Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, April 23, 2010

FENOMENA ARTIS NASYID

BERITA @ FN

FENOMENA ARTIS NASYID

Mirwana

Lagu "Keluarga Bahagia & Sepohon Kayu" pernah dipopularkan oleh kumpulan Saujana,suatu ketika dahulu dibawah naungan Telaga Biru Sdn Bhd. Sudah lama kumpulan Saujana tidak keluarkan album baru.Kini Saujana tampil dengan album baru yang lebih segar & moden untuk semua peringkat umur.

Saujana juga hanya tinggal berempat yang mana 2 dari mereka merupakan ahli asal kumpulan Saujana dan 2 lagi dari kumpulan Rast & Farhan (Akademi Nasyid).Mereka telah memilih Hijjaz Records sebagai penerbit album mereka yang terbaru berjudul Nota Cinta.Sila dapatkan album Saujana yang original dipasaran sekarang.

Saujana

Masihkah anda ingat lagi bekas solo Saujana pernah menyertai ujibakat OIAM 3 saudara Khairul Idzwan Baharin Beliau telahpun menyertai ujibakat One In A Million (OIAM) dan lagu pilihan beliau adalah Falling – Alicia Keys.

Seorang lagi bekas penyanyi nasyid..yang juga mencetuskan fenomena kepada Industri Nasyid.Terbaru salah seorang ahli kumpulan Saujana juga iaitu Shahir telah memasuki Akademi Fantasia musim ke 8.Jika anda tidak percaya anda boleh lihat profile diatas atau website Saujana
disini : Saujana Portal.


Shahir ex Saujana kini di AF8

Kita sering lihat artis nasyid yang dulu berprofile atau indentiti nasyid seuatu ketika dahulu berubah tanpa kita sangka.Sebagai contoh Faizal Tahir (ex Mirwana),Faisal AF(ex Fareast) ,Yasin Sulaiman (ex Brothers).

Brothers

Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena yang menguruskan kerjaya suaminya sebagai penyanyi dan komposer lagu-lagu berentak ‘world music’. Terbaru, Yassin tampil dengan album Arus Qudus yang memuatkan lagu Arus Qudus, Kau Yang Mengetahui dan Bismillah.

Selain menggubah lagu untuk albumnya, Yassin turut mencipta lagu untuk penyanyi Bienda dan Akhbar.

Yassin juga pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi.

Sebelum ini, Yassin pernah mengaku menghidapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam nyanyian (2001 hingga 2005). Sebelum itu Yassin pernah menyertai kumpulan nasyid Brothers.

"Ia bukanlah sesuatu yang asing sebab penyakit ini sebenarnya sudah mula menyerang manusia sejak zaman dahulu lagi cuma orang ramai tidak begitu arif dan tidak ambil peduli.

"Kenyataannya, lebih 80 peratus jumlah manusia di muka bumi ini melalui masalah yang sama ketika meningkat dewasa," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar perdana.

Faisal AF(ex Fareast)

Fareast

Petikan dari Saiful islam yang bertajuk "Model Hijrah Songsang":

Ketika satu demi satu artis berhijrah meninggalkan dunia hedonis kepada sebuah kehidupan yang lebih dekat dengan nilai Islam, personaliti bernama Faizal Tahir mengambil arah yang bertentangan. Beliau berhijrah ke dunia hedonis itu, dari sebuah kumpulan nasyid bernama Mirwana. Apa yang ditinggalkan oleh para artis yang mendapat petunjuk itu, itulah yang pula dipungut oleh seorang bekas penasyid bernama Faizal Tahir.

Apa yang lebih penting, para artis yang berhijrah seperti Aishah, Erma Fatima dan terkini Sheila Rusly atau yang lelakinya seperti Akil Hayy malah Amy Search… membuktikan bahawa penghijrahan tidak pula menyekat mereka daripada menghasilkan karya-karya yang hebat dan signifikan. Penghijrahan mereka adalah penghijrahan nilai dan cara hidup, sedangkan bakat seni yang ada terus menghasilkan output yang berkualiti malah berubah dari sekadar seni untuk seni, kepada seni untuk seruan kebaikan.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (riwayat al-Bukhari)


Mirwana

Sedangkan Faizal Tahir memberikan mesej sebaliknya iaitu beliau memperlihatkan seolah-olah ketulenan seni tidak boleh dilakukan dalam kehidupan yang berpegang dengan tatacara Islam lantas beliau berhijrah demi seni dan diri.


Lihatlah Yusuf Islam dengan album bukan nasyidnya seperti An Other Cup serta duet beliau bersama Ronan Keating… genre lagu Yusuf Islam bukan lagi nasyid seperti album The Last Prophet. Yusuf Islam dinamik pada genre seninya, tetapi akhlak, penampilan dan wacananya, masih Yusuf Islam. Dunia Yusuf Islam, bukan halangan kepada karya seni yang berkualiti.

Hijrah songsang bukan keperluan.

Jika Mirwana tidak mampu menampung bakat dan gelodak idea Faizal Tahir, beliau boleh meninggalkan Mirwana dan bergerak solo. Tetapi bukannya dengan meninggalkan penampilan, budi bahasa dan akhlaq yang disampaikan dalam genre Mirwana sebelum ini.

Saya khuatir dengan segala lambungan pujian dan kemenangan yang melimpah ruah sejurus selepas hijrah songsang Faizal Tahir, apakah nanti mudah baginya mencari JALAN PULANG?

Saya menolak metode Faizal Tahir kerana kasih saya kepadanya sebagai saudara seagama. Biar pun saya cuba untuk bersikap terbuka dalam hal ini, saya tetap gagal untuk menjustifikasikan bagaimanakah Allah SWT boleh merestui perubahan yang dilakukan oleh Faizal Tahir di dalam hijrah songsangnya?

Maaf kerana terlalu banyak menyebut nama…. semuanya dilafaz hanya dengan sebuah nawaitu..

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian yang mutlaq. Kecuali golongan yang beriman dan beramal saleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran”


Ape tanggungjawab kita sebagai peminat nasyid dalam membantu mereka kembali kepada Industri Nasyid. Pasti ramai diantara kita mengatakan "kita xde hak keatas mereka" betul ke xde hak ?.Kita sebagai seorang yang berpengang Al-Quran & Assunnah pasti mempunyai tanggungjawab kita sesama Muslim.

Berkemungkinan mereka mempunyai masalah peribadi atau hal-hal lain yang kita tidak ketahui.Apakah punca mereka mengundurkan diri dalam Industri Nasyid dan mengapa mereka menjadi begitu ? Dalam kotak fikiran kita pasti tidak dapat memahami mereka kecuali mereka sendiri meluahkan perasaan mereka yang terpendam dalam hati.Hanya Allah yang lebih mengetahui kenapa mereka jadi sedemikian.Dan mungkin ade Hikmah yang kita tidak ketahui.

Kami dari fenomenasyid terpaksa mengutarakan masalah ini kepada anda semua ape yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini agar minda pemikiran kita dapat terbuka sedikit demi sedikit.

Cuba anda lihat masyarakat di sekeliling kita jika seseorang yang bergelar artis Nasyid pasti masyarakat akan memandang tinggi kepada munsyid-munsyid kita betul kan .

Kesimpulannya,jika sebilangan artis Nasyid yang mengubah identiti mereka yang sebelum ini dikenali sebagai munsyid,pasti masyarakat akan mencela dan mencemuh "inikah perangai artis nasyid,lebih teruk dari penyanyi bukan nasyid je...",ini salah satu minda masyarakat apabila memandang tinggi dan mulianya munsyid tetapi begini jadinya..

