Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, August 26, 2009

TANGGUNGJAWAB BESAR ZULKIFLEE RABBANI

BERITA @ FN



PERJUANGAN Rabbani masih diteruskan dan mereka sepakat memilih Zulkiflee (dua dari kiri) sebagai vokalis menggantikan Ustaz Asri

Pemilihannya adalah sejajar dengan hasrat dan pesanan Allahyarham Asri


MEMANG terasa ada kekurangan apabila melihat persembahan anggota kumpulan Rabbani tanpa pemimpin mereka, Mohd Asri Ibrahim atau Ustaz Asri yang meninggal dunia pada 13 Ogos lalu.

Kemunculan mereka pada Majlis Pelancaran Rasmi Bazar Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, adalah yang yang pertama bagi Rabbani selepas hampir seminggu Ustaz Asri kembali ke rahmatullah.

Wajah kesedihan dan kepiluan memang masih kelihatan pada anggota kumpulan ini. Bagaimanapun, yang pergi tak kembali, manakala kehidupan yang ada perlu diteruskan.

Jurucakap Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, berkata kehilangan dan sedih memang masih amat dirasai kerana ketika hayatnya, Allahyarham Asri adalah tonggak penting untuk membuat segala perancangan membabitkan kumpulan ini.

“Sewaktu raptai sehari sebelum persembahan pertama ini, kami memulakannya dengan bacaan al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham. Buat kami yang tinggal ini, memikul tanggungjawab dan harapan yang tinggi untuk meneruskan legasi Rabbani. Saya juga bersyukur peminat masih setia menyokong.

“Persembahan ini pun sebenarnya sudah diuruskan terlebih dulu oleh Allahyarham. Sepatutnya kami merancang memakai baju Melayu berwarna hijau daun pisang sedondon. Tapi baju itu tak sempat nak ambil di kedai. Insya-Allah kami akan pakai untuk persembahan di Hotel Singgahsana.

“Allahyarham yang suruh setiap daripada kami membuat tiga pasang baju raya,” katanya yang ditemui pada majlis anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia serentak dilakukan pengagihan bubur lambuk Agung Kampung Baru kepada orang awam.

Majlis ini adalah anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Petronas dan Maggi yang mengagihkan 25,000 bekas memuatkan bubur lambuk Kampung Baru kepada pertubuhan anak yatim, ibu tunggal dan pusat penjagaan bukan Muslim seperti Pusat Jagaan Titian Kasih, Tasik Titiwangsa, Anak-anak Yatim & Kariah Masjid Jamek, Kampung Baru, Persatuan Kebajikan Ti-Ratana dan Rumah Sayangan Taman Berlian, Cheras.

Menurut Azadan, sebenarnya Allahyarham Asri seperti memberikan pembayang sebelum pergi meninggalkan mereka. Antaranya, sesi fotografi kad raya membabitkan anggota dan pekerja syarikat Rabbani yang sepatutnya diadakan pada 17 Ogos, tetapi Allahyarham meminta ia dipercepatkan dua hari lebih awal.

“Pada masa yang sama, Allahyarham sempat menandatangani kontrak Ramadan bersama Hotel Singgahsana untuk tahun ke-18 pada 11 Ogos lalu. Rupa-rupanya, di sebalik kebimbangan Allahyarham terhadap soal tarikh mengenai urusan tertentu, ada maksud tersirat sebenarnya. Insya-Allah, kami akan mengundang kumpulan nasyid lain bagi mengadakan persembahan khas mengenang Allahyarham di hotel terbabit.

“Dalam pada itu, kami bersyukur rezeki tetap ada apabila penganjur persembahan yang sudah lama kenal menghubungi untuk undangan membuat persembahan.

“Mungkin juga ini berlaku disebabkan keperibadian Allahyarham yang cukup disenangi orang. Sepanjang hayat Allahyarham, saya memang jarang berenggang lama dengannya. Paling lama pun selama lapan hari kerana pakej umrah kami berbeza,” katanya yang mula mengenali Allahyarham Asri sejak tahun 1991.

“Pada puasa kali ini, kami diibaratkan seperti kehilangan seorang ayah dan sahabat yang sangat disayangi,” katanya.

Azadan berkata, anggota Rabbani kini bersetuju untuk memilih Zulkiflee Azman secara rasmi menggantikan kekosongan vokalis utama kumpulan ini.

“Zulkiflee mengisi tempat yang ditinggalkan Allahyarham. Kami tidak perlu mencari orang luar, sebaliknya di kalangan rakan-rakan dalam Rabbani juga,” katanya.

Bagi Zulkiflee, dia menerima mandat untuk menjadi vokalis Rabbani dengan tangan dan hati terbuka. Katanya, ini secara tidak langsung, Rabbani memenuhi keinginan Allahyarham Asri yang pernah meminta untuk menggantikan tempatnya jika ada apa-apa terjadi.

Namun, dia tidak menafikan tanggungjawab yang dipikulnya sangat berat kerana sukar untuk menandingi kehebatan Allahyarham Asri. Bagaimanapun, amanah itu akan cuba dilakukannya sebaik mungkin.

“Perjuangan Rabbani harus diteruskan harap sehingga kami semua mempunyai generasi beranak-pinak. Harapnya Rabbani tidak akan berpecah dan kekal selagi ada yang meminati muzik kami.

“Menggeletar dan seram sejuk juga pada mulanya untuk memikul tugas ini. Tapi Alhamdulillah sekarang sudah okey,” katanya sambil memberitahu Rabbani akan menyanyikan semula lagu ciptaan Allahyarham Asri bagi menyegarkan kembali ingatan sewaktu permulaan wujudnya kumpulan Nada Murni hinggalah sekarang.

Sumber: BERITA HARIAN

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

APE YANG PERLU ADA BAGI SEORANG PENASYID ?

BERITA @ FN

CIRI-CIRI SEORANG PENASYID

ALLAHYARHAM USTAZ ASRI IBRAHIM

Ana rasa bagi seseorang penasyid, ciri-ciri paling tepat yang perlu ada padanya ialah ciri-ciri yang ada pada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sebab Allahyarham adalah antara insan yang paling tepat menggambarkan imej nasyid dan apa yang sepatutnya seorang penasyid ada, antara sifat beliau yang patut penasyid ikut ialah:


1. 'Alim (sehingga beliau bergelar ustaz dan sering menjadi sumber rujukan) - Mempunyai pengetahuan agama yang luas, memang sepatutnya seorang pendakwah mempunyai pengetahuan agama yang lengkap.

2. Thiqah - Beliau sentiasa menjaga cara penampilan, cara bercakap, cara berinteraksi sehingga tampak jelas kewibawaan beliau sebagai seorang pendakwah dan contoh ikutan.

3. Tawaddhu' - Allahyarham adalah seorang yang sangat tawaddhu' dan merendah diri, sehingga kekadang apabila berinteraksi dengan beliau dek kerana rendah dirinya, kita terlupa bahawa pengalaman berpuluh tahunnya dalam bidang nasyid sepatutnya sudah menjadikan beliau seorang yang sepatutnya sangat disegani, atau dengan kata lainnya seorang Otai atau Sifu...

4. Ramah dan sentiasa senyum - Beliau sangat mudah mesra dan sentiasa tersenyum. Keramahan beliau membuatkan beliau mudah didekati khususnya golongan artis biasa yang cenderung untuk mendekati dakwah nasyid, beliau disegani dan dihormati tapi mudah didekati. Ciri-ciri tepat seorang pendakwah...

5. Pengetahuan ilmu Al-Quran yang baik - Beliau membaca Al-Quran dengan baik dari segi hukum tajwid dan makhrajnya, beliau juga mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang tarannum, marhaban, berzanji dan seumpamanya... Ciri yang sepatutnya wajib ada bagi setiap penasyid, kerana ilmu Al-Quran dan Tarannum adalah rujukan untuk mengalunkan nasyid...

6. Ikhlas - Walaupun kita tidak mengetahui isi hati beliau, tapi keikhlasannya terpancar dari perlakuan beliau dan cara penyampaian nasyid beliau, serta cara dealing show beliau, cara beliau mentadbir Rabbani dan banyak lagi..

