Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, May 21, 2010

KOS RM 100 RIBU UNTUK ALBUM HIJJAZ 1431 H

BERITA @ FN

Permata Hijjaz Iringan Orkestra

HIJJAZ 1431 H

MENCARI kelainan dalam aspek penerbitan album baru sering menjadi strategi penyanyi untuk meraih sambutan pendengar. Ini menjurus pada pemilihan lagu sesuai dan konsep persembahan yang ingin ditampilkan.

Bagi kumpulan nasyid popular, Hijjaz, jenama yang dibina sejak 1997 masih memberi kekuatan pada empat anggotanya, Mohd Faizal Osman, Isman Nadim Isam, Munif Ahmad dan Ariffin Rahim terus bertahan. Melalui fasa sebagai artis senior, Hijjaz masih bersemangat terus berjuang dalam persada muzik tempatan.


Buktinya, Hijjaz tampil dengan album baru, Permata Hijjaz 1431 yang berada di pasaran pertengahan April lalu. Memberi tarikan, album ke-11 ini menampilkan rakaman orkestra yang jarang digunakan dalam muzik nasyid.


Munif yang berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini, menyatakan pembikinan album kali ini menjadi impian Hijjaz sejak sekian lama tetapi seperti yang diketahui muzik orkestra menggunakan bajet besar.


"Asalnya kami ingin menerbitkan album kompilasi tetapi selepas berbincang dengan Permata Hijrah Sdn Bhd, mereka bersedia menjadi pelabur untuk album ini.


"Selepas empat tahun tanpa album baru, kami gembira apabila berpeluang menghasilkan album penuh dengan keistimewaan orkestra yang saya fikir tidak pernah dilakukan kumpulan nasyid lain.


"Dalam album yang mencecah kos hampir RM100,000 ini, kami menggunakan 24 pemuzik dan empat penyanyi koir. Malah, pemuzik ini termasuk mereka yang berpengalaman seperti S Atan, Jay Jay, Eddie Marzuki, Sham Kamikaze dan Ujang Exists.


"Kami berasa bertuah apabila Permata Hijrah yang terkenal menerusi produk kesihatan mata menjadi penaja album ini. Sebenarnya mereka juga adalah peminat Hijjaz dan kerjasama ini lebih pada ikatan persahabatan.


"Mereka ada menyatakan penerbitan album ini menjadi sumbangan mereka pada masyarakat. Atas kerjasama ini, mereka turut mempromosi album kami di gerai jualan mereka manakala kami tampil sebagai jurucakap produk mereka," katanya.

Isman pula berkata, rakaman album ini mengambil masa sehingga tiga bulan sebaliknya ada antara lagu dalam album ini dicipta lebih 13 tahun lalu seperti Kalimah Utama. Lagu Embun Hidayah dihasilkan enam tahun lalu manakala mereka juga menyanyikan kembali lagu Ala Baladi yang pernah dipopularkan Datin Umi Khalthum pada zaman 60-an.


"Album ini menjadi karya terbaik Hijjaz sepanjang 13 tahun berjuang sebagai artis. Berdasarkan pengalaman itu, kami sememangnya merancang tampil sesuatu yang berbeza pada album baru.


"Saya berasakan album ini mampu menaikkan martabat industri nasyid ke peringkat lebih tinggi. Buat masa ini, kami masih menerima jemputan mengadakan persembahan pentas dan ini menandakan sambutan peminat pada nasyid masih tetap ada," katanya.


Antara 11 lagu yang dimuatkan dalam album kali ini, lagu baru lain yang turut menjadi pertaruhan adalah Gurindam Berkasih, Satu Amanah, Syukur Pada Mu, Ratu Nil (Yukabid), Neraca Diri, Engkau Insan Sempurna, Kekasih Agung dan Iman Islam Ehsan.

Untuk perancangan seterusnya, Faizal pula berkata Hijjaz berhasrat mengadakan persembahan seperti di Istana Budaya atau Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada tahun depan.


"Kami pernah berbincang dengan DFP sebelum ini dan kami sudah menghantar kertas cadangan pada mereka. Mungkin jika terlaksana, ia mungkin diadakan pada tahun depan," katanya.


Sumber : MY METRO





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More