Dan apakah tindakan kita kepada mereka "diam,atau tidak ambil peduli,prihatin,atau biarkan mereka terjerumus dalam maksiat..." yang mana pilihan anda sebagai yang bertanggungjawab sebagai seorang saudara seislam.


Tepuk dada tanya Iman...


Minta maaf jika terkasar bahasa,moga perkongsian ini dapat membantu menaikkan Maruah nasyid tika ini.Mohon pandangan anda semua diruang komen dibawah,semoga Allah memberkati kita semua,amin....

maklum balas.. by sufisyaheedah [jordan]

matlamat tidak menghalalkan cara, matlamat untuk berdakwah
tapi perlu pada cara yang sesuai dgn kehendak agama dan menjaga maslahah ummah, kesimpulannya: dia tak mengubah org tapi org yg mengubahnya.


arekeyz@fenomenasyid
selesai 7.45 am ( jumaat) - 9 APRIL 2010
dikemaskini -24 April 2010


BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

ANAK MUDA YANG DAHAGAKAN PROGRAM ILMIAH

BERITA @ FN

Imam muda perlu global


SEBAHAGIAN peserta sabar menanti giliran ketika menghadiri uji bakat di Pusat Islam.

MEWAJIBKAN calon membaca surah al-Fatihah dengan tajwid serta bacaan yang terbaik di peringkat asas, uji bakat Siri Pencarian Imam Muda yang berlangsung di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 17 dan 18 April lalu mendapat perhatian memberangsangkan daripada warga ibu kota.

Tidak hanya peserta yang hadir dari sekitar Lembah Klang, ia turut didatangi beberapa anak muda yang sanggup melintasi sempadan ibu negara demi mencapai matlamat menempatkan diri ke dalam program terbaru terbitan Astro Oasis itu.

Siri Pencarian Imam Muda memulakan misi 'memburunya' di Terengganu pada 26 dan 27 Mac lalu diikuti Alor Setar (2 & 3 April); Johor Bahru (10 & 11 April) serta terakhir di Kuala Lumpur.

Daripada lapan sesi uji bakat yang dijalankan, ia telah berjaya mengaut sejumlah 1,134 peserta yang hadir mencuba nasib untuk menjadi Imam Muda bagi musim pertama.

Bercakap soal sesi uji bakat di Kuala Lumpur, dalam dua hari sesi yang dijalankan pada tarikh berkenaan, seramai 661 peserta telah hadir dan ia mencatatkan jumlah tertinggi berbanding tiga lokasi lain.

Diwarnai dengan pelbagai ragam, membaca surah al-Fatihah pada dasarnya nampak mudah tetapi bacaan yang merdu dan lunak belum tentu terpilih untuk ke peringkat seterusnya.

Kefasihan, tajwid dan sebutan antara yang ditekankan dalam bacaan al-Fatihah.

Perkara itu diperjelaskan oleh salah seorang juri Siri Pencarian Imam Muda iaitu Ahmad Termizi Abdul Razak yang juga Imam Besar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Ujar Ahmad Termizi, sekadar 'mewarnai' bacaan al-Fatihah dengan pelbagai lenggok lagu, sesiapa sahaja mampu melakukannya.

Namun, katanya, ia belum mencukupi untuk seseorang itu melepasi peringkat pertama jika gagal membacanya dengan hukum tajwid yang baik.

''Kesempurnaan bacaan adalah menjadi keutamaan. Ia merangkumi banyak aspek selain taranum iaitu kaedah memperelok atau memperindah bacaan secara berlagu.

''Kadang-kadang mereka (para peserta) jangka bacaan sudah baik tetapi di peringkat kami para juri, bukan sekadar taranum yang diteliti. Kami mencari yang terbaik,'' katanya ketika ditemui di Pusat Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siri Pencarian Imam Muda menyaksikan Ustaz Hasan Mahmud Al Hafiz iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara diberi tanggungjawab sebagai pengetua untuk memastikan keseluruhan aktiviti pembelajaran bagi melahirkan imam muda berjalan lancar.

Beliau juga memiliki kuasa untuk menyingkir peserta yang dilihat gagal menonjolkan bakat ketokohan sebagai imam.

Selain daripada itu, Ketua Imam Masjid Muadz Bin Jabal, Taman Setiawangsa, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi dan Ustaz Norhisyam Al Idrus (penceramah bebas) bakal bergerak selaku mentor kepada peserta.

Siri Pencarian Imam Muda merupakan sebuah program yang dihasilkan Astro Oasis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mencari imam muda terbaik di negara ini.

Individu terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal keagamaan dan kepimpinan Islam.

Kesemua mereka akan diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta aktiviti kemasyarakatan serta kepimpinan.

Menyambung perbualan, ujar Ahmad Termizi, imam muda yang dicari pada masa kini perlu bersikap kontemporari dan global.

Mereka, jelasnya, tidak semestinya mengetahui tugas sebagai imam ketika di masjid atau surau sahaja tetapi melangkaui segenap apa yang berlaku di sekeliling.

''Mereka perlu ada pakej dan matlamat serta visi. Iman yang serba boleh dan global,'' tegasnya.

Selain Ahmad Termizi, tiga lagi yang diundang menjadi juri ialah Mohd. Abd. Nasir Abdullah (Imam Besar Masjid KLCC); Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim (Imam Masjid Negara) dan Rohaily @ Abd. Rahman Abd. Hamid (Imam Masjid Salahuddin Al Ayyubi).

Berjaya melepasi peringkat pertama, peserta akan diuji ke peringkat kedua yang menilai mereka mengenai isu semasa, pengetahuan am, penguasaan bahasa Inggeris atau bahasa Arab dan kemampuan memberikan syarahan.

Juri yang terbabit di peringkat kedua ialah Izelan Basar (Pengurus Saluran Astro Oasis); Azrai Kamaruddin (Ketua Bahagian Hiburan, Astro Entertainment Sdn. Bhd.) dan Tuan Asmawi Tuan Umar (Pegawai Perhubungan Awam Jawi).

Sambutan luar biasa

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Siri Pencarian Imam Muda, Nizam Hamid berkata, pihaknya melahirkan rasa bangga kerana musim pertama program berkenaan mendapat perhatian menggalakkan daripada anak muda.

Meski sebuah program bercorak keagamaan, jelas Nizam, ia memperlihatkan bahawa generasi muda masa kini amat meminati program sedemikian dalam memperoleh ilmu berkenaan kepimpinan Islam.

''Kebanyakan yang hadir ke sesi uji bakat sudah maklum apa itu Siri Pencarian Imam Muda. Tetapi, ada ketika, bukan semua yang berjaya memenuhi ciri-ciri yang kami tetapkan untuk terus ke peringkat seterusnya.

''Siri Pencarian Imam Muda bukan hanya mencakupi bidang keagamaan semata-mata tetapi ia cukup luas,'' tegasnya.

Antara insentif menarik yang bakal menanti juara ialah penajaan penuh biasiswa ke Universiti Antarabangsa al-Madinah, Arab Saudi, tawaran menjawat jawatan sebagai imam serta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, jura turut membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba dan pakej menunaikan haji.

Siri Pencarian Imam Muda bakal bersiaran di saluran Oasis (saluran 106, Astro) bermula 27 Mei ini.


