterajui pengarah baru, Ahmad Jais Alias, Ikim.fm terus mencari fahaman baru dan segar, selain mengisi rancangan siarannya secara saksama bagi kepentingan pendengar dalam meningkatkan kefahaman.

Syed Ali Tawfik berkata, Ikim.fm bangga kerana kewujudannya sejak lapan tahun lalu banyak memberikan kefahaman, kesedaran dan pengetahuan berguna kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Ini sesuai dengan slogannya, Pilihan Utama Anda," katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

BERITA @ FN

HABBATUS SAWDA'

KESIHATAN @ FN

Kopi ramuan habbatus sawda'

Aroma kopi sawda’ mampu memberi kepuasan kepada setiap penggemar minuman ini.

PENGGEMAR minuman kafein pastinya akan tergoda dengan keharuman aroma kopi yang mampu membuatkan hari mereka sentiasa segar dan cergas.

Kenikmatan itu terus menjadi pilihan penggemar kopi kerana kebanyakan produk yang berada di pasaran mempunyai resipi kesihatan tersendiri.

Sebuah syarikat pemasaran tempatan, Corpora Corporation Sdn. Bhd. juga tidak mahu ketinggalan menyertai kerancakan bisnes minuman berasaskan kopi dengan memperkenalkan produk kopi habbatus sawda'. Ia merupakan sejenis minuman yang dicampur dengan tumbuhan herba.

Idea untuk menggunakan ramuan itu apabila mereka kajian menunjukkan habbatus sawda' mengandungi fostat, ion, karbohidrat dan antibiotik.

Kopi itu juga ditambah dengan beberapa jenis herba dan bahan lain seperti ubi jaga, tongkat Ali, gingko biloba, krimer dan gula halus.

Meskipun baru beroperasi selama dua tahun, syarikat Corpora Corporation Sdn. Bhd. cukup menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Ini kerana pada tahun pertama bisnes itu, kopi sawda' mampu meraih jualan antara 30,000 hingga 40,000 unit kopi setiap bulan.


KOPI Sawda mengandungi pelbagai jenis herba dan ramuan terbaik.


PENGARAH Syarikat Corpora Corporation Sdn. Bhd. Mohd Hasyim Ngadiman.


"Angka itu cukup membanggakan walaupun pengguna mempunyai pelbagai pilihan jenis kopi yang lain, namun kemasukan produk kami turut mendapat perhatian.

"Selain menjual dalam bentuk kotak yang mengandungi 15 paket, kami juga menjualnya secara papan khusus untuk edaran di kedai-kedai makanan," jelas pengarah urusannya, Mohd. Hasyim Ngadiman baru-baru ini.

Menurutnya lagi, kopi sawda' bukan saja mengandungi khasiat herba habbatus sawda', malah ia juga dikisar bersama tongkat Ali yang terkenal sebagai raja herba.

Sementara itu, penggemar minuman kopi juga tidak perlu risau dengan status halal produk kopi sawda'. Ia dikilangkan di bawah Mais Food Industries Sdn. Bhd. (Mais Food) yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Terbaru, syarikat tersebut mengeluarkan produk lain yang berunsurkan produk kesihatan iaitu colostrum bioactive plus dan kapsul sawda.

Bagi memperluaskan lagi pasaran produk-produk tersebut, Corpora Corporation Sdn. Bhd. mempelawa mereka yang berminat untuk menjadi stokis atau wakil pengedar dengan menghubungi talian 03-4024 6563. - AQMAR ALLADAD

Sumber : KOSMO !

KESIHATAN @ FN

BERINGAT- SELESEMA BABI

BERINGAT @ FN

Selesema babi cetus kebimbangan global


HONG KONG - Pegawai-pegawai kesihatan di Asia berada dalam keadaan berjaga-jaga semalam ketika penyakit selesema babi yang membunuh puluhan orang di Mexico kini menular ke New Zealand sekali gus meningkatkan risiko berlakunya wabak global.

ANGGOTA tentera mengagih-agihkan topeng muka di Mexico City semalam.