Banyak lagi ciri-ciri baik yang kita boleh ambil contoh dari Allahyarham... Semoga diri ana sendiri dan penasyid-penasyid baru dan lama dapat menerapkan ciri-ciri yang beliau ada... Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para syuhada' dan solihin dan pemergian beliau dinilai sebagai syahid di jalan dakwah... amiinnn...

Sumber :Akhi Amin INTEAM
BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Tuesday, August 25, 2009

DALAM KALIMAHMU "LAGU NASYID TERAKHIR" USTAZ ASRI RABBANI




BERITA @ FN


Nasyid ini dirakamkan buat kali terakhirnya oleh Allahyarham Ustaz Asri dan akan dimasukkan ke dalam album terbaru beliau.

- OST telemovie Ramadhan -

Nur Rahman RTM 2 yang akan ditayangkan pada penghujung RAMADHAN ini.

Apabila Ar Rahman dan Ar Rahim dipertemukan didalam satu kalimah


BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

LIRIK "YOU CAME TO ME" - SAMI YUSUF -

LIRIK@FN

SAMI YUSUF - You Came To Me lyrics




VERSE 1

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

BRIDGE 1

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2)

VERSE 2

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

BRIDGE 2

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2)

MIDDLE 8

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

BRIDGE 3

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (currently X2)

FINALE

LIRIK@FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

DOWNLOAD NEW SINGLE "YOU CAME TO ME" AND VIDEO -SAMI YUSUF-


DOWNLOAD@FN

TERBARU SINGLE

"YOU CAME TO ME" -SAMI YUSUF-

You Came to Me - New Single for free Download

Photobucket

Dari FN : Sukacitanya bahawa single terbaru Sami Yusuf yang bertajuk " You Came To Me ",mempunyai 4 versi iaitu : English (Main),English-Arabic,English-Farsi,dan English-Turkish.


New Sami Yusuf single to be released for download on 18th of August… FREE

To commemorate the holy month of Ramadan, and as a thank you to all his fans, Sami is to release “You Came to Me”, from his highly anticipated new album as a FREE download.

ans and supporters will have the opportunity to download the official single starting August 18th, and throughout Ramadan.

The track will be available in four different versions; English (Main), English-Arabic, English-Farsi, and English-Turkish.

Sami wishes everyone a blessed and reflective month and looks forward to announcing the full details of the album soon.

“You Came to Me” 18th Aug 2009!

Website Sami Yusuf : www.samiyusufofficial.com


DOWNLOAD@FN


Photobucket

You Came To Me ( English)

You Came To Me ( English - Farsi)


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Monday, August 24, 2009

PENGERTIAN RAMADHAN BUAT NABIL,AWANGKU OMAR & USTAZ AZRI



BERITA @ FN


DARI kiri: Nabil Ahmad,Awangku Omar Asfuaddin Pengiran Hamdan dan Ustaz Azri. - Foto Sobri Sudin


Meraikan hari pertama bulan suci, Ramadan, XY - Ikon Lelaki menampilkan tiga personaliti yang memenuhi aspirasi lelaki Muslim hari ini. Ikuti pengertian bulan seribu rahmat ini dalam hidup Awangku Omar Asfauddin Pengiran Hamdan; Ustaz Nabil Ahmad dan Ustaz Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz.

RAMADAN datang lagi dengan 1,001 rahmat dan pahala kepada umat Islam. Selain berlapar dan dahaga sepanjang hari, Nabi Muhammad SAW juga menganjurkan umatNya mengerjakan solat tarawih setiap malam.

Menurut Abu Hurairah r a, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang lalu”.

Sempena meraikan bulan mulia ini, XY - Ikon Lelaki mendekati tiga personaliti agama daripada profesion dan latar belakang berbeza. Setiap insan istimewa ini punya cerita tersendiri serta mahu berkongsi keistimewaan Ramadan dengan pembaca.

Awangku Omar Asfauddin Pengiran Hamdan; Ustaz Nabil Ahmad dan Ustaz Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz - masing-masing contoh terbaik mewakili generasi baru pemimpin agama.

Mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 baru-baru ini. Awangku Omar Asfauddin, 31, membuktikan usia muda bukan penghalang bergelar qari negara serta mendalami ilmu al-Quran.



Sama rentaknya dengan personaliti agama Astro Oasis, Ustaz Nabil, 29, yang bertanggungjawab mengemudi program Jemputan Umrah stesen kabel itu. Bagi Ustaz Nabil, dakwah boleh dilakukan melalui pelbagai medium tanpa batasan.

Pada usia 24 tahun, Ustaz Mohd Azri pula membuka lembaran baru dalam pengurusan masjid. Pada usia semuda itu, Ustaz Mohd Azri dilantik menjadi imam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar. Nyata, pengalaman menjadi imam di Masjid Negeri Pulau Pinang pada 2003 membawa anak muda ini melalui episod baru dalam hidupnya.

Berlatarbelakangkan Masjid Putra di pusat pentadbiran negara, Putrajaya, tiga ikon agama ini berkongsi aspirasi hidup mereka serta pengertian Ramadan.


Al-Quran pegangan hidup

ILMU pembacaan al-Quran bukanlah asing dalam hidup Awangku Omar Asfauddin. Sejak usia 11 tahun lagi, beliau sudah berjinak-jinak menyertai pertandingan Tilawah al-Quran di peringkat negeri hingga muncul juara qari kanak-kanak peringkat kebangsaan.

Bakat yang dilentur sejak kecil itu dipertajamkan dengan bimbingan guru seperti Bujang Sulaiman, Johari Samad, San’ani Fauzi termasuklah bekas qari negara era 1980-an, Ustaz Ismawi Duet.

Kerja keras mendalami ilmu bacaan al-Quran membuahkan hasil apabila Awangku Omar Asfauddin terpilih mewakili negara pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51. Biarpun tewas, Awangku Omar Asfauddin tidak merasakan ia penamat dalam mendalami kitab agung itu.

“Saya melihatnya (kekalahan) dalam sudut positif. Daripada pemerhatian saya, qari dari Iraq dan Indonesia memang hebat dan mereka nampaknya memberikan yang terbaik.

“Bagi saya, kalah atau menang bukan ukuran sebaliknya daya usaha dan semangat berkongsi ilmu itu lebih penting,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam taranum dan tajwid.

Bagi qari muda ini, pentas tilawah bukanlah asing dalam hidupnya. Awangku Omar Asfauddin pernah mewakili Sarawak bagi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun lalu.

“Tidak dinafikan pertandingan tilawah peringkat kebangsaan lebih mencabar kerana kita mempunyai ramai qari dan qariah berbakat. Semua peserta ini sama hebatnya dengan peserta pertandingan peringkat antarabangsa,” kata jejaka berasal dari Bintulu, Sarawak ini.

Sisi berbeza dirinya, Awangku Omar Asfauddin bercerita skop kerjaya sebagai Pembantu Pentadbiran Baitulmal Sarawak di Bintulu. Mengakui sedikit janggal apabila ramai mengkelaskan qari sebagai ‘orang agama’, Awangku Omar Asfauddin membuktikan beliau sama seperti anak muda lain.

“Agak lucu mengenangkan detik saya mendaftar diri dalam tilawah lalu. Ini kerana penganjur keliru siapa yang bertanding. Ramai menyangka pegawai pengiring yang menjadi qari mewakili Sarawak.

“Secara peribadi, sesiapa saja layak mendalami ilmu bacaan al-Quran asalkan berminat dan mendapat bimbingan dengan mereka yang berkelayakan,” katanya.

Ditanya soal pengertian Ramadan pada dirinya, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, selain menahan lapar dan dahaga, Ramadan mendidik umatNya lebih berdisiplin serta menjadi hamba yang bertanggungjawab kepada Allah SWT.

Awangku Omar Asfauddin turut berkongsi tip mendalami ilmu al-Quran. Bagi beliau, ilmu al-Quran harus dipupuk sejak kecil dan diterapkan dalam nilai didikan ibu bapa. Ini katanya, tentu dapat mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat.