Sumber : UTUSAN


BERITA @ FN




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

FENOMENA NASYID DI ZAMAN MODEN

BERITA @ FN


LAGU BUKAN SEKADAR LAGU


"Lagu nasyid sekarang aku dengar dah macam lagu rock pun ada", ngomel seorang rakan.

"Eh! Lagu nasyid ke ni? Stailo tu.. Siap buat rap lagi. Ni yang aku suka ni", berkata pula rakan yang lain.

"Aku rindukan lagu nasyid yang dulu-dulu. Lagunya halus mendidik jiwa", keluh seorang peminat.


Benarkah lagu-lagu nasyid sekarang kurang mendidik jiwa? Adakah kerana irama lagu yang diketengahkan sekarang atau artis-artis nasyid sekarang kurang memberi aura mendidik kepada peminatnya? Terlalu banyak kontroversi yang melanda industri nasyid tanah air, sehingga memberikan impak yang negatif kepada para munsyid.

Nasyid dahulu dan sekarang terlalu banyak bezanya. Jika dahulu, irama padang pasir dan alunan perkusi menjadi penyeri dalam industri nasyid. Kerana itulah lagu-lagunya kurang rancak dan banyak menumpukan soal melodi, dan kebanyakkan lembut untuk didengar. Bait-bait liriknya juga amat ringkas tetapi padat dengan input-input yang tepat dalam penyampaian mesejnya.

Ingat lagi dengan lagu Intifada, Pergi Tak Kembali dan Satu Qiblat Yang Sama nyanyian kumpulan Rabbani? Apakah yang membezakan lagu-lagu ini dengan lagu-lagu lama kumpulan Rabbani? Ya. Muzik yang membezakannya. Lagu-lagu sekarang sudah ke arah pop dan banyak menggunakan alatan muzik moden bagi memberi kelainan dalam penyampaian lagu-lagu tersebut.

IRAMA DAN PERSPEKTIF MASYARAKAT


Muzik Rock, R&B, dan Rap telah 'menjajah' industri muzik di Malaysia dan dunia keseluruhannya. Pakaian yang agak ganas, terkinja-kinja di atas pentas, dan macam-macam lagi karenah yang ditunjukkan penyanyi-penyanyi genre tadi telah memberi identiti kepada penerimaan masyarakat kepada muzik tersebut.

Rock dengan rambut panjang dan seluar jeans koyak. Rap dengan topi senget dan seluar besar mengalahkan guni. Dangdut dengan aksi goyang gerudinya. Zapin pula dengan lenggok tariannya. Pendek kata, setiap genre muzik itu mempunyai identitinya yang tersendiri termasuklah nasyid yang terkenal dengan imej 'ustaz' yang berkopiah dan sopan.

"Hai nasyid sekarang ni, dah nak ikut artis-artis rock ke? Lagu dah guna gitar ni, jangan terkinja-kinja atas pentas sudah", seorang peminat memberi 'amaran' keras.

"Baguslah nasyid dah macam-macam muzik. Lagi ramai la yang boleh terima", seorang peminat lagi memberi pendapat.

KONTRA NASYID SEKARANG

"Lihatlah penyanyi nasyid sekarang. Ramai yang tak berapa nasyid dah. Dah jadi artis rock pun ada", seorang makcik berkata kepada saya suatu ketika dahulu.

Penampilan Faizal Tahir sebagai artis Rock tanah air menjadi perbualan hangat peminat-peminat nasyid. Mungkin kebanyakkan orang tidak mengetahui yang dahulunya beliau adalah ahli kumpulan nasyid yang agak terkenal di Malaysia. Dengan isu membuka baju ketika persembahan telah mencalarkan imej nasyid secara tidak langsung di mata peminat. (Moga Allah membetulkan segalan khilaf ini)

Fenomena perubahan muzik iringan juga membuatkan peminat-peminat nasyid yang berjiwa irama lama berasa terkilan. Peminat-peminat ini kebanyakkan sudah 'kecewa' dengan apa yang berlaku sekarang. Bagi mereka, lagu nasyid sekarang sudah hilang seninya.

Kesimpulan bagi pandangan negatif ini ialah penasyid sudah tidak membawa apa yang di'nasyid'kan itu. Dan lagu-lagu bergenre moden sudah tidak dapat mendidik jiwa lagi seperti dahulu.

PRO NASYID SEKARANG

Apabila dengar nasyid, terasa diri 'terbakar' dan 'panas'!

Pengalaman sewaktu kumpulan All One mempersembahkan lagu Bilal Bin Rabah dalam versi rock memberi kesan kepada rakan-rakan saya yang kurang berminat dengan lagu-lagu nasyid. Lagu Bilal Bin Rabah tersebut bertepatan dengan 'jiwa' rakan-rakan yang meminati muzik rock. Secara tidak langsung mereka dapat mendapat info tentang perjuangan Bilal Bin Rabah.

Inteam dan Opick

Ala-ala Shah Rukh Khan berguling di tengah taman bersama si Kajol sambil menyanyi lagu romantisnya.

Begitu juga dengan lagu Allahu Rabbi dari Inteam dan lagu Allahu dari Raihan (bukan dari segi berguling-guling), alunan Hindi diberi pilihan baru kepada peminat lagu-lagu Hindi di Malaysia. Pilihan yang menjadikan Allah sebagai 'lirik'nya.

Jika dahulu nyanyi "Kuch Kuch Hota Hai", sekarang sudah "Allahu.. Allahu.. Allahu.." (Allahu - Raihan). Satu perkembangan yang menarik.

LAGU BUKAN SEKADAR LAGU

Setiap lagu itu mempunyai 'roh' yang tersendiri. Sesetengah lagu dapat memberikan kesan yang besar kepada para pendengarnya. Walaupun irama nasyid berubah bentuk mengikut perubahan zaman, tetapi jauh di sudut erti lagu tersebut, terselit satu dakwah yang ingin disampaikan kepada para pendengarnya.

Perubahan dalam bentuk irama nasyid banyak diusahakan yang bertujuan untuk menarik pendengar-pendengar baru khususnya peminat genre-genre muzik yang lain untuk lebih meminati nasyid. Fenomena ini juga bertujuan untuk memberi alternatif kepada masyarakat dalam bidang hiburan.

Kita sukar untuk memaksa pendengar untuk menukar minat mereka daripada meminati muzik Hindi kepada meminati irama padang pasir. Jadi usaha yang dilakukan ialah dengan menggubah irama lagu yang bersesuaian dengan selera pendengar.


Dengan kesedaran yang disebabkan oleh masalah-masalah ini, para munsyid berusaha untuk mengembalikan 'roh' nasyid yang semakin hilang itu. Maka satu program telah dicadangkan yang diberi nama MAJLIS USRAH MUNSYID.

Program ini adalah kesinambungan daripada usaha yang dipraktikkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Usrah ini mengumpulkan para munsyid dalam satu masa dengan memberi tazkirah dan memuhasabah diri sebagai seorang pendakwah. Selain itu juga, peranan usrah ini ialah untuk mengeratkan hubungan, bertukar-tukar pandangan dan memantapkan keimanan di antara para musyid.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini, boleh klik (di sini)

"Teruskan perjuangan kalian dalam dakwah melalui seni ini walaupun hanya tinggal seorang yang mendengar lagu kalian. Kita tidak boleh memaksa anak-anak kita mendengar lagu kita di TV dan radio. Tetapi kita perlu menyediakan alternatif kepada mereka supaya mereka tahu seni dapat mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya" - (Opick)

Moga imej nasyid dalam keadaan yang baik untuk membawa orang lain kepada Allah Subhabahu Wataa'la dan Rasulullah Sollallahu A'laihi Wasalam. Percayalah setiap bait-bait kata yang disampaikan itu, membawa mesej yang sangat bermakna buat kita. Bagi yang meminati muzik lama, teruskan mendengar lagu-lagu yang lama itu dan jangan berhenti berjuang.

