Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, May 21, 2010

SENARAI PESERTA AQ 4 MUSIM 4

BERITA @ FN

Peserta Akademi Al-Quran 4

credit to : Photoselebriti

Akhirnya senarai peserta dan juri Akademi Al-Quran ke 4 telah dikeluarkan oleh TV9. Rancangan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri ini akan menemui penonton pada hari Khamis 20 Mei 2010 pada pukul 9.00 malam di TV9. Kali ini seramai 12 peserta telah terpilih untuk menyertai Akademi Al-Quran. Lebih menarik lagi, 2 orang peserta yang bakal menghangatkan lagi rancangan ini berumur 12 dan 15 tahun.

Senarai peserta tersebut ialah :

Peserta Akademi Al-Quran [AQ] Musim Ke 4

  1. Siti Aishah Baain, 12 tahun (Pahang)
  2. Mohd Ahmad Zahid, 15 tahun (Kuala Lumpur)
  3. Mohd Nazif Zuhairi, 17 tahun (Kedah)
  4. Amirul Shahida Md Noor, 22 tahun (Pahang)
  5. Rusli Abd Latif, 22 tahun (Kelantan)
  6. Mohd Ramadan Razali, 22 tahun (Perak)
  7. Yahya Ali, 23 tahun (Terengganu)
  8. Mohd Kamarulzaman Daud, 24 tahun (Terengganu)
  9. Nor Aslam Faiz Othman, 24 tahun (Perak)
  10. Mohd Hassan Adli Yahya@Yahuza, 25 tahun (Perak)
  11. Husni Ali Hassan, 25 tahun (Melaka)
  12. Ahmad Tarmizi Ali, 25 tahun (Terengganu)

Selain dari penyertaan 2 orang peserta berumur 12 dan 15 tahun. Musim ini juga akan menyaksikan penyertaan peserta adik-beradik iaitu Yahya Ali dan Ahmad Tarmizi Ali. Penyertaan pada tahun ini seperti biasa dipelopori oleh peserta