PROFIL: Awangku Omar Asfuaddin Pengiran Hamdan
Umur : 31 tahun
Tarikh lahir : 5 Jun 1978
Tempat lahir : Bintulu, Sarawak
Tinggi : 165 sentimeter (sm)
Berat : 50 kilogram (kg).

Berdakwah cara moden

BAGI penonton setia rangkaian Astro Oasis, pasti tidak janggal dengan kelibat personaliti agama ini. Ustaz Nabil yang mengemudi rancangan Jemputan Umrah di stesen kabel itu makin dikenali ramai. Mengendalikan program berbentuk agama, masih ada cabaran yang harus dipikul anak muda ini dalam menyampaikan mesej Islam pada persekitaran hari ini.

Mengulas keberkesanan dakwah melalui medium elektronik, Ustaz Nabil berkata, televisyen sebagai saluran penyampaian maklumat dianggap antara medium terbaik berinteraksi dengan penonton secara langsung.

Beliau berkata, medium televisyen yang memaparkan visual dan audio lebih berkesan dalam penyebaran mesej keagamaan.

“Melalui penyampaian maklumat tepat dan berkesan, saya percaya penonton memperoleh manfaat terbaik dalam mendalami ilmu keagamaan,” kata Ustaz Nabil yang juga bertugas sebagai Pegawai Bahagian Penyelarasan Program Agama di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ditanya apa hukuman yang wajar dikenakan kepada umat Islam yang tidak berpuasa, Ustaz Nabil berkata, secara logiknya umat Islam harus memiliki rasa hormat sesama insan. Umat Islam juga perlu tahu kebesaran Ramadan serta melipatgandakan amalan.

“Bagi saya, tidak cukup sekadar menghormati orang lain yang berpuasa. Golongan yang enggan berpuasa ini wajar diberi kaunseling dan ceramah untuk mendedahkan mereka kebesaran Ramadan.

“Pada masa sama, tidak wajar menangkap dan mengenakan hukuman kepada pesalah tanpa kita terlebih dulu mengesahkan status atau sebab mereka tidak berpuasa,” katanya.

Mengenai masalah samseng jalanan terutama dari kalangan remaja, Ustaz Nabil berkata, tidak wajar masyarakat menyalahkan golongan remaja semata-mata. Ini kerana baginya, masalah itu membabitkan semua pihak termasuk golongan yang mencipta perbezaan komuniti dalam kehidupan.

Ustaz Nabil berkata, senario hari ini menyaksikan golongan profesional lebih cenderung dengan gaya hidup tersendiri. Ini mengwujudkan jurang antara komuniti elit dan golongan bawahan.

“Maaf cakap, tanpa kita sedari, golongan remaja terasa bagai terpinggir daripada realiti kehidupan hari ini. Kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada ibu bapa 100 peratus, sebaliknya pemimpin harus berganding bahu menangani masalah sosial hari ini,” katanya.

Ustaz Nabil turut berkongsi tip kekal cergas sepanjang hari di bulan Ramadan. Beliau berkata, Ramadan bukan bulan untuk merasa lesu dan letih. Katanya, ilmu sains membuktikan berpuasa mampu menjana ion elektron yang tinggi jika kita melipatgandakan solat.

Beliau berkata, melalui seminar sains solat, saintis dari Universiti Malaya (UM) membuktikan amalan solat dan tarawih mampu menambah tenaga individu selain mengelak jangkitan penyakit.

“Berpuasa sendiri sudah menjadi sahabat Nabi. Lihat saja perang Badar yang menyaksikan 313 tentera Islam mampu menewaskan orang kafir seramai 1,000 orang.

“Inilah kebesaran amalan berpuasa,” katanya.

PROFIL: Ustaz Nabil Ahmad
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 23 April 1980
Tempat lahir : Kampung Behor Mali, Perlis
Tinggi : 164 sm
Berat : 70 kg.

Imam muda contoh terbaik

BUKAN calang-calang, Ustaz Mohd Azri membuktikan usia muda bukan penghalang menjadi pemimpin contoh. Bakal menginjak usia 25 tahun akhir tahun ini, Ustaz Mohd Azri mula menjadi imam sejak di bangku sekolah lagi.

Menyingkap sejarah hidupnya, imam muda ini mula mendalami ilmu agama di Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Baru selama tiga tahun. Dunia baru ini bermula sebaik Ustaz Mohd Azri meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mushoor (Lelaki) Pulau Pinang.

Di Darul Quran Jakim, Ustaz Mohd Azri memperoleh Diploma Tahfiz al-Quran Wal’Qiraat. Bergelar tahfiz pada usia muda, anak muda berjiwa tenang ini tidak menoleh ke belakang lagi. Malah, baru-baru ini, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (al-Quran) dari Universiti Malaya.

Ditanya sejarah awal bergelar imam, Ustaz Mohd Azri berkata, selain menjadi imam di sekolah, beliau mula memikul tugas imam di Masjid Negeri Pulau Pinang selama dua tahun pada 2003.

“Sebelum menjadi imam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, saya menjadi imam di Masjid Al-Ikhlasiah di Pantai Dalam selama dua tahun dari 2005.

“Bermula Julai 2007, barulah saya berkhidmat sebagai imam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saya bertugas setiap Selasa dan Sabtu dan bertanggungjawab mengetuai solat lima waktu” katanya.

Bercerita soal cabaran bergelar imam, Ustaz Mohd Azri berkata, kebanyakan masjid termasuk di Bangsar amat mengalu-alukan pembabitan imam muda bagi mengetuai solat berjemaah.

Ustaz Mohd Azri yang memiliki kepakaran dalam amalan perubatan Islam berkata, beliau tidak terlepas daripada menjalani temu duga sebelum layak dilantik imam.

Berkongsi soal pengertian Ramadan dalam dirinya, Ustaz Mohd Azri berkata, secara umum Ramadan adalah bulan mengerjakan ibadat kepada Allah SWT. Sebagai umatnya, kita hendaklah berusaha meningkatkan amalan dan rugi andai diri tidak merebut keistimewaan bulan ini.

“Andai leka dan tidak merebut peluang baik sepanjang Ramadan ini, belum tentu kita masih hidup pada Ramadan akan datang,” katanya penuh bermakna.

Ditanya mengenai nasib umat Islam yang ditindas di luar negara, beliau berkata, umat Islam di Malaysia harus bersyukur hidup dalam aman.

“Kita tidak boleh memberi bantuan kerana faktor jauh dan keselamatan. Namun, memadai kita memberi bantuan lain termasuk berdoa supaya kembali aman.

“Masalah yang dihadapi umat Islam ditindas ini wajar dijadikan ikhtibar supaya kita bersatu dan mengekalkan keamanan negara,” katanya.

Ditanya cara terbaik melakukan hijrah dalam hidup, Ustaz Azri berkata, perubahan datang dengan kehendak Allah SWT.

“Perubahan yang datang atas kehendak Allah SWT. Ia boleh datang dalam apa cara sekali pun. Namun, terpulang kepada diri kita sama ada ingin berubah atau tidak. Adalah rugi andai hidayah yang diberi dipersia-siakan begitu saja,” katanya.

PROFIL: Ustaz Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz
Umur : 24 tahun
Tarikh lahir : 21 Disember 1984
Tempat lahir : Taiping, Perak
Tinggi : 163 sm
Berat : 78 kg.

Pakaian dan Songket : Dzulldeclassique, No 39, Main Street, 43000, Kajang, Selangor (Tel: 03-87377575).

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Sunday, August 23, 2009

SINGLE TERBARU MUSLIM VOICE -HANYA PADAMU-

BERITA @ FN

SINGLE TERBARU MUSLIM VOICE



Hanya PadaMu Musli...

atau anda boleh dengarkan di sini HANYA PADAMU MUSLIM VOICE

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Friday, August 21, 2009

ZULKIFLI @ ZUL VOKALIS BARU RABBANI

BERITA @ FN

ZULKIFLI AZMAN PIKUL AMANAH BESAR VOKALIS RABBANI

PEMERGIAN Allayarham Ustaz Asri Ibrahim secara mengejut pada 14 Ogos lepas merupakan kehilangan besar kepada industri muzik, terutamanya irama nasyid tanah air.