Kerajaan rantau Asia yang pernah bergelut dengan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung, meningkatkan pengawasan di lapangan-lapangan terbang dan menggesa orang ramai supaya berwaspada.

Langkah itu susulan pengumuman Menteri Kesihatan New Zealand, Tony Ryall semalam bahawa 10 pelajar negara itu yang baru-baru ini melawat Mexico dijangkiti selesema babi.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai kesihatan bahawa mereka disyaki menghidap selesema babi," katanya.

Menurutnya, sampel darah semua pelajar itu sudah dihantar ke makmal Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Melbourne bagi mendapatkan kepastian.

Sementara itu, pegawai-pegawai Mexico memberitahu, angka kematian akibat wabak baru itu meningkat kepada 81 orang di mana 10 daripada mereka dipercayai dijangkiti di Amerika Syarikat, dua di Perancis dan seorang di Israel.

Penularan cepat itu dipercayai berpunca daripada perjalanan udara di peringkat antarabangsa.


Alat pengesan haba mula diaktifkan di Lapangan Terbang Narita di Jepun semalam.

Kelmarin, WHO memberi amaran virus selesema babi berpotensi merebak menjadi pandemik dan melabel wabak semasa sebagai cemas dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Di Jepun, pihak berkuasa mengetatkan pemeriksaan terhadap para penumpang dari Mexico dengan mereka diberi topeng muka dan menjalani imbasan termal bagi memastikan sama ada mereka mengalami demam.

"Jepun perlu memastikan penyakit itu tidak merebak ke dalam negara ini," kata Perdana Menteri Taro Aso.

Kawalan ketat turut dilaksanakan di Hong Kong, Indonesia dan Thailand.

Penghidap penyakit yang dipercayai berpunca daripada jenis terbaru virus H1N1 itu akan mengalami demam, sakit tekak, batuk, sakit sendi yang diikuti dengan jangkitan paru-paru.

Setakat ini ubat untuk selesema burung Tamiflu dikatakan berkesan merawat penyakit maut itu. - AFP

Sumber : KOSMO !

BERINGAT @ FN

ZIKIR MUNAJAT -USTAZ AMAL

BERITA @ FN

Bacaan zikir, doa sejahtera

KOMEN: Suara Ustaz Amal bukan sahaja lunak semasa berduet dengan kumpulan Raihan dalam lagu-lagu nasyid tetapi juga semasa berdoa dan menyampaikan tazkirah.

Album ini misalnya, menampilkan bacaan zikir, tasbih, istighfar dan doa beliau untuk dihayati serta diikuti oleh para pendengar.

Kebanyakan doa yang disampaikan oleh Ustaz Amal dalam album ini berkonsepkan mencari kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Antara yang dibacakan oleh beliau ialah doa taubat Nabi Yunus dan surah al-Hamdalah selain doa bagi menghilangkan rasa dukacita.

[ *** ]

Judul Album: Zikir Munajat
Artis: Ustaz Amal
Konsep Album: Bacaan Zikir
Terbitan: Islamic Media Edutainment

Sumber : UTUSAN

BERITA @ FN

Nasyid -INTEAM

BERITA @ FN

Album nasyid pelbagai gaya

KOMEN: Allahu Rabbi merupakan album nasyid kumpulan Inteam yang mempunyai pelbagai gaya termasuklah irama, lirik dan bahasa yang cuba mereka sampaikan.

Lagu Allahu Rabbi menampilkan gabungan lirik dalam bahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Hindi menjadikan ia begitu unik dan bersifat antarabangsa.

Lirik yang dipersembahkan juga bukan setakat berunsur ketuhanan tetapi juga bersifat sejarah seperti lagu Hamzah Asadullah yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah.

Sementara lagu-lagu nasyid yang diperdengarkan tidak bersifat konservatif semata-mata, tetapi ia turut disulami dengan elemen kontemporari.

Kombinasi alunan vokal secara harmoni menambahkan kepelbagaian setiap lagu yang dinyanyikan dalam album ini.