P/S : Dengar kata album Far-East yang bakal terbit nanti ada lagu-lagu dalam bahasa Tamil, baguslah untuk menarik pendengar Tamil kepada Islam. Album Nur Muhammad (Inteam & UNIQUE) pun terbaik! Dah kurang lagu-lagu cintan-cintun ni, sekarang dah banyak lagu selawat diterbitkan semula. Satu perkembangan yang baik buat industri nasyid kita.

LAGU BUKAN SEKADAR LAGU!! ADA MAKNA DAN PENGERTIANNYA!!

Dari FN : Terima kasih kepada saudara Jamal yang sentiasa menulis artikel2 mengenai nasyid dan kami FN akan sentiasa membuka ruang pada anda semua menulis artikel -artikel nasyid di blog anda atau facebook ( bagi yang tiada blog) dan jika anda ingin berkongsi dengan kami boleh maklumkan di shoutbox FN ,dan kami akan membantu anda dalam menaikkan traffik blog anda insyaallah.

Sumber : JAMAL RAFAIE


BERITA @ FN



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Thursday, April 22, 2010

PROGRAM AMAL 'KAU DIHATIKU' KTI & UNIQUE

BERITA@FN


Assalamualaikum wbt

Program Amal bersama Warga Tua dan Anak Yatim
Komuniti Teman Inteam dan Famili uniQue


Sepertimana Inteam berkolaborasi dengan Unique, Komuniti Teman Inteam juga buat julung kalinya menjalinkan usahasama dengan Family Unique untuk menganjurkan sebuah Program Amal yang akan berlangsung di Kompleks Penyayang Bandar Sri Damansara (berhampiran pejabat Inteam Records).

Tarikh program dijangka pada hujung bulan ini atau awal bulan 5. Program kali ini dianggap sangat unik kerana ia berbeda dengan program KTI sebelum ini yang memfokuskan anak-anak yatim. Kali ini ia melibatkan orang tua, ibu tunggal dan anak yatim.

Segala tentatif program akan disediakan dan diumumkan pada minggu hadapan.Program ini akan mendapat sentuhan Pengarah Muda paling berkarisma di KTI iaitu Akhi Helmi Razali dengan dibantu beberapa ajk dari KTI dan Family Unique.

Kepada mereka yang berminat untuk jadi AJK Pelaksana (dari KTI mahupun Family Unique), boleh inform di KTI.

Program Amal bersama Warga Tua dan Anak Yatim Kolaborasi Komuniti Teman Inteam dan Famili uniQue

Tarikh : 9 MEI 2010 (AHAD) *majoriti
Masa : 8.00 AM - 5.00 PM
Tempat : KOMPLEKS PENYAYANG BANDAR SRI DAMANSARA


Tentatif Program

8.00am - 9.00am Kehadiran ahli KTI dan Family Unique
9.00am - 10.00am Taaruf / Ice Breaking
10.00am -12.00pm Gotong Royong
12.00pm -1.00pm Rehat
1.00pm -1.30pm Solat Zohor
1.30pm -2.00pm Makan Tengahari
2.00pm -3.00pm Game / Sharing Moment
3.00pm -4.00pm Persembahan dari Inteam dan Unique
4.00pm -4.30pm Minum Petang
4.30pm -5.00pm Solat Asar
5.00pm Bersurai


Sumber : KTI INTEAM


BERITA@FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

ULASAN ALBUM HIJJAZ 1431H

BERITA@FN

Edit Design by : FN


ULASAN ALBUM PERMATA HIJJAZ 1431 H

Hijjaz, nama gah yang lahir 13 tahun dahulu kini muncul kembali, selepas lima tahun menyepi. Menunggu karya terbaru daripada salah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk Industri nasyid di alaf 21 ini sememangnya berbaloi. Apatah lagi, kumpulan ini juga ‘bertanggungjawab’ membuka jalan kepada hampir 10 penasyid lain sehingga berjaya.

Lima tahun menunggu, nah, keluar satu album yang boleh dianggap sebagai masterpiece sepanjang karier mereka. Dan boleh dikatakan, mereka telah mengeluarkan apa yang mereka mahukan sepanjang masa itu.

Membuka dan membelek kulit album mereka kali ini, saya amat terkejut. Wow, ini betul-betul punya gempak, baik dari segi design mahupun kualiti paper pada inlay itu sendiri. Dengan berlatar-belakangkan ala2 Cordoba, mereka cukup lengkap visualnya pada kulit album ini. Dengan gambar-gambar belakang tabir, para pemuzik dan semua yang terlibat dalam album ini. Jadi, seperti biasa, mari kita review track by track lagu mereka

1. Gurindam Berkasih - Membuka track permulaan dalam album ini dengan irama asli. Mood hype dalam lagu ini, dengan tema kemasyarakatan pada liriknya, membuka album ini dgn mood yang cukup ceria dan segar. Memang tepat dengan susun aturnya sebagai track pembukaan. Pembukaan yang tepat!

2. Embun Hidayah – Track inikah yang mahu dibikin single utama? Jika ya, maka saya amat setuju. Lagu ini agak moderate sikit iramanya, dengan muzik yang padat... orkestra semua, cukup solid. Melodi pula mudah melekat sejak mula mendengar. Ya, ini track ‘killer song” di dalam album ini.

3. Satu Amanah – Track mellow bermula. Rasanya lagu ni banyak menguji vokal Munif. Muziknya. Track ini kedengaran serius, baik dari segi lirik, muziknya mahupun vokal. Ballad yang dimasukkan sedikit moderate muziknya.

4. Syukur Pada-Mu – Pengaruh muzik-muzik pop yang laju meresap dalam lagu ni. Sekali dengar macam lagu M.Nasir pun ada. Memang cukup laju lagu ni. Dengan up beatnya. Kedengaran segar. Ditambah dengan string orkestra yang bijak mencelah antara track gitar dan dram.

5. Ratu Nil (Yukabid) – Mereka cuba mengulangi kejayaan lagu berhantu ‘Sumayyah’. Walaupun ia bukan mudah, tambahan pula lagu itu telah menjadi anthem. Tapi bila dengar lagu ni, aku amat yakin kalo kne gayanya, lagu ini oleh jadi lebih hebat drpd Sumayyah. Lagu yang cukup solid, dan kedengaran berat pembawaanya. Track pilihan terbaik album ini!

6. Neraca Diri - Ballad yang sebenar dalam album ni. Cubaan pertama Arifin Hijjaz menulis untuk Hijjaz sendiri tampak hasilnya yang terbaik. Nice ballad, cuma stringnya macam tak cukup tebal... urgh, mungkinkah selera telinga aku sudah makin berat? Huhu. Kedengaran solo gitar cukup mengasyikan walaupun pendek. Kalo ada sound timpani mungkin best

7. Ala Baladi – Yeahhh, arab time!! Lagu ni diolah betul2 dgn irama padang pasir. Lama tak dengar Hijjaz main lagu arab, dan kali ni memang btol2 style arab gelek...hahaha... Errr, mana terjemaahan lirik dalam bahasa Melayu kat booklet tu?? By the way, nice song

8. Engkau Insan Sempurna – Tak lengkap sebuah album nasyid tanpa sebuah lagu untuk Rasulullah, dan tradisi itu sememangnya diisi Hijjaz disetiap album mereka. Cuma kali ini, mereka mengolah dengan irama yang moderate. Ada suara horns lagu ni. Pop biasa yang sedap diadun muziknya.