Zulkifli Azman (dua dari kiri) bakal mengantikan Ustaz Asri dalam kumpulan Rabbani. foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

Di kalangan rakan artis, beliau amat disenangi dan disayangi kerana sifatnya yang luhur budi pekerti - baik dari segi percakapan dan perlakuannya.

Pemergian Asri juga turut meninggalkan tanda tanya siapakah yang mampu menggantikan tempat arwah sebagai vokalis kumpulan Rabbani selepas ini.

Namun, persoalan itu terjawab apabila salah seorang anggota kumpulan itu, Azadan berkata, tugas arwah akan digantikan oleh seorang lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Zulkifli Azman atau Zul.

Menurut Azadan, mereka sudahpun mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk melantik Zul memikul tanggungjawab besar itu.

"Kami (Rabbani) sudah berbincang mengenai perkara itu dan telah bersetuju Zul akan mengantikan tempat arwah Ustaz Asri.

"Sebenarnya sehari sebelum Ustaz Asri meninggal dunia, beliau ada memberitahu yang Zul memang boleh menyanyi dan mampu mengantikanya.

"Dia mempunyai suara yang baik, cuma Zul ni seorang yang pemalu sikit," kata Azadan yang ditemui pada majlis tahlil arwah dan doa selamat sempena Ramadan yang diadakan di Sri Pentas, semalam (Khamis).

Rabbani akan meneruskan semua persembahan mereka yang telah dijadualkan antaranya ialah perasmian Bazar Ramadan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kampung Baru pada 1 Ramadan iaitu Sabtu ini dan persembahan di Hotel Singgahsana yang akan berlangsung dari 4 hingga 27 Ramadan.

Azadan juga menjelaskan dia pernah bertanya kepada ayah Asri apa sebenarnya menyebabkan arwah menjadi seorang yang cukup istimewa.

"Ayah Ustaz Asri ketika itu kata, ketika mak (Ustaz Asri) sedang mengandungkannya... mak arwah pernah mimpi bulan jatuh ke riba.

"Saya pun terus bertanya kepada ayah arwah apa maksud mimpi tersebut, beliau beritahu waktu itu kalau dirujuk dengan ustaz-ustaz di zaman beliau, itu memang suatu petanda yang baik," kata Azadan.

Bukan sahaja terkenal dengan sikap ceria dan tidak pernah bercakap dan berkelakuan kasar malah menurut Azadan lagi, Asri seorang yang bersikap pemurah.

"Ustaz Asri seorang yang pemurah dan suka belanja makan.

"Tidak pernah kami makan dengan dia dan bayar sendiri-sendiri. Memang Ustaz Asri yang akan bayar," kata ahli kumpulan Rabbani berusia 36 tahun itu.

Selain itu sepanjang bersama Asri dalam Rabbani, Azadan menjelaskan arwah seorang yang tidak pernah marah dan adalah sesuatu yang pelik seandainya perkara itu berlaku.

"Sejak kami mengenali beliau, Ustaz Asri memang tidak pernah menunjukkan perasaan marah terhadap kami.

"Kami akui memanglah kami mempunyai anggota yang ramai dan kalau ramai mesti banyak 'kepala', tetapi Ustaz Asri dapat mengatasi semua masalah itu kerana beliau menekankan ukhwah persahabatan.

"Sebelum nak buat apa-apa keputusan, dia akan pastikan di kalangan ahli rabbani tidak ada perselisihan.

"Siapa yang pernah kena marah dengan Ustaz Asri memang ajaiblah," katanya sambil tersenyum mengenangkan saat-saat manis mereka bersama.

Sumber : MSTAR

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Thursday, August 20, 2009

SINGLE TERBARU IN HEART-YANG KU CARI & SAKURA -

BERITA @ FN

SINGLE TERBARU IN HEART ( AKADEMI NASYID )

IN HEART

IN HEART

In Heart adalah peserta akademi nasyid kini sudah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu :

1- Yang Ku Cari
2- Sakura

Website Rasmi In Heart : http://www.myspace.com/inheartakn

Single terbaru kali ini adalah sangat menarik, dan single mereka lebih menjurus ke arah R&B. Lagu Sakura sedap didengar berkemungkinan lagi ini akan jadi popular,so ape lagi jom kita dengar sama-sama lagu single mereka di http://www.myspace.com/inheartakn .

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

"USTAZ ASRI DALAM KENANGAN" DI TV3

BERITA @ FN

"USTAZ ASRI DALAM KENANGAN"

21 OGOS INI DI TV3




Pemergian Mohd Asri Ibrahim atau mesra disapa Ustaz Asri meninggalkan kesan yang mendalam di dalam industri muzik tanah air. Perjuangan Allahyarham di dalam kumpulan Rabbani yang ditubuhkan pada 1 Mac 1997 berjaya mendapat sambutan peminat dengan aluan zikir dan menyebarkan dakwah melalui irama nasyid yang diperjuangkan.

Sebagai mengenang perjuangan Allahyarham, TV3 menerbitkan program 'Ustaz Asri Dalam Kenangan' selama satu jam pada hari Jumaat, bersamaan 21 Ogos, jam 6 petang. Program ini akan memaparkan kompilasi persembahan kumpulan Rabbani sewaktu Malam Sinar Maulidurrasul 1428H (2007) dan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H (2009) termasuk persembahan duet mereka bersama Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi.

Penonton juga akan dapat menyaksikan sedutan visual sewaktu pengebumian Allahyarham serta wawancara bersama ahli Rabbani yang lain. Di samping itu, penonton di rumah boleh menghantar ucapan takziah yang akan dipaparkan melalui 'crawler' ketika program disiarkan.

Sumber : GUA

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

PUNCA ORANG ISLAM TERKENA H1N1

BERITA @ FN

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam


Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Sumber : CINA ISLAM

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

"Ana mahu kamu semua jadi macam ana”


BERITA @ FN

RABBANI TETAP DITERUSKAN TANPA ARWAH

"Ana mahu kamu semua jadi macam ana”


Tinggal kenangan

KEMBALINYA vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim ke Rahmatullah Khamis lalu, masih segar di ingatan dan dirasai hinggalah saat ini.


Perjuangannya bersama Rabbani dalam memartabatkan irama nasyid, tidak pernah jemu di kala melodi muzik Barat begitu dibanggakan generasi muda masa kini. Rabbani sedia mendekati minat generasi muda kepada irama pop dengan merakamkan lagu Pergi Tak Kembali pada 1999, kemudian Intifada pada 2000.

Dua lagu itu membuatkan Rabbani lebih mendapat perhatian generasi muda hingga dipilih peminat sebagai Artis Nasyid Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH2001) dan mengekalkan gelaran itu lapan tahun berturut-turut.

Sebagai vokalis utama Rabbani, sememangnya Allahyarham lebih dikenali atau dalam erti kata lain menonjol berbanding anggota lain. Justeru, bagaimana dengan perjuangan Rabbani selepas ketiadaannya? Apatah lagi dalam waktu terdekat ini, Rabbani menjayakan persembahah di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Ramadan ini.

Salah seorang anggota Rabbani yang juga teman rapat Allahyarham, Azadan Abdul Aziz, 36, berkata, pemergian Asri tidak bermakna berakhirnya perjuangan Rabbani dalam menyampaikan dakwah serta menyinari irama nasyid negara.

Katanya, anggota yang lain akan meneruskan perjuangan itu kerana sedar betapa bersungguh-sungguhnya semangat arwah menaikkan nama Rabbani hingga saat menutup mata.

“Bukan mudah untuk Rabbani sampai ke tahap ini dan tidak mungkin kami akan biarkan ia berkubur begitu saja. Kami tahu perjalanan yang perlu dilalui Rabbani selepas ini akan lebih sukar.

“Apatah lagi, ramai mengenali Rabbani menerusi kelunakan suara arwah tetapi kami semua tidak pernah terasa atau kecil hati apabila pembabitan anggota lain tidak begitu dikenali berbanding arwah.