[ ** ]

Judul Album: Allahu Rabbi
Artis: Inteam
Konsep Muzik: Nasyid
Terbitan: Inteam Records Sdn. Bhd.

BERITA @ FN

REZEKI - Nik Nur Madihah


BERITA @ FN


Hadiah Yang Amat Berharga - Adik Nik Nur Madihah

Rezeki dan anugerah yang tak putus-putus tiba bilamana berita tentang kejayaan dan latar belakang kelurganya menjadi tatapan umum. "

"..Peluang mengerjakan ibadat umrah yang ditawarkan oleh Hijjaz ini, adalah hadiah yang amat berharga dan tidak pernah dibayangkan selama ini. Saya bersyukur dan gembira kerana diberi peluang ini...

Saya tidak menduga dapat ke tanah suci ketika usia muda ini kerana selama ini tidak terfikir berpeluang ke luar negara, apatah lagi ke Makkah. Peluang menunaikan ibadat umrah di Makkah adalah kesempatan mendekatkan diri dengan Allah dan berdoa supaya diberi kekuatan dan petunjuk memilih peluang melanjutkan pelajaran yang diterima setakat ini," kata adik Nik Nur Madihah (Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008).


Sumber : http://ustaz-amal.blogspot.com

BERITA @ FN

HIJJAZ Taja Umrah

BERITA @ FN

Timur: Hijjaz Taja Umrah Madihah Sekeluarga

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my

CHE BAHROM menghulurkan pasport antarabangsa untuk Nik Nur Madihah sambil diperhati
ibunya, Mariani dan Ismen Nadim (dua dari kanan) yang menaja pakej umrah.

Pelajar cemerlang anggap hadiah paling berharga

KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, semalam menerima tajaan menunaikan ibadat umrah bersama ibu bapanya daripada Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd (Hijjaz).

Untuk tujuan perjalanan itu, tiga beranak terbabit sambil diiringi Pengarah Urusan Hijjaz, Ismen Nadim Isam, menyiapkan pasport antarabangsa masing-masing di Jabatan Imigresen Kelantan.

Kehadiran mereka disambut Pengarah Imigresen Kelantan, Che Baharom Hamzah, yang turut membantu memudahkan proses berkenaan sebelum menyerah dokumen perjalanan itu kepada Nik Nur Madihah dan ibu bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 41, dan ibunya, Mariani Othman, 40.

Nik Nur Madihah berkata, peluang mengerjakan ibadat umrah yang ditawarkan oleh Hijjaz, adalah hadiah yang amat berharga dan tidak pernah dibayangkan selama ini.

“Saya bersyukur dan gembira kerana diberi peluang ini. Saya tidak menduga dapat ke tanah suci ketika usia muda ini kerana selama ini tidak terfikir berpeluang ke luar negara, apatah lagi ke Makkah.

“Peluang menunaikan ibadat umrah di Makkah adalah kesempatan mendekatkan diri dengan Allah dan berdoa supaya diberi kekuatan dan petunjuk memilih peluang melanjutkan pelajaran yang diterima setakat ini,” katanya yang menarik perhatian ramai berikutan pencapaian 20A dalam SPM 2008.

Nik Nur Madihah berkata, beliau kini masih mempertimbangkan tawaran biasiswa penuh yang diterimanya daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas, sebelum memilih universiti luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

“Agak sukar bagi saya membuat keputusan kerana tiga penaja berminat menawarkan biasiswa penuh bagi kos melanjutkan pengajian saya ke luar negara. Malah pagi tadi, saya menerima borang tajaan Mara, namun belum ada keputusan dan diharap apabila di Makkah nanti, saya mendapat petunjuk Allah.

“Saya kini dalam persimpangan antara melanjutkan pelajaran peringkat A Level di United Kingdom atau Jordan. Peluang sudah ada, cuma saya hanya tinggal buat pilihan. Saya tahu semua penaja sama ada kerajaan negeri, syarikat korporat dan pihak lain menaruh harapan tinggi terhadap saya untuk berjaya dalam bidang pengajian.

