Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, September 13, 2009

MARHABAN DI ASTRO "BERWAJAH BARU DI TAHUN BARU"

BERITA @ FN

Format baru Marhaban Di Astro pikat pengunjung

Oleh Rozdan Mazalan

PROGRAM Marhaban Di Astro sebelum ini bukan saja memberi peluang kepada orang ramai untuk menguji bakat di dalam pertandingan nasyid dan marhaban, malah memberi hiburan rohani pada bulan mulia.

Selepas memasuki tahun keempat penganjurannya, Marhaban Di Astro kini mengalami perubahan yang besar untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada orang ramai.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Molina Musa, berkata format Marhaban Di Astro perlu mengalami perubahan mengikut peredaran zaman bertujuan memberi manfaat kepada orang ramai.

“Tahun ini adalah tahun keempat Marhaban Di Astro menjelajah ke beberapa destinasi dalam negara. Ia juga diperkenalkan daripada program Gempak Astro yang sudah memasuki tahun yang keenam.

“Tiga tahun sebelum ini kita memperkenalkan Marhaban Di Astro dengan menganjurkan pertandingan nasyid dan marhaban memandangkan ia adalah program yang baik pada Ramadan.

“Namun tahun ini kita sudah mengubah format dengan memperkenalkan tiga pertandingan lain iaitu Seni Khat, Bercerita dan Rekaan Busana Muslim yang lebih besar fokusnya,” katanya yang ditemui di pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Bagaimanapun, Marhaban Di Astro masih mengekalkan persembahan istimewa iaitu nyanyian lagu kerohanian daripada bintang Akademi Fantasia musim pertama hingga kini yang diadakan secara muzikal.

“Persembahan istimewa ini adalah tarikan kepada pengunjung yang hadir, namun pada tahun ini juga kita turut mengubah konsep persembahan daripada nyanyian biasa kepada persembahan muzikal.

“Persembahan muzikal dua jam tanpa henti ini membabitkan hampir 30 lagu yang dinyanyikan artis seperti Yazer, Farah, Idayu, Akma, Edlin, Hazama, Aishah, Zainal Alam Kadir, Tam, Fitri dan kumpulan Firdaus yang diiringi band dari Alamband.

“Persembahan ini bermula dengan sebuah penceritaan dan dikuatkan lagi dengan lagu yang mempunyai makna tertentu mengiringi penceritaan itu. Kita juga akan cuba kekalkan konsep ini kerana mempunyai impak kepada penonton,” katanya.

Kisah di sebalik muzikal ini menceritakan sebuah kumpulan penghibur yang menggelarkan diri mereka Kafilah Seni merantau ke setiap daerah untuk menghiburkan orang ramai. Setibanya mereka di kampung Kurma Sebatang, kumpulan ini mendapat tentangan ketua kampung kerana mengajak penduduk kampung berhibur yang dianggap melalaikan.

Secara kebetulan, salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Yazer mula jatuh hati kepada anak ketua kampung itu bernama Farah. Selain berlakon dan menyanyi di dalam pementasan ini, mereka turut berkomunikasi bersama penonton yang dianggap juga sebahagian daripada lakonan mereka.

Walaupun ketua kampung tidak menyukai kumpulan Kafilah Seni ini, namun penduduk kampung yang menyaksikan persembahan mereka terhibur dan mahukan ia diteruskan. Majoriti penduduk kampung menyukai persembahan mereka sehingga terpaksa menurunkan ego ketua kampung.

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More