Kumpulan Rabbani


“Bagi kami, pemergian arwah bukanlah satu kehilangan tetapi ada hikmah di sebaliknya. Mungkin sudah tiba masanya untuk anggota Rabbani yang lain lebih berdikari dan tampil dengan bakat masing-masing. Lagipun, dia selalu cakap… “Ana mahu kamu semua jadi macam ana”…kerana ingin ahli Rabbani lain juga dikenali.

“Jadi, untuk memenuhi hasrat arwah, kami akan cuba mengemudi perjalanan Rabbani sebaik mungkin dengan menerapkan segala pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bersama arwah. Semangat perjuangan ustaz akan kami jadikan perisai untuk terus melangkah. Inilah cabaran buat kami.

“Berkaitan siapa yang bakal menggantikan tempat Asri, kami tiada perancangan mencari anggota baru untuk diketengahkan, sebaliknya ingin menunaikan hasrat arwah yang menginginkan anggota Rabbani lain tampil berani ke depan,” kata Azadan ketika ditemui selepas majlis tahlil di Rabbani Productions (M) Sdn Bhd, Taman Manjalara, baru-baru ini.

Majlis tahlil yang diadakan selepas Isyak itu dihadiri rakan artis seperti anggota Hijjaz, Inteam dan Saujana.

Kata Azadan, mereka memilih pejabat Rabbani untuk majlis tahlil itu selepas beberapa hari di rumah ibu arwah di Kampung Bukit Lanchong kerana ingin mengimbau kembali kenangan susah senang, perahan idea bersama dengan insan yang mesra disapa Ustaz Asri ini.

“Selepas kematian arwah Khamis lalu, inilah kali pertama kami menginjakkan kaki ke pejabat tanpa kehadiran insan bernama Ustaz Asri. Janggal rasanya. Rasa sedih dan hiba menyelubungi diri kami.

“Barang-barang arwah dalam biliknya langsung kami tidak usik ataupun ubah. Bagi kami, biarlah ia begitu kerana itulah pengalaman terakhir bersama arwah di pejabat. Baju terakhir yang dipakainya pun masih tergantung dan kami biarkan saja.

“Sukar sebenarnya kerana di sinilah tempat kami bekerja dan memerah idea untuk Rabbani. Kejayaan dan keperitan setiap dari kami bermula dari sini. Tetapi, kami anggap seperti tiada apa berlaku kerana yakin semangatnya akan sentiasa bersama,” katanya.

Mengenai persembahan di Hotel Singahsana yang dimeterai dua hari sebelum pemergian arwah, Azadan berkata, ia tetap diteruskan sepanjang Ramadan ini kerana ia menjadi aktiviti wajib Rabbani setiap tahun.

“Tahun ini menandakan sudah 18 tahun Rabbani menjalin kerjasama dengan hotel itu. Kami akan mengadakan persembahan bermula 4 Ramadan.

“Sudah tentu ada kelainan dalam persembahan kali ini. Sekiranya dulu, Ustaz Asri akan menerajui sebagai vokalis, kali ini kami semua tampil menyanyi bersama-sama,” katanya.

Kata Azadan, mereka juga bakal tampil dengan satu lagu istimewa sebagai penghargaan kepada perjuangan Allahyarham dalam irama nasyid. Lagu yang menyentuh kepada erti persahabatan itu tercetus daripada cadangan peminat dan rakan terdekat.

“Rabbani juga akan bekerjasama dengan Raihan dan Hijjaz dalam masa terdekat ini untuk menghasilkan satu lagu atas permintaan isteri arwah, Halizah Shahadan,” katanya.

Sementara itu, Halizah atau lebih mesra dipanggil Noor Jannah, 39, mengakui agak sibuk ketika ini menguruskan anak-anak serta beberapa perkara penting. Katanya, semua itu dapat mengelakkan dirinya daripada terus teringatkan arwah suami.

Katanya, anggota Rabbani dan rakan lain banyak membantunya dalam menghadapi situasi itu.

“Sekarang ini, kakak sibuk menguruskan majlis tahlil dan beberapa perkara, jadi tidak teringat sangat. Tetapi, tidak tahulah selepas ini. Cuma, kakak tahu walau apa keadaan sekalipun mesti kuat semangat kerana anak-anak masih kecil lagi. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan tanggungjawab semakin besar.

“Namun, kakak bersyukur kerana anggota Rabbani yang lain serta rakan begitu mengambil berat akan keadaan kami. Anak-anak pula dilihat sudah dapat menerima kenyataan.

“Cuma kekadang ada yang menangis. Apabila jadi begitu, kakak panggil semua anak kumpul bersama dan beri nasihat serta motivasi buat mereka. Apa kakak tekankan ialah pelajaran itu penting dan jangan sesekali kesedihan merosakkan prestasi akademik.

Lagipun, ada dua anak kakak yang bakal menghadapi peperiksaan besar, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Jadi, kakak tidak mahu mereka begitu sedih hingga terganggu pelajaran,” katanya.

Asri meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan enam cahaya mata, Mohd Nasimuddin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilham, 10, Soffiyah Munawwarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 5.

Sumber : HARIAN METRO

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Monday, August 17, 2009

PREVIEW "ITULAH IMPIANKU" EX- UNIC

BERITA @ FN

PREVIEW ITULAH IMPIAN KU

Iwan Reaz & Wan Shah (EX- UNIC )

Lagu "itulah impian ku" sedang hangat dimainkan di corong-corong radio Ikim.fm.




Preview Itulah Impian Ku - Iwan Reaz & Wan Shah

Blog Rasmi :http://reazbest.blogspot.com/

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

DARI DUNIA ROCK KE DUNIA AGAMA

BERITA @ FN

Ustaz Mohd. Radzi - Dari Dunia Rock Ke Dunia Agama


Ketika itu konsert sedang rancak berlangsung, para penonton bagai­kan dilanda histeria apabila terkinja-kinja kegembiraan sambil memanggil-mang­gil nama kami. Tetapi tiba-tiba saya ter­panah, lidah saya kaku untuk mengalunk­an lagu yang sedang dipersembahkan. Di hadapan saya terbayang satu peman­dangan yang amat menakutkan... sep­erti gambaran seksaan di Padang Mahsyar!”



Imbasan imej dahsyat yang disaksikannya itu seolah-olah suatu paparan di skrin layar pu­tih. Walaupun ia hadir untuk be­berapa saat sahaja, tetapi Mohd. Radzi berasa pasti, paparan itu merupakan suatu isyarat yang tidak boleh diambil ringan. It­ulah isyarat yang membawa dirinya kembali kepada acuan asal dirinya yang pernah mendapat pendidikan pondok hing­galah hari ini. Itulah pengalaman yang pernah di­lalui Mohd. Radzi Abdul Hamid, atau lebih dikenali sebagai Radzi, 45, yang pernah menggegarkan arena muzik Rock pada tahun 1990-an apabila muncul her­sama-sama kumpulannya, Melissa.



Walaupun wajah penyanyinya ki­ni jarang muncul, namun alunan lagu hit Melissa iaitu Cinta Untuk Nabila ma­sih lagi ke udara apabila dimainkan oleh stesen-stesen radio tempatan. Melo­dinya tetap relevan dengan selera para pendengar hari ini hinggakan mam­pu mengimbau kenangan era Rock Kapak yang pernah menjadi kegi­laan orang muda suatu masa dulu. Radzi yang ditemui di ibu kota baru-baru ini, tidak keberatan untuk menceritakan tentang perjalanan rohaninya buat tatapan umum.

Bukan bermaksud untuk mem­buka pengalaman yang sebahagiannya sesuatu yang ingin dilupakannya, tetapi inilah peluang baginya yang kini aktif se­bagai pendakwah, untuk berkongsi cerita agar perkara yang baik dijadikan ikutan, manakala yang buruk seeloknya dikisah­kan sebagai pengajaran.



“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk terjun ke dalam dunia hi­buran. Ini kerana memandangkan latar belakang sa­ya yang sudah did­edahkan dengan pengajian pondok semenjak remaja la­gi. Tetapi inilah perjalanan hidup yang tidak disangka mem­bawa saya mengenali dunia glamor itu.

