Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, December 23, 2009

ALI XPDC BERDUET UNTUK LAGU NASYID,ARASY DUNIA

BERITA @ FN

HAFIZ HAMIDUN PILIH ALI XPDC

Hafiz Hamidun & Ali

Hafiz hamidun,mengambil langkah berani dengan mengeluarkan album solo penuh
memuatkan 11 lagu ciptaan sendiri.Menurut bekas Kumpulan nasyid UNIC, ape pun rintangan yang datangsebagai artis dia perlu tampil dengan album baru memandangkan menghasilkan album single bukan trend kumpulan atau penyanyi nasyid solo.

"saya yakin lagu nasyid ada pengikut tetap sebab itu saya tidak bimbang menghasilkan album penuh".

lagu ketuhanan dan kerohanian tiada tertakluk kepada sesuatu zaman kerana selagi hidup kita memerlukan petunjuk untuk jaminan hidup dunia dan akhirat.

Hafiz hamidun memantapkan lagi dalam album beliau dengan berkolaborasi dengan bekas vokalis XPDC Empire Ali 40,menerusi lagu Arasy Dunia.

"Menerusi maklum balas peminat yang mahukan saya berduet dengan Mawi.Untuk mencari pasangan duet,kena tengok lagunya juga dan saya percaya lagu ini bakal disukai ramai dan mampu bersaing dengan lagu lain".

Sepanjang bergelar artis,dia meraih enam anugerah dalam industri muzik tanah air termasuk Susunan Muzik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-15 dan terbaru menang Komposer Muda Berpontensi Anugerah Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan Muzik ( MACP ),baru-baru ini.

Album Syukran sudah pun berada di pasaran dijual pada harga RM 25.90.

Peminat juga boleh mendengar album beliau di radio nasyidfm secara online.


Ali memuji keberanian Hafiz menghasilkan album solo penuh."Saya kagum dengan Hafiz kerana terus berjuang dalam arena seni tanpa menghiraukan halangan di depannya.

Semangat itu perlu ada pada semua artis untuk terus memberi "nyawa" kepada dunia seni.

"Terima kasih diatas kesudian hafiz menjemput saya berkolanorasi dengannya. Meskipun hanya satu lagu ia cukup bermakna kerana lagu ketuhanan milik semua yang menghuni bumi Allah ini".

P/s : Sila klik pada keratan akhbar diatas untuk paparan yang lebih jelas .

BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More