9. Kekasih Agung 1431- Urghh, macam pernah dengar lagu ni. Tapi, tak mengapa, sebab olahan lagu ini cukup segar. Vokal Munif cuba untuk meretro modenkan lagu ini. Haa, baru nampak percussion upfront sket. Retro yang segar. Cuma, macam ringan sket lagu ni. Kat mana ekkk

10. Iman Islam Ehsan – Sudah seperti mau ke arah muzik 70/80an. Pengaruh Bee Gees, Abba kedengaran disana sini terutama kat intro. Seblum diadun dgn muzik pop biasa. Cuba mendaki semula mood hype seperti awal album.

11. Kalimah Utama – Karya Dakmie selalunya sedikit dark. Begitu juga lagu ni. Kedengaran dark, ditambah dengan koir yang biasa mengiringi artis tanah air. Betul-betul melayang dengar lagu ni. Best....

Tidak lagi programming keras macam robot dalam album ini, sebaliknya semua muziknya dimainkan Live... kalo didengar, agak banyak elemen2 berat dalam album ni, tapi diolah dengan gaya Hijjaz dan muzik pop yang tak keterlaluan. Terlampau banyak elemen tak dijangka dalam album ini. Mereka akhirnya menyahut cabar untuk berevolusi.. dan evolusi itu menjadi PERMATA


Sumber : AIZAX

BERITA@FN




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Tuesday, April 20, 2010

PRINSIP 'KETERBUKAAN TERPIMPIN' MIRWANA

BERITA @ FN

Keterbukaan Terpimpin

Design by : FN

Ramai menanyakan soalan mengenai konsep album dan hala tuju Mirwana sebagai sebuah kumpulan vokal harmoni yang dari dulu memperjuangkan irama nasyid. Soalan yang pernah ditanya antara lain adalah seperti berikut, Adakah Mirwana tidak lagi mahu bergelar artis nasyid? Mengapa album ni Mirwana sudah tak pakai kopiah? Apakah yang menyebabkan Mirwana tidak lagi berminat untuk bernasyid dan mula menukar haluan ke arah muzik pop? Adakah genre nasyid sudah tidak laku atau sudah tidak boleh jual? Di manakah pendirian Mirwana bila tidak mahu lagi dilabel nasyid? Mungkinkah Mirwana terpengaruh dengan kejayaan Faizal Tahir yang keluar daripada genre nasyid?

Mirwana ingin menjawab soalan-soalan ini dengan menyatakan bahawa kami mendukung semangat dan slogan 'Keterbukaan Terpimpin'. Sejak dari awal penubuhan Mirwana slogan inilah yang menjadi tunjang kepada Mirwana dalam berkarya. Slogan ini tidak pernah wujud. Cuma akhir-akhir ini Mirwana berasa perlunya satu slogan yang dapat menzahirkan pendirian kami. Ia diharap dapat difahami dan dihayati oleh pendengar, pengkarya, penggiat seni dan masyarakat umum. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan 'Keterbukaan Terpimpin' ini?

Istilah 'Keterbukaan' menurut kamus ialah perihal terbuka hati dan sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kepada apa sahaja. (samada unsur, pengaruh, rangsangan, budaya, muzik, genre dan lain-lain). Minat yang dinyatakan dalam istilah ini adalah secara khusus merujuk kepada kecenderungan Mirwana untuk tidak menolak terlebih dahulu, malah dengan secara senang hati menyambut baik setiap bentuk muzik, untuk dikaji dan diperhalusi bagi mencari nilai sesuatu karya. Kami meraikan kepelbagaian dan kelainan yang wujud dalam setiap karya muzik. Dengan keterbukaan inilah Mirwana menghayati serta menghargai beraneka hasil karya muzik dan nyanyian dari pebagai bangsa dan negara, dari timur mahupun barat.

Namun bagi Mirwana dalam proses penghasilan muzik dan lagu, keterbukaan ini tidak akan mendatangkan kebaikan malah bakal mengundang kecelakaan jika ia tidak dikawal. Sikap hanya menerima segala bentuk muzik dan isinya secara semborono dan mencurahkan kembali kepada masyarakat dengan melulu, bakal membawa keburukan kerana muzik yang datang ini tidak hanya mengandungi rentak dan irama malah terkandung juga budaya bahaya yang sarat dengan kebejatan dan kerosakan. Menyedari hakikat ini, satu alat untuk menapis, mengasing atau menyaring perlu ada supaya mana yang dirasakan membawa kebaikan dapat diambil dan dihayati dengan lebih mendalam manakala yang buruk dapat dibuang jauh-jauh. Keperluan ini membawa kepada penghuraian kepada maksud perkataan seterusnya.

Terpimpin merujuk kepada perihal atau keadaaan dibimbing. Pimpinan yang dimaksudkan disini tidak lain dan tidak bukan adalah Al Quran dan Sunnah yang dalam erti kata lain bimbingan Allah dan RasulNya. Kami menyedari muzik dan nyanyian yang halal secara zatnya tidak boleh disalahguna. Ia mesti mempunyai unsur mendidik masyarakat, menggalakan kebaikan dan memerangi kemungkaran. Ia perlu disampaikan dengan cara penuh hikmah dan bijak bersesuaian dengan keadaan, tempat dan masa.

Inilah prinsip perjuangan Mirwana. Kami merasakan persoalan nasyidkah? atau tidak nasyidkah? sebagai persoalan ranting yang tidak perlu ditekankan oleh penasyid. Nasyid dengan apa sahaja istilah yang digunapakai oleh pendengar tidak harus menjadi rungutan yang asyik difikirkan. Pendengar dan masyarakat harus diberi peluang untuk menggunakan kebijaksanan mereka memutuskan persoalan ini.

Dengan prinsip Keterbukaan Terpimpin inilah album 'Bumi Akhir Usia' diterbitkan. Hasrat kami tidak lain hanya mahu berkongsi pengajaran, saling ingat-mengingat dan berpesan-pesan sesama pendengar. Ragam muzik dan nyanyian dalam album ini hanyalah satu usaha kecil Mirwana untuk membawa kelainan di dalam industri muzik tanah air yang sedikit sebanyak diharap dapat menarik golongan baru untuk mendekati kami.


Walaupun Mirwana agak terbuka dalam mencari kelainan sewaktu menghasilkan album, Mirwana sama sekali tidak melupakan prinsip ini. Cuma Mirwana percaya dan yakin hanya dengan sikap terbuka terhadap kepelbagaian, kita dapat menyuntik kesejagatan nilai Islam dalam jamak budaya dan pluralisme masyarakat kita. Mirwana tidak mahu terus tertumpu kepada segolongan kecil kelompok Islam dan meminggirkan yang lain. Mirwana mahu terus berkembang mencakupi kelompok masyarakat yang lebih besar. Perjuangan menyampaikan mesej Islam harus tersebar jauh menembusi sempadan bangsa, budaya dan agama. Biar tembok-tembok perbezaaan ini semakin lama semakin hancur dan rapuh. Agar satu hari nanti yang bersinar cerah adalah nilai Islam itu. Mudah-mudahan, kelainan dan kepelbagaian yang cuba ditonjolkan dalam hasil karya kami tidak disalah ertikan. Semoga, penjelasan yang pendek dan ringkas mengenai 'Keterbukaan Terpimpin' ini dapat sama-sama difahami dan dihayati oleh pendengar, penasyid, pengkarya, penggiat muzik seni hiburan Islam.