“Kisahnya bermula pada tahun 1982 apabila saya berhijrah dari Kedah untuk merantau ke Kuala Lumpur. Bandaraya yang menjanjikan seribu macam pelu­ang ini saya lihat sebagai ‘lubuk’ yang membolehkan saya mencari rezeki halal lalu memilih Kampung Pandan sebagai tempat untuk tinggal,” katanya memu­lakan bicara.



Pada waktu itu, dia amat bercita-ci­ta mahu menjalankan perniagaan men­jual ayam. Sebagai langkah awal untuk mengumpul modal, Radzi bekerja di kilang dan kemudian mencuba nasib se­bagai konduktor bas mini.

“Ketika menjadi konduktor bas, saya amat dikenali kerana imej rock yang saya tonjolkan ke­tika itu. Ramai juga yang meminati saya lebih-lebih lagi gadis-gadis yang selalu menggunakan khidmat bas mini yang saya kendalikan,” selanya lagi sambil tersenyum.

Sepanjang keberadaannya di Kam­pung Pandan, Radzi bergaul dengan pel­bagai golongan termasuklah “kutu-kutu” jalanan dan pemuda-pemuda tempa­tan yang mempunyai ibu bapa berasal dari Indonesia. Tetapi dia tidak pernah memandang rendah golongan tersebut yang selalu dilabel kelas kedua dalam masyarakat.

Tak kenal maka tak cinta, Radzi mendapati sesetengah dari mereka masih mempunyai akhlak yang baik walaupun memilih gaya hidup sedemikian. Dia menambah, semangat kejiranan di antara para penduduk di sana amat ba­gus sekali lebih-lebih lagi mereka sering menghadiri majlis keagamaan. Apabila ditanyakan tentang bakat nyanyiannya, Radzi merujuk kembali kepada saat-saat dia dan kawan-kawan membantu pen­duduk setempat bergilir-gilir bertugas Rukun Tetangga.

“Ketika saya dan kawan-kawan ber­tugas, kebiasaannya kami bertemank­an gitar tong sebagai alat untuk berhibur sambil mengalunkan lagu-lagu nyanyian Alleycats. Tak sangka pu­la bakat saya diperkatakan orang hinggalah saya menerima undan­gan untuk menyanyi di majlis-ma­jlis orang kahwin,” cerita Radzi.

Bermula dari situ Radzi giat mengembangkan bakat nyanyiannya apabila dia mu­la mencuba nasib menyanyi dikelab malam pula. Bernaung di bawah kumpulan pertaman­ya, Ra’un, Radzi dan rakan­-rakan seperjuangannya ber­sama-sama bermain muzik untuk tempoh setahun. Pada tahun 1988, Radzi beralih arah apabila memilih kumpulan ba­ru yang bernama Steeler. Bersa­ma rakan-rakan baru, Radzi pun mencuba nasib menyertai pertandingan kumpulan rock yang telah dianjurkan oleh Box-Office kepunyaan Ali Bakar pada tahun yang sama.

Pertandingan ini dianggap ber­prestij pada waktu itu apabila ramai na­ma-nama terkenal berjaya dibentuk da­ripadanya. Mungkin nasib menyebelahi mereka, Steeler telah berjaya mendudu­ki tempat ketiga dengan dendangan lagu Senja Merah yang diumpamakan sebagai faktor tuah kemenangan anak-anak mu­da ini.

Selepas kumpulan Steeler memba­wa haluan masing-masing, Radzi telah menganggotai kumpulan Wetsped yang terdiri dari Omar (gitar utama), Nen (dram), dan Man Kaus (gotas bass). Perjalanan hidup Radzi sekali lagi berubah apabila ditawarkan menyertai kumpulan Melissa untuk membuat al­bum pertama mereka sebagai artis raka­man yang sebenar.

Razak yang merupakan pemain gi­tas bass dalam kumpulan Steeler (meng­gantikan Ajib, anggota asal Steeler yang sudha menyertai Melissa), bertindak menjemput Radzi menyertai mereka.Pucuk dicita ulam mendatang, Radzi telah ditawarkan menjadi vokalis utama Melissa apabila penyanyi asalnya, Haiti mengundurkan diri dari kumpulan itu.

“Saya masih ingat lagi barisan rakan pemuzik yang melengkapi Melissa iai­tu Kefli (gitar utama), Ozei (drum) dan tentunya Razak yang bertindak sebagai pemain gitar bass,” ujarnya yang tidak menduga sama sekali kehadiran Melis­sa akan diterima ramai apabila muncul dengan album sulung mereka.

Tambahnya lagi, lagu ‘berhantu’ mereka, Cinta Untuk Nabila telah berjaya melonjakkan nama Melissa sehinggakan populariti mereka sebaris dengan nama­nama kumpulan senior yang sudah sedia popular seperti Search dan Wings. Gelombang glamor benar-benar mengubah kehidupan anak kelahiran utara ini lebih-lebih lagi apabila meneri­ma royalti pertamanya yang berjumlah RM 16,000 pada tahun 1990 hasil dari jua­lan album pertama.

“Memang lumayan sebab saya pun tak pernah terima duit sebanyak itu sekaligus daripada syarikat rakaman iai­tu Varia Music Production. Tetapi per­cayakah jika saya katakan, itulah royalti pertama dan terakhir yang saya terima,” katanya.

Album kedua mereka, Kami Mat Rock menampilkan satu lagi lagu hits yang bertajuk Memikat Cahaya pada tahun 1991. Walaupun lagu tersebut berjaya menaikkan kumpulan Melissa, Radzi mengatakan dia tidak lagi me­nerima royalti seperti mana sebelum­nya. Radzi berfikiran perkara itu ber­laku mungkin kerana jadual album ketiga Melissa berjudul Mistik pa­da tahun 1993 tergendala. Akhirnya rakaman album berkenaan terpaksa dibatalkan.

“Pembatalan rakaman itu merupakan salah satu sebab untuk saya berundur dari dunia artis. Se­benarnya pada masa yang sama, saya mengalami dilema tersendiri yang membuatkan saya bertekad untuk ‘menghilangkan’ diri secara total.

Saya mengalami konflik dal­aman yang agak teruk ketika Me­lissa sedang berada di puncak. Mungkin kerana latar belakang agama saya yang masih men­gental, membuatkan saya sukar untuk beradaptasi dengan gaya hidup sebagai rocker yang agak bertentangan nilai-nilainya Muzik Rock pada ketika itu banyak dikaitkan dengan elemen negatif seperti dadah dan arak. Namun alham­dulillah, setiap anggota Melissa masih mampu menjaga imej bersih masing­-masing.

Satu demi satu isyarat dari Tuhan saya terima supaya memikirkan kembali jalan hidup yang saya sedang lalui. Hing­galah kepada isyarat paling jelas yang sa­ya pernah saksikan ketika sedang berak­si dalam suatu konsert. Walaupun hanya sebentar, tapi saya terlalu takut untuk mengingat kembali bayangan ngeri yang saya lihat itu,” katanya yang akur den­gan kehendak Allah yang mahukan. Dia berundur terus dari dunia artis.

Radzi memilih untuk pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah untuk memulakan hidup baru lalu berkahwin dengan wanita yang paling setia mene­maninya, Zaimah Mokhtar, 36, pada ta­hun 1992 lalu di kampung asal isterinya iaitu di Semenyih, Selangor.

Pada mulanya pasangan ini memil­ih Kg. Pandan sebagai tempat bermas­tautin. Tetapi setelah lebih kurang enam bulan, mereka membuat keputusan untuk kembali ke kampung asalnya iaitu di Jitra, Kedah. Bekas penyanyi Rock ini lalu meneruskan pengajian agama di Maa­had Tarbiah Islamiah, Behrang, Pokok Sena, Kedah dan sempat menimba ilmu beberapa bulan di Pakistan.

Pasangan itu amat bahagia hari ini dengan ditemani enam orang cahaya mata iaitu Mohamad Firdaus, 16, Mohamad Naim, 14, Mohamad Addin, 12, Sid Nur Soleha, 11, Mohamad Maqamin, 9, dan Nur Nabila Saqinah, 2. Mereka seke­luarga kini menetap di Taman Perumah­an Alor Senjaya, Kedah.

