Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, May 20, 2010

KARYA TERHEBAT DALAM PERMATA HIJJAZ 1431 H

BERITA @ FN


pix_gal0


ALBUM: Permata Hijjaz 1431
ARTIS: Hijjaz
GENRE: Nasyid
EDARAN: Hijjaz Records Sdn Bhd


ANTARA kumpulan nasyid yang terus aktif menerbitkan album, produksi terbaru Hijjaz ini memperlihatkan kematangan juga keberanian apabila melabur jumlah wang yang agak besar untuk penerbitan yang mengangkat judul, Permata Hijjaz 1431.

Kelangsungan usaha yang tertunda beberapa tahun ini membawa Hijjaz ke satu tahap baru apabila menerapkan elemen orkestra untuk pengisian album memuatkan 11 lagu itu.

Satu peralihan yang disifatkan agak berani ketika pasaran industri muzik belum lagi keluar daripada kemurungan dan kesuraman.

Situasi berat itu dibebankan lagi oleh apresiasi peminat terhadap karya tempatan yang terus dipertikai. Kebanyakan lagu diilhamkan oleh kumpulan Hijjaz sendiri, mengalirkan irama muzik yang sederhana dan ringan tanpa terlalu mencuba untuk berlebihan melakukan eksperimen.
Di sebalik semua itu, Permata Hijjaz 1431 masih berupaya memenuhi kehendak penggemar yang semakin selektif serta cerewet dalam menerima produksi yang disogokkan kepada mereka.

Produksi yang hadir selepas 13 tahun Hijjaz bergiat dalam irama nasyid ini menyerlahkan kematangan mereka dalam memahami kehendak serta selera khalayak.

Masih mengekalkan identiti Hijjaz yang sudah mesra di telinga pendengar, Permata Hijjaz 1431 tidak banyak menyuap irama kontemporari hanya kerana ingin mencari kelompok penggemar baru. Bagaimanapun, keasyikan alunan orkestra yang diberi susunan oleh Belle Fatah meletakkan album ini dalam kelas yang selesa tanpa mengorbankan kejituan irama nasyid sebenar.

Sentuhan gambus, akordian, seruling, saksofon dan erhu daripada pemuzik tersohor memperlihatkan kedewasaan Hijjaz apabila 90 peratus daripada elemen muzik dimainkan secara langsung.

Lagu yang dimuatkan seperti Kalimah Utama, Embun Hidayah, Iman Islam Ehsan, Alabaladi, Gurindam Berkasih, Satu Amanah, Neraca Diri dan Engkau Insan Sempurna.


Sumber : BERITA HARIAN



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More