Wallahualam.

Mirwana, disampaikan oleh Muhammad Hafiz Tamizi

From RAKAN FN
For Mirakimura sila lihat code disini : FENOMENASYID PhotoBucket


Photobucket






BERITA @ FN





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Monday, April 19, 2010

IMAM MUDA YANG SERBA BOLEH

BERITA @ FN

Pencarian Imam Muda Serba Boleh 27 Mei

Izelan Basar (tengah) di samping pengetua dan dua mentor.

BERPAKSIKAN objektif untuk mencari imam muda yang serba boleh, saluran Astro Oasis memecah tradisi sejarah penerbitan program realiti apabila tampil dengan sebuah program realiti lain daripada yang lain, Imam Muda (IM).

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Haji Izelan Basar, idea dan konsep program realiti terbaru yang segar ini dianggap berbeza kerana ia tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana konsep program realiti sebelum ini.

"Program IM ini dianggap segar dan berbeza daripada mana-mana program realiti yang pernah dihasilkan.

"Belum pernah ada program realiti yang mencari seorang tokoh imam diterbitkan dalam sejarah penerbitan program realiti sebelum ini," katanya.

Tambah Izelan, penerbitan program ini juga disifatkan bersesuaian dengan waktunya. Tanpa perlu runsing soal komersial dan populariti, Izelan berpendapat bahawa sebagai stesen televisyen adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengisi jiwa dan rohani masyarakat dengan program berunsur keagamaan.

Ingin memberi anjakan paradigma dan lari daripada persepsi lazim masyarakat terhadap kriteria seseorang imam, pencarian IM ini bukan sahaja mencari tokoh imam muda yang boleh mengimamkan solat dan hal ehwal agama di masjid, malah menjangkaui kepada skop yang lebih luas.

"Menerusi program ini, kami ingin mencari tokoh imam yang mempunyai kriteria lebih besar daripada pandangan lazim masyarakat. Umum mengetahui, tugas dan peranan imam selama ini sinonim dengan hal nikah kahwin, kematian dan kenduri-kendara sahaja.

"Realitinya, skop tugas seorang imam adalah lebih besar daripada tiga perkara itu. Justeru, menerusi penerbitan program ini kita bukan sahaja ingin mencari tokoh imam muda terbaik.

"Malah, ingin memberi pendedahan kepada penonton tentang tugas dan cabaran seorang imam dalam kehidupan masyarakat Islam khususnya," katanya pada sidang media memperkenalkan pengetua dan dua mentor IM baru-baru ini.

Menerusi IM, peserta akhir yang dijangkakan antara 10 ke 15 orang yan berusia dalam lingkungan usia 18 hingga 27 tahun ini akan berentap selama tiga bulan bagi memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan pendedahan yang bersesuaian untuk menjadi imam muda.

"Kami ingin mencari tokoh imam muda yang serba boleh. Seorang imam yang bukan sahaja arif dalam selok-belok agama, malah boleh menguasai pelbagai bahasa, aktif dan cergas bermain pelbagai jenis sukan, kaunselor dan penceramah yang baik dan mahir dalam pelbagai aspek lagi.

"Pendek kata kita hendak mencari tokoh yang serba boleh dan layak daripada peribadi, kerohanian, sosial. Dia adalah contoh terbaik yang boleh menjadi ikon remaja Islam hari ini," hurai Izelan lagi.

Pengetua (tengah) bersama dua mentor.

Menyentuh tentang barisan tenaga pengajar di sebalik program 10 episod ini, Izelan berkata, sejajar dengan objektif program yang ingin melahirkan tokoh imam yang berwibawa dan disegani, pihak penerbitan telah menampilkan tiga orang tenaga utama bagi membimbing anak-anak muda ini.

Sehubungan itu, mantan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz dipertanggungjawabkan sebagai pengetua untuk memantau kelancaran aktiviti pembelajaran dan pembentukan imam-imam muda yang terpilih.

Ustaz Hassan turut diperkuatkan dengan sokongan dua mentor, Ketua Imam di Masid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, Ustaz Shahrizan Daud dan seorang penceramah bebas, Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus bagi memperkuatkan lagi jentera pengajar.

Bagaimanapun, berlandaskan konsep program realiti, kandungan dan persembahan IM perlu diperhalusi dengan suntikan sedikit elemen hiburan agar dapat menarik perhatian penonton.

"Kehadiran program ini memang bersesuaian dengan waktunya. Di saat pelbagai penyakit sosial dan kerohanian masyarakat berada pada paras membimbangkan, pengisian jiwa penonton menerusi program keagamaan sebegini adalah sesuatu yang wajar dan kena pada masanya," kata Izelan lagi.

Program yang baru sahaja selesai proses uji bakat ini di Kuala Terengganu, Terengganu (zon Pantai Timur), Alor Setar, Kedah (zon Utara), Johor Bahru, Johor (zon Selatan) dan berakhir di Kuala Lumpur (zon Tengah) pada Sabtu lalu. IM bakal bersiaran bermula 27 Mei ini selama tiga bulan di saluran Astro Oasis (saluran 106).


Sumber : MSTAR


BERITA @ FN





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

FENOMENA FACEBOOK DI TANGAN ANDA

ANDA PENENTU HALAL HARAMNYA

Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..


Sumber:

1- http://www.facebook.com/facebook?ref=pf#/press/releases.php?p=133917

2- http://www.alexa.com/siteinfo/facebook.com

3- http://www.zaharuddin.net

4- http://saifulislam.com/?p=6714




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Friday, April 16, 2010

SAUTUL HAQ TELOK MAS MELAKA JUARA [BNM 2010]

BERITA @ FN

Bintang Nasyid Mu'min 2010 Peringkat Negeri Melaka

Jelajah Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min 2010 diteruskan lagi. Kini lokasi keduanya adalah bandar bersejarah, Melaka. Bertempat di pusat membeli belah Melaka Mall pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat pengeluar ubat gigi Mu’min, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd. dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka berjalan lancar dengan sambutan baik dari peserta dan penonton yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Sebanyak 9 kumpulan dari sekolah-sekolah sekitar Melaka menyertai pertandingan tersebut . Objektif utama penganjuran adalah memartabatkan irama nasyid sebagai salah satu cabang kesenian Islam agar terus berkembang dan dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.

Antara juri yang mengadili pertandingan ini adalah kumpulan Mestica. Pertandingan ini juga diserikan dengan persembahan Kumpulan Mestica diakhir program.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh barisan tetamu kehormat iaitu Encik Amirullah Hj. Abdullah, Pengerusi Eksekutif Al Meswak Mu'min Sdn. Bhd., YB Datuk Haji Ghazali Bin Muhammad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Ustaz Zawawi Bin Mat Zin wakil Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka dan Puan Fauziah.

Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka dinobatkan sebagai juara seterusnya mewakili negeri Melaka untuk Pertandingan Akhir Bintang Nasyid Mu’min 2010. Tempat pertama membawa pulang wang tunai bernilai RM 700, sijil dan produk Mu'min. Kemenangan juga berpihak kepada kumpulan Saidatul Anum dari Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka dan kumpulan Soautul Irsyad dari Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM 500, sijil, dan produk barangan Mu'min dan pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai bernilai RM 300, sijil dan produk barangan Mu'min.