Perkembangan paling terbaru, pada tahun 1994, Radzi telah dilantik sebagai Pembantu Hal Ehwal di bahagian per­pustakaan dan pembantu imam di Ja­batan Agama Islam, Kedah. Walaupun dia pernah menghilang daripada persada seni tanah air, itu bukan bermaksud Radzi akan berundur buat selama-lamanya. Seni nampaknya sudah menyatu di dalam dirinya men­jadi pendorong untuk mantan “rocker” ini membuat penampilan semula.

“Tetapi yang pasti matlamat kali bu­kanlah seperti di waktu awal saya mula-­mula menceburi dunia seni ketika mu­da-muda dulu.

Radzi muncul semula ke dalam du­nia rakaman seni suara apabila tampil dengan projek terbaru menghasilkan al­bum bertajuk Penyesalan yang diterbit­kan oleh Aztecs Production Sdn. Bhd. Album yang mengandungi lima buah lagu-lagu berunsur dakwah ini diharap­kan oleh Radzi agar menjadi sebuah jam­batan yang menyambungkan dakwah dengan dunia seni.


Sumber:

MAJALAH I

TERJAH

Laman Web Ustaz Radzi Melissa:

Ustaz Radzi


BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

ALBUM PENYESALAN "RADZI"

BERITA @ FN

ALBUM RADZI "PENYESALAN"

Salam’alaik!

kali ni ana berkongsikan dengan anta2 semua sebuah album nasyid dari seorang rockers ketika dahulu.

Siapa?

Radzi @ Ustaz Radzi Merupakan vocalis kumpulan Melissa yang popylar dengan lagu “cinta untuk nabila” dalam era 90an. Selepas meninggalkan kumpulan Melissa beliau bergerak aktif dalam usaha dakwah disamping bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

Setelah 17 tahun menyepi, album ini adalah sebagai hadiah kepada peminat kumpulan Melissa khasnya juga kepada peminat nasyid.Album ini juga menampilkan munsyid wanita dari Indonesia iaitu ‘Yenny’.

Album Penyesalan

Terbitan : DEEN PRODUCTION SDN BHD.

Edaran : INTEAM RECORDS

Track album Penyesalan :

1. Penyesalan

2. Solat

3. Cinta Allah

4. Lailatul Qadar

5. Solat Tahajjud

6. Kalimah Mulia

7. Kawanku

8. Pujian Illahi

9. Gelisah Hatiku

10. Penyesalan (akustik)


Website Radzi : http://radzimelissa.lagendarock.com/

Sumber : http://hazone.org/

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

THEME NASYIDFM ( DEMO )

BERITA @ FN

LAGU TEMA NASYIDFM


VIDEO THEME (DEMO) NASYIDFM



Sumber : http://hazone.org/

BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

PROFILE KUMPULAN NASYID RABBANI


BERITA @ FN

PROFILE KUMPULAN NASYID RABBANI

MUKA DEPAN | PENGENALAN | AHLI KUMPULAN | ALBUM | ANUGERAH| PENTAS RABBANI

Kepada peminat-peminat nasyid bahawa kumpulan Rabbani akan diteruskan walaupun tanpa Allahyarham Ust Asri Ibrahim dan berkemungkinan besar Ust Zulkiflee Rabbani akan menggalas tanggungjawab sebagai vokalis Rabbani yang baru insyaallah.

Semoga kumpulan Rabbani akan gah dimata masyarakat insyaallah dengan sokongan anda semua dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ust asri Ibrahim.

Al-Fatihah

WEBSITE RASMI KUMPULAN RABBANI

http://www.rabbani.com.my/


MUKA DEPAN @ FN



PENGENALAN @ FN


AHLI KUMPULAN @ FN

NAMA AHLI KUMPULAN RABBANI
@ FN :

1- MOHAMAD ASRI IBRAHIM

2- MOHD ASRI BAIDUL @ UBAIDULLAH

3- AZADAN ABDUL AZIZ

4- AHMAD SHAFIE

5- MUHAMMAD LOQMAN ABDUL AZIZ

6- MOHD RITHAUDDEEN YAAKOB

7- ZULKIFLEE AZMAN

8- NAZRUL AZHAR TUMARI @ TAMRIN

9- MOHAMAD AFANDI SHAHBUDIN



ALBUM @ FN

ALBUM-ALBUM KUMPULAN RABBANI
@ FN :

*RABBANI

*ARAH DARI MANA KE MANA

*MUHAMMAD YA HABIBI

*RAMADAN REMIX

*PERGI TAK KEMBALI

*IQRAR 1421

*INTIFADA

*AMAN

*QIBLAT

*KENANGAN LALU

*EPIK

*YALLA BEENA

*SUARA TAKBIR

*MALAM SINAR MAULIDUR RASUL

*VCD RAMADAN SYAWAL

*MAULANA

*RABBANI 1418-1428


ANUGERAH @ FN

ANUGERAH KUMPULAN RABBANI
@ FN :

*ANUGERAH AIM 2001 - 2007

*ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2001-2007

*ANUGERAH ERA 2001 - 2006

*ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM 2004- 2006

*ANUGERAH NASYID MINGGU INI JAKIM 2004-2006

*ANUGERAH KHAS 2006





PENTAS RABBANI @ FN

PENTAS KUMPULAN RABBANI @ FN :

*KONSERT MALAM SINAR MAULIDUR RASUL

*KONSERT TOUR DEWA

*PRELUDE AIM PLANET HOLLYWOOD

*MAHARJAAN AL-KUWAIT

*SHERIDAN SUITE MANCHASTER CITY

*UNIVERSITY OF LONDON

*KONSERT AMAL INSAN PENYAYANG

*RUMAH TERBUKA PERDANA MENTERI

*M2 SHOPPING COMPLEX


MUKA DEPAN | PENGENALAN | AHLI KUMPULAN | ALBUM | ANUGERAH| PENTAS RABBANI


p/s : sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

BERITA @ FN

Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Sunday, August 16, 2009

STESEN TV TIDAK HARGAI SUMBANGAN USTAZ ASRI ?

BERITA @ FN

Dengarnya...: Stesen TV tak hargai sumbangan Ustaz Asri?

ALLAHYARHAM UST ASRI IBRAHIM

TAKZIAH kepada keluarga pemimpin dan vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohd Asri Ibrahim di atas kepulangannya ke Rahmatullah pada pagi Khamis lalu.

Cik Normah berasa sayu, sedih dan hiba apabila mendengar pemergian Mohd Asri atau mesra dengan panggilan Ustaz Asri. Masih terbayang wajahnya yang jernih, sentiasa senyum dan suaranya yang lembut setiap kali menyapa Cik Normah dan rakan-rakan.

Jarang kita mendengar suaranya tinggi. Walaupun mungkin ada perkara yang tidak disenangi, arwah Asri sentiasa senyum dan mendiamkan diri saja.

Mendengar suara arwah Asri apabila melaungkan takbir raya yang disiarkan di TV atau azan solat, memang sampai jauh ke sanubari. Begitu juga apabila mendengar rakaman suaranya membaca al-Quran seperti yang dimuatkan dalam albumnya.

Cik Normah menjadi terkedu apabila mendengar lagu Pergi Tak Kembali. Seram dan menginsafkan kita apabila menghayati lirik lagu ini. Kalau dengar lagu Intifada pula, jiwa kita jadi segar, bersemangat dan berani dalam mempertahankan maruah Islam.

Dalam industri muzik, terutama nasyid, Ustaz Asri dianggap sebagai ikon. Cik Normah rasa bukan saja peminat muzik nasyid, tetapi orang biasa seperti Cik Normah juga turut mengagumi dan menghormati kewibawaan arwah Ustaz Asri. Arwah dipandang tinggi sebagai seorang yang disegani, berkarisma, tetapi pada masa yang sama sering merendah diri.

Selepas pemergian Ustaz Asri, Cik Normah dihujani oleh pertanyaan daripada orang ramai, kenapa stesen TV tidak membuat program khas sebagai mengenai jasa dan sumbangan beliau dalam persada muzik tanah air.