“Saya tak nafikan sejak berita kejayaan saya dalam SPM itu disiarkan media massa, rezeki saya mencurah-curah dan saya berjanji akan terus berbakti kepada negara dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ismen Nadim berkata, Hijjaz Trade berbesar hati dapat menaja kunjungan umrah kepada Nik Nur Nadihah yang menjadi individu pertama menerima tajaan itu berikutan kejayaan cemerlang dalam SPM 2008.

“Ketika Hijjaz Trade ditubuhkan, kami memang sudah berniat menaja mana-mana pelajar yang kurang berkemampuan termasuk anak yatim, menunaikan umrah. Perancangan ini sepatutnya dibuat mulai 2010 tetapi dipercepatkan ekoran kemunculan Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang dari Maahad Muhamaddi ini.

“Kami menghargai kejayaannya kerana mahu beliau dicontohi pelajar Melayu lain terutama mereka yang berasal dari keluarga kurang bernasib baik, yang kemiskinan tidak boleh menjadi penghalang kepada kejayaan dalam pelajaran,” katanya.

Sumber : Berita Harian

BERITA @ FN

HIJJAZ Taja Nik Nur Madihah


KOTA BHARU: "..Hijjaz Trade berbesar hati dapat menaja kunjungan umrah kepada Nik Nur Nadihah yang menjadi individu pertama menerima tajaan itu berikutan kejayaan cemerlang dalam SPM 2008.

Ketika Hijjaz Trade ditubuhkan, kami memang sudah berniat menaja mana-mana pelajar yang kurang berkemampuan termasuk anak yatim, menunaikan umrah.

Perancangan ini sepatutnya dibuat mulai 2010 tetapi dipercepatkan ekoran kemunculan Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang dari Maahad Muhamaddi ini. Kami menghargai kejayaannya kerana mahu beliau dicontohi pelajar Melayu lain terutama mereka yang berasal dari keluarga kurang bernasib baik, yang kemiskinan tidak boleh menjadi penghalang kepada kejayaan dalam pelajaran," - Sdr Isman Nadim (Ahli Lembaga Hijjaz Trade).


SahabatAmal: Rasa terharu pun ada, berbangga pun ada. Pertama atas kemurahan hati sahabat2 dan adik2 saya di Hijjaz Trade. Semoga Allah merahmati kalian semua. Hanya orang pernah susah dapat merasai keperitan dan kesusahan orang lain. Keduanya atas kejayaan dan kecemerlangan seorang anak dari kelurga yang susah, Adik Nik Nur Madihah. Tahniah juga pada adik. Semuga kejayaan adik ini membawa kebaikkan pada diri, keluarga, agama dan negara.

Sumber : http://ustaz-amal.blogspot.com
BERITA @ FN

ISLAM TV BAKAL KEUDARA -1JULAI

BERITA @ FN

PUTRAJAYA:TV memiliki pengaruh luaran yang sangat kuat, besar dan efektif sekali khasnya di dalam bidang pendidikkan, pengiklanan dan sebagainya.

Manakala dalam kontek dakwah pula, Dr Yusuf Al Qaradhawi berkata penggunaan TV sudah tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi dalam realiti dunia global tanpa sempadan kini. Pihak musuh Islam telah menggunakan secara maksimum melebarluaskan dakyah dan propaganda mereka. Tidak boleh dinafikan bahawa budaya dan sikap hidup umat Islam dewasa ini, khasnya remaja dan kanak-kanak banyak dibentuk oleh media massa terutamanya tv.

Apa yang sangat membimbangkan kita apabila pengisian program TV berada di tangan golongan yang tidak bertanggungjawab, maka kesan buruknya lebih banyak dari kesan baik. Negatifnya ketara lebih dari positif. Inilah yang menjadi dilema besar yang menghantui para pendidik sejati dan sekelian ibubapa yang sangat prihatin berkenaan santapan rohaniah dan minda anak-anak tercinta.