Selain itu terdapat tiga anugerah khas turut dipertandingkan iaitu kategori kostum terbaik yang di menangi oleh kumpulan Sauthoul Imtiaz dari SRA Jaim, Telok Berembang, Lubuk Cina, vokal lelaki terbaik yang di menangi oleh adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar dari kumpulan Sautul Haq dan vokal perempuan terbaik di menangi oleh adik Amira Mursyida Binti Nor Azman dari kumpulan Saidatul Anum. Hadiah bagi anugerah khas ini ditaja oleh Bank Rakyat. Saguhati pula membawa pulang sijil dan produk barangan Mu'min .

Pertandingan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Nasyeed.com.

Nantikan pertandingan seterusnya yang bakal diadakan di Negeri Sembilan pada 24 April 2010 di Pusat Dakwah Paroi.

Keputusan Akhir BNM 2010 Peringkat Negeri Melaka

Tempat Pertama : Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka

Tempat Kedua : Kumpulan Saidatul Anum, Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka

Tempat ketiga : Kumpulan Soautul Irsyad, Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka,

Saguhati : Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina

Kumpulan Soutul Al-Insyirah, Sek. Keb. Dato’ Naning Alor Gajah, Melaka Soutul Al-Insyirah

Kumpulan Sautul Ishqi, Sek. Keb. Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka

Kumpulan Sautol Ammal, SRA Jaim Peringgit, Melaka

Kumpulan Al Mu’min, SRA Jaim Ayer Panas, Bemban Melaka

Kumpulan Al-Mukmin, Sek. Rendah Arab Jaim Pernu, Melaka

Kostum Terbaik : Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina

Vokal Terbaik (L) : Adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar (Kumpulan Sautul Haq)

Vokal Terbaik (P) : Adik Amira Mursyida Binti Nor Azman (Kumpulan Saidatul Anum)

Berita Oleh : Sis Malyana

Foto Oleh : Sis Shiera ( shahirah@nasyeed.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Bro Sufian Saujana selaku Pengerusi Majlis
Persembahan bertenaga oleh para peserta
Persembahan bersahaja oleh Kumpulan Sautol Ammal, Sra Jaim Peringgit, Melaka
Kumpulan Mestica selaku juri pertandingan
Persembahan kreatif yang turut memberi saingan
Persembahan mantap oleh Kumpulan Mestica
Ucapan oleh Encik Amirullah Hj. Abdullah,
Pengerusi Eksekutif Al Meswak Mu'min Sdn. Bhd.
Ucapan oleh YB Datuk Haji Ghazali Bin Muhammad,
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka
Vokal Lelaki Terbaik, Adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar
(Kumpulan Sautul Haq)

Vokal Terbaik Perempuan, Adik Amira Mursyida Binti Nor Azman
(Kumpulan Saidatul Anum)
Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina
(Kostum Terbaik)

Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka
(Tempat Pertama BNM Peringkat Negeri Melaka)
Kumpulan Saidatul Anum, Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka
(Tempat Kedua BNM Peringkat Negeri Melaka)
Kumpulan Soautul Irsyad, Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka,
(Tempat Ketiga BNM Peringkat Negeri Melaka)

Sumber : NASYEED.COM


BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

[MURSYID] DAKWAH PARA MUNSYID

BERITA @ FN

(MURSYID)




Majlis Usrah Munsyid bertujuan untuk menghimpunkan para penasyid dan penggiat nasyid Malaysia untuk sama-sama berusrah bagi menambah ilmu dan memantapkan rohani serta mengeratkan silaturrahim antara penasyid-penasyid dan penggiat-penggiat nasyid...

Alhamdulillah, Abg. Farihin Abdul Fattah menyatakan sokongan dan menggalakkan Majlis Usrah Munsyid meneruskan usaha ini... Terima kasih...


Al-Fadhil Ustaz Amal bersetuju menjadi penyandang Ketua Naqib Majlis Usrah Munsyid buat masa ini... Jazakallah ya Ustaz, semoga kami mendapat tunjuk ajar dari Ustaz..


MAJLIS USRAH MUNSYID bertujuan utk menyambung kesinambungan usrah atau majlis tazkirah yang selalu dibuat kumpulan Rabbani diterajui Allahyarham Ustaz Asri sebelum ini, agar dapat mengeratkan lagi ukhwah dikalangan penasyid dan penggiat nasyid.

Usrah Munsyid mengalu-alukan semua penasyid Malaysia solo atau berkumpulan serta tenaga penggerak di belakang tabirnya bagi menjadi penggerak majlis-majlis usrah bagi memantapkan ilmu dan rohani serta mengeratkan silaturrahim antara kita...

Dari FN : Tahniah kami ucapkan diatas kewujudan MURSYID semoga ia menjadi salah satu wadah yang terbaik buat para Munsyid kita,insyaallah..

Teruskan usaha anda dalam memartabatkan Industri Nasyid yang kini kian lesu dalam pelbagai tomahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini..

Semoga para Munsyid dapat menyertainya...


KERTAS CADANGAN

MAJLIS USRAH MUNSYID (MURSYID)


Pengenalan

Majlis tazkirah yang menghimpunkan penasyid-penasyid dan penggiat-penggiat nasyid tanahair pernah dianjurkan sebelum ini oleh kumpulan nasyid Rabbani yang sewaktu itu diterajui oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Allahyarham dilihat sebagai tokoh yang sangat memperjuangkan kesatuan dikalangan penggiat industri ini dan mampu menggerakkan penasyid-penasyid untuk menghadiri majlis tersebut yang dilihat sangat positif impaknya dalam mengeratkan hubungan silaturrahmi dikalangan penasyid-penasyid dan penggiat-penggiat industri ini.

Sehubungan dengan itu, adalah sangat bermakna sekiranya usaha Allahyarham ini dapat kita teruskan bagi menjamin survival industri nasyid melalui kaedah usrah atau majlis tazkirah yang dapat mempertemukan individu-individu di dalam industri ini bagi menambah ilmu, memantapkan keimanan, mengeratkan ukhwah sambil bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran.

Definisi

MAJLIS – Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud: jawatankuasa, badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh.
Perkataan ini juga bersinonim dengan; upacara, acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.

USRAH – Bermaksud; perkumpulan yg melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, yang diambil daripada perkataan Arab bermaksud; keluarga.

MUNSYID – Penasyid diambil daripada perkataan Arab.

Singkatan yang dicadangkan bagi MAJLIS USRAH MUNSYID ialah MURSYID

MURSYID - Perkataan mursyid berasal dari bahasa arab, dari kata irsyada, iaitu memberi tunjuk-ajar. Dalam erti kata lain, mursyid bererti, seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk-ajar terutamanya dalam bidang kerohanian, dalam istilah para sufi.

Mursyid secara istilahnya (menurut kaum sufi), merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t., dalam proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah.

Jadi, dapatlah disimpulkan di sini bahawa definisi Majlis Usrah Munsyid (MURSYID) ialah satu Jawatankuasa bagi acara, pertemuan, perkumpulan dan perhimpunan bagi membincangkan tentang sesuatu tajuk atau isu agama dikalangan para penasyid dengan tujuan menjadikan para Munsyid ini dapat menyampaikan sesuatu tarbiyyah dan membimbing diri sendiri serta para pendengar atau penyokong mereka ke arah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

MAJLIS USRAH MUNSYID pada asasnya merupakan sebuah jawatankuasa melibatkan penasyid-penasyid Malaysia samada solo atau berkumpulan, baru atau lama, yang sudah menerbitkan album secara komersial ataupun tidak. Namun, untuk lebih realistik, sasaran penyertaannya lebih fokus kepada penasyid komersial disebabkan jumlah kumpulan nasyid yang sangat ramai seantero Malaysia.