Kata mereka, kalau stesen TV boleh membuat program khas dengan cepat untuk mengenang jasa dan sumbangan Yasmin Ahmad, kenapa pula perkara sama tidak dilakukan kepada Ustaz Asri Ibrahim?

Adakah kerana ustaz Asri tidak menonjolkan imej Malaysia? Barangkali kerana stesen TV melihat ustaz Asri sebagai penyanyi nasyid semata-mata yang tidak ada kelas kalau dibandingkan dengan Yasmin Ahmad.

Memang selama ini, stesen TV dan sesetengah stesen radio sentiasa memandang rendah muzik nasyid. Iyalah, apa sangat nasyid. Tidak urban! Kekampungan pula tu. Jadi kalau nak siarkan lagu nasyid sekalipun hanya pada waktu sebelum atau selepas waktu solat.

Bagi Cik Normah, orang di stesen TV dan radio kena keluar dan melihat sendiri bagaimana pengaruh ustaz Asri kepada dunia muzik keseluruhannya. Dia cukup dihormati, sama ada orang Melayu atau bukan Melayu, yang Islam atau tidak Islam.

Sumber : BERITA HARIAN


BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

"ARWAH UST ASRI LEBIH SUKA MENDENGAR DARIPADA BERCAKAP"

BERITA @ FN

Semangat Asri tidak mati

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


Kumpulan Rabbani

Segala perjuangannya untuk memartabatkan lagu nasyid dan berdakwah menerusi hiburan akan diteruskan anggota kumpulan Rabbani yang lain

"BERDOALAH banyak-banyak seolah-olah kita tidak akan berjumpa Ramadan tahun ini," tazkirah yang disampaikan Allahyarham Mohd Asri Ibrahim, vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani ketika menghadiri majlis sidang media Renda Ramadan TV3 di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, hampir dua minggu lalu itu seakan-akan satu kiasan bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Mohd Asri atau dikenali di kalangan teman-teman sebagai Ustaz Asri menghembuskan nafas terakhir pada usia 40 tahun Khamis lalu iaitu 10 hari selepas meraikan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 3 Ogos, tanpa sempat menjalani ibadat puasa yang bakal menyingkap tirainya beberapa hari saja lagi. Dia rebah ketika memenuhi undangan stesen televisyen RTM yang mengadakan sidang media musim terbaru program Syahadah kira-kira jam 10.30 pagi.

Selepas ini tidak kelihatan lagi senyuman manis dan sapaan mesra dari seorang bernama Ustaz Asri yang ramah walau dengan sesiapa saja tanpa melihat luaran seseorang insan itu. Baginya, semua makhluk di dunia ini sama justeru wajar diberi layanan sama rata.

Kehilangan Allahyarham secara mengejut pagi Khamis lalu sekali lagi menggegarkan industri hiburan tanah air yang baru saja meratapi pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad tanggal 25 Julai lalu. Kini dunia seni sekali lagi suram dengan pemergian seorang ikon Nasyid.

Pemergian Asri tidak hanya diratapi keluarga terutama balu Nor Jannah Shahdan, 38, serta enam cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama iaitu Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4; anggota kumpulan Rabbani sendiri, bahkan mereka yang pernah mengenali Allahyarham biarpun cuma untuk seketika turut terkesan dengan pemergian Allahyarham. Selepas ini tiada lagi suara lunaknya mengalunkan azan, membacakan ayat suci Al Quran, mendendangkan lagu memuji kebesaran Ilahi serta membacakan doa di majlis.

GAMBAR kenangan ketika melawat Beijing di China.

Kembalinya Asri ke Rahmatullah adalah satu kehilangan besar buat industri nasyid tempatan yang sudah tentu kesannya lebih dirasakan anggota Rabbani yang lain iaitu Azadan Abdul Aziz Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman yang sudah bersama-sama Asri sejak kumpulan itu ditubuhkan 12 tahun lalu iaitu tanggal 1 Mac 1997.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai kenangan suka duka serta kejayaan dikecapi bersama. Rabbani pernah menerima anugerah Penyanyi/Kumpulan Nasyid Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut. Dalam tempoh lebih sedekad itu juga, pelbagai pencapaian diraih dan sebanyak 19 buah album dihasilkan.

Tidak mudah untuk anggota Rabbani melupakan segala kenangan bersama Allahyarham. Kehilangannya membuatkan pergerakan Rabbani menjadi pincang. Namun kata salah seorang anggota yang juga teman rapat Allahyarham, semangat Asri akan terus mengiringi perjuangan mereka kerana Allahyarham bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama Rabbani sehinggalah ke saat dia menutup mata.

"Pemergian Asri tidak akan menguburkan nama Rabbani memandangkan tidak mudah untuk kami berada pada tahap sekarang. Bagaimanapun semangat Allahyarham akan sentiasa mengiringi perjuangan kami, biarpun kehilangannya meninggalkan kesan besar kepada kami.

SENTIASA menjalani program motivasi bersama peminat yang kebanyakkannya adalah pelajar sekolah.

"Rabbani akan tetap bergerak, namun suasananya pasti tidak sama lagi seperti dulu. Ketiadaan ustaz membuatkan kumpulan ini jadi pincang tetapi kami perlu meneruskan karier Rabbani. Persembahan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya sepanjang bulan Ramadan yang menjadi aktiviti wajib Rabbani akan tetap kami teruskan.

"Bagaimanapun ada undangan yang terpaksa kami batalkan beberapa hari selepas ustaz meninggal dunia sebagai menghormati pemergiannya," kata Azadan yang bertungkus-lumus menguruskan pengurusan jenazah.

Mengenali Allahyarham hampir 20 tahun iaitu ketika sama-sama menyertai kumpulan Nadamurni adalah satu kenangan yang sukar dilupakan Azadan. Lebih menyayat hati apabila melihat teman baiknya rebah di depan mata menyambut panggilan Ilahi. Ayat terakhir Asri yang melaungkan nama Allah ketika rebah masih lagi terngiang-ngiang di ingatan Azadan.

"Saya bersyukur menjadi antara orang yang rapat dengan Allahyarham tetapi pemergiannya cukup mengejutkan buat saya. Pada hari pemergiannya, ustaz memang kelihatan kurang sihat, pagi sebelum kami ke RTM dia muntah-muntah bagaimanapun kami hanya menyangkakan ia serangan gastrik kerana ustaz ada menghidap penyakit itu.

"Ketika isteri arwah menghantarnya ke pejabat, keadaan dia cukup lemah. Sebaik memasuki kereta dia hanya berdiam diri, melihat keadaannya itu saya pun membiarkan saja kerana tidak mahu mengganggunya. Namun apabila tiba di RTM, dia nampak ok saja tetapi ketika kami sedang membuat 'soundcheck', tiba-tiba saya terdengar laungan Allah dan nampak arwah rebah.

"Kenangan bersama Allahyarham cukup sukar untuk saya lupakan. Sepanjang mengenalinya dia seorang yang penyabar, ceria dan suka meraikan orang lain serta terlalu merendah diri, apa saja yang dilakukan adalah ikhlas dari dasar hatinya. Kadang kala kami rasakan dia tidak perlu melakukan sesuatu perkara sampai ke tahap begitu sekali. Jika terbabit dengan persembahan pula, dia seboleh-bolehnya akan memastikan keseluruhan anggota Rabbani tiba lebih awal supaya tidak membiarkan penganjur tertunggu-tunggu," kata Azadan lagi.

Dalam membuat keputusan untuk Rabbani pula kata Azadan, lazimnya mereka akan berbincang bersama-sama. Namun dalam banyak hal, ustaz lebih gemar berdiam diri dan mendengar bagaimanapun lazimnya jika arwah bersuara, keputusan yang lahir selalunya bernas dan tidak terjangkau pada pemikiran anggota yang lain.

"Arwah ustaz lebih suka mendengar daripada bercakap sehinggakan bila masa dia marah pun kita tak tahu. Cuma saya perasaan, dua tiga hari sebelum dia meninggal dunia, arwah nampak tidak begitu aktif serta lebih banyak berdiam diri," kata Azadan.

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More