Benarlah sabda Nabi saw: "Sebaik-baik harta (benda atau perkara) adalah harta orang soleh. Dengannya dia menghubung silaturrahim dan melakukan amal makruf".

Maknanya andai media khas TV dan radio berada di dalam rencana dan tadbiran para mukminin, maka ummah akan mendapat manfaat yang amat berguna lagi berganda. Fikir-fikirkan.

Hari ini, saya rasa terharu dan amat bersyukur, dalam penantian yang lama, saya rasa demikian juga hasrat dan harapan sekelian muslimin dan muslimat, Alhamdulillah, khabarnya Rancangan Jakim TV yang bakal dilancarkan 1 Julai ini. Secara pribadi saya menantikannya sejak 30 tahun yang lalu. Alhamdulillah dan terimakasih pada IKIM yang memulakan siaran radio Islam awal sebelum itu. Gandingan TV Jakim dan Radio IKIM ini kita harapkan dapat memaparkan keindahan Islam dari segenap aspek kehidupan sehingga mampu menyuburkan iman umat Islam serta beupaya membiaskan cahaya hidayah pada masyarakat bukan Islam juga. Sama-sama kita doakan.

"Rancangan televisyen swasta itu adalah program memaparkan berkonsepkan hiburan pendidikan yang sudah dirancang ketika portfolio berkenaan disandang menteri terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. tu antara komitmen terbesar yang sudah dirancang Datuk Ahmad Zahid. InsyaAllah saya akan memastikan kedua-dua projek berkenaan berjalan lancar. Banyak lagi program yang akan diteruskan selain ditambah", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sumber : http://ustaz-amal.blogspot.com

BERITA @ FN

Thursday, April 23, 2009

DMENC bertiga ?

BERITA @ FN

Anggota DMENC dah tinggal bertiga?

Salam kepada semua Komuniti Teman Inteam (KTI) yang dicintai. Dukacita dimaklumkan mulai 1 Januari 2009 yang lalu, secara rasminya anggota DMENC telah tinggal bertiga. Ini berikutan penarikan diri salah seorang anggota DMENC yang telah menulis surat secara rasmi kepada pihak pengurusan untuk menarik diri atas alasan peribadi. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk bergerak secara solo. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Jasni bin Saat bekas ketua kumpulan DMENC. Sehubungan itu, jika sesiapa yang ingin mengundang DMENC untuk persembahan atau apa jua aktiviti dan sebagainya bolehlah menghubungi saya secara terus melalui talian hayat di bawah:

SHAIFULIZAM BIN JAMALUDIN,
Pengurus DMEN'C / Pengarah Urusan,
DMENC Music Creative,
No. 7-2 Tingkat 1,
Bangunan Koperasi Mersing Berhad,
Jalan Ismail, 86800,
Mersing, Johor.

Telefon H/P: 0197060447 / 0177608147

Fax: 077991132

Email: dmencfanethics@gmail.com

web: www.myspace.com/dmencnasyid

ex-DMENC

Jasni Bin Saat
Diploma in Airline, Diploma Kaunseling
( Kolej Dar Al-Hikmah )
Bersukan, Beriadah & Bernasyid

BERITA @ FN

Lagi Berita HIJJAZ

BERITA@FN

Hijjaz berniaga pakaian, kopi kesihatan

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Lebih percaya konsep usaha sama berbanding sekadar jadi
duta produk


PASARAN jualan album yang tidak menentu ketika ini menyebabkan ramai anak seni mula mengalihkan perhatian kepada dunia perniagaan. Bukan meninggalkan terus bidang hiburan yang menjadi darah daging mereka selama ini tetapi sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan.

Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis menceburi perniagaan. Ada yang membuka restoran, pusat kecantikan, butik serta perniagaan secara online. Tidak ketinggalan, kumpulan nasyid Hijjaz yang turut menceburi bidang perniagaan yang agak tersasar dengan kerjaya mereka iaitu mengeluarkan dua produk berasaskan jenama Hijjaz iaitu pakaian dan juga kopi kesihatan.