Majlis Usrah Munsyid menghormati kewujudan badan-badan atau persatuan penasyid dan penggiat industri Nasyid seperti PIN dan MUNSYID dan mengalu-alukan sokongan dan penyertaan mereka juga. Majlis Usrah Munsyid juga bukan bertujuan menjadi sebuah persatuan atau kelab, tetapi sekadar jawatankuasa sukarela bagi menggerakkan majlis tazkirah atau majlis usrah bulanan dikalangan penasyid dan penggiat industri nasyid.

Jawatankuasa

Majlis Usrah Munsyid (MURSYID) belum mempunyai jawatankuasa yang dipilih atau sukarela namun telah mencadangkan struktur jawatankuasa seperti berikut serta cadangan nama-nama calon yang sesuai:

1. PANEL PENASIHAT: Cadangan; Ustaz Sohibul, Ustaz Pahrol Md Juoi, Hj. Mubbin, Farihin Abdul Fattah, Hj. Waharp dan yang seangkatan dengannya.

2. PENCERAMAH/MOTIVATOR: Ustaz Zul Ramly, Ustaz Ghazali Ibrahim, Ustaz Hasrizal, Ustaz Zahazan dan seumpamanya.

3. KETUA NAQIB: Ustaz Amaluddin

4. NAQIB-NAQIB: Ustaz Munif, Ustaz Asri Ubaidillah, Ustaz Che Amran, Ustaz Nabil, Ustaz Erwan, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan seumpamanya.

5. JAWATANKUASA KERJA: Meliputi tugas-tugas berkaitan: Tempat/Lokasi, Pengisian, Katering, Dana/kewangan, Jadual, Promosi/hebahan, dan yang berkaitan.

6. PESERTA dikalangan penasyid dan penggiat nasyid.

Gerak kerja

Secara asasnya, diperingkat awal mana-mana kumpulan nasyid, penasyid solo atau syarikat berkaitan penerbitan nasyid yang sukarela ingin menjadi hos atau penganjur usrah atau masjlis tazkirah akan disusun mengikut jadual setiap hari Rabu, minggu ketiga atau keempat setiap bulan. Sekiranya penyertaan menggalakkan, kekerapan akan ditambah kepada 2 kali dalam sebulan. Sekiranya masih ramai yang ingin menjadi hos, gabungan dua kumpulan nasyid atau penggiat nasyid akan menganjurkan satu-satu majlis usrah.

Pada peringkat awal, segala kos berkaitan makanan dan lokasi akan ditanggung oleh hos atau penganjur atau mana-mana pihak yang sudi menaja. Seterusnya, dana akan dikumpul pada setiap masjlis usrah yang diadakan bagi menanggung kos majlis-majlis usrah seterusnya.
Adalah digalakkan pada peringkat awal ini penganjur atau hos adalah daripada kumpulan-kumpulan nasyid tanahair yang sudah lama bertapak dalam industri ini seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz.
Lokasi Usrah atau majlis tazkirah boleh dibuat di mana-mana tempat yang sesuai seperti di Masjid, dewan serbaguna, taman, pejabat, rumah atau di mana-mana yang selesa dan boleh menampung jumlah kehadiran serta mengikut kreativiti penganjur.

Pengisian atau tajuk usrah akan ditentukan oleh jawatankuasa bahagian pengisian dan boleh juga dicadangkan penganjur mengikut kesesuaian isu semasa yang berlaku. Turut dimuatkan dalam agenda majlis ini ialah solat berjemaah, solat hajat, majlis doa selamat atau tahlil arwah atas permintaan penganjur.

Cadangan agenda lengkap Majlis Usrah Munsyid adalah seperti berikut:

6.45 p.m – Ketibaan para jemaah
7.15 p.m – Solat Maghrib berjemaah
7.45 p.m – Doa Selamat/Tahlil arwah
8.30 p.m – Solat Isya’ berjemaah
9.00 p.m – Majlis Usrah Munsyid atau Majlis Tazkirah
10.00 p.m – Makan
11.00 p.m – Bersurai

Semua cadangan di atas adalah terbuka pada perubahan dan cadangan-cadangan lain yang lebih baik atau idea-idea baru yang relevan.

Adalah diharapkan semua pihak yang berkaitan dapat menghulurkan sokongan dan kerjasama bagi menjayakan apa yang kita rancang ini. Semoga ada sedikit sebanyak kebaikan dari Majlis Usrah Munsyid ini yang dapat kita kongsikan bersama. Semoga Allah mempermudahkan urusan ini dan membuka jalan bagi melaksanakannya. Amin Ya rabbal alamin...
Sumber : Facebook Majlis Usrah Munsyid


BERITA @ FN



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Monday, April 12, 2010

ALBUM SAAT LAFAZ SAKINAH [FAREAST]

BERITA @ FN

FAREAST
[Halawatul Iman II (Saat Lafaz Sakinah)]


Kumpulan Fareast adalah Sebuah kumpulan nasyid popular tanahair yang memartabatkan lagu-lagu berunsurkan tarannum Al-Quran.Fareast dianggotai seramai 4 orang iaitu Nabil bin Ahmad,Azwan bin Ibrahim,Ahmad Fadzli bin Bakar Dan Shariman bin Badzri.Kini mereka bakal mengeluarkan album terbaru mereka iaitu Halawatul Iman II ( Saat Lafaz Sakinah).Kata Azwan Fareast lagi "album sudah siap hanya menunggu masa untuk dikeluarkan".

Nantikan kemunculan Album Terbaru dari Far East - Halawatul Iman II (Saat Lafaz Sakinah) akan release sekitar bulan April ini [jangkaan FN], insyaAllah.Semoga peminat Fareast sabar menanti album mereka yang bakal mewarnai lagu-lagu yang menarik daripada mereka.Kini kita dapat melihat artis-artis nasyid telah membuka lembaran baru dari segi penampilan,cover album yang mantap, paduan vokal setiap kumpulan nasyid sebgai contoh Mirwana, dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua Anas Tahir kini memasuki kumpulan nasyid Firdaus..Admin FN sempat berbual dgn Bro Akbar (ex-Brothers) mengenai status Anas Tahir yang keluar daripada Kumpulan Fareast.Akhirnya sudah jelas bahawa Anas masih setia dengan Nasyid.Tahniah kami ucapkan.


BERITA @ FN



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

ZAIDI 'WILDAN' MASUK HOSPITAL !

BERITA @ FN

:: DOAKAN KESIHATAN ABG. ZAIDI WILDAN ::

AminINTEAM

avatar


Assalamualaikum...
Semalam saya dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa Abg Zaidi dari kumpulan Wildan telah dimasukkan ke wad di Hosptal Tengku Ampuan Rahimah, Klang setelah 2 hari sakit dada.

Zaidi WILDAN

Saya telah sms beliau dan keadaannya baik.. Doakan semoga beliau cepat sembuh dan boleh kembali bertugas seperti biasa..

Dari FN : Kami serta Rakan FN mendoakan semoga abang Zaidi Sehat sedia kala dan kembali beraktif dgn dakwah Nasyid ..


Sumber: KTI INTEAM


BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More