Dua produk ini akan dijalankan di bawah syarikat mereka iaitu Hijjaz Trading Corporation (HTC). Untuk pakaian, HTC akan bekerjasama dengan Dwarna Industries(M) Sdn Bhd manakala untuk kopi, kolaborasi itu akan dijalankan bersama syarikat Color Fly Sdn Bhd.

Majlis memorandum persefahaman diadakan antara HTC, Dwarna Industries (M) Sdn Bhd dan Colour Fly Sdn Bhd diadakan di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Mengulas pembabitan mereka dalam kedua-dua perniagaan itu, Pengarah Urusan HTC, Isman Nadim Isam berkata pada awalnya kedua-dua syarikat itu berminat untuk menjadikan mereka duta semata-mata. Bagaimanapun, tegas Isman, menjadi duta bukanlah polisi Hijjaz sejak dulu lagi.

“Kami tidak mahu menjual nama kami semata-mata. Jadi apabila dua syarikat ini menawarkan kami menjadi duta mereka, kami sarankan kepada mereka supaya kami turut serta dalam perniagaan mereka. Secara tidak langsung, kami berpeluang untuk mempelajari perniagaan baru,” kata Isman pada sidang media kemudian.

Sebelum ini, HTC sudah pun mempunyai rangkaian perniagaan seperti Hijjaz Records Sdn. Bhd serta tiga lagi anak syarikat yang bernaung di bawah HTC ialah HR Publishing, AD Country Resort (Teratak Hijjaz) dan Hijjaz Legend Travel & Tours Sdn. Bhd.

Ditanya mengapa bidang rekaan fesyen menjadi pilihan, Isman berkata perniagaan itu memang ditunggu-tunggu sejak sekian lama.

“Ketika ini HTC dan Dwarna bersetuju untuk bekerjasama dalam hal ehwal rekaan pakaian serta menjadi ejen pengedar pakaian di pasaran di bawah jenama HijjazDwarna. Buat masa ini kami sudah pun menyediakan lima rekaan terbaru di mana kesemuanya bercirikan busana muslimah yang menutup aurat.

“Selepas ini, fesyen pakaian lelaki pula akan menyusul,” ujar Isman optimis.

Memandangkan mereka ingin menjadikan perniagaan pakaian ini secara serius, Isman berkata mereka juga akan melantik selebriti atau model untuk menjadi jurucakap kepada label mereka nanti.

“Kami sudah pun mempunyai beberapa nama sesuai yang akan menjadi jurucakap untuk pakaian ini nanti. Sampai masanya nanti, kami akan umumkan,” ujarnya separuh berahsia.

Mengulas perniagaan kopi campuran yang akan dijalankan bersama Colour Fly, Isman berkata dia menceburi perniagaan itu kerana prospeknya yang cerah.

“Sejak peristiwa kekejaman rakyat Palestin, di Semenanjung Gaza ramai orang kita sudah mula cerewet mengenai pemakanan dan produk halal mula mendapat permintaan ramai. Jadi, kesempatan ini kami gunakan untuk menawarkan produk yang hala, dari segi syariatnya seperti kopi Hijjaz ini,” jelas Isman sambil memberitahu mereka juga akan membuka sebuah kilang di Shah Alam untuk perniagaan kopi itu.

Sumber : www.utusan.com.my
farihad@bharian.com.my

BERITA @ FN

MA'RAD DI KAHERAH







WALLPAPER @ FN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..SEMOGA SEHAT SENTIASA..KALI INI BERBEZA DARI SEBELUMNYA.IA ADALAH HASIL WALLPAPER YANG ANA BUAT KETIKA ANA DI MA'RAD KITAB DI KAHERAH PADA BULAN FEBRUARY YANG LEPAS...DISINI ANA SELITKAN GAMBAR-GAMBAR YANG BERADA DI LOKASI ARAB SAUDI..DAN BANYAK LAGI WALLPAPER YANG AKAN MENYUSUL

P/S : SILA KLIK PADA GAMBAR TUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS
TERIMA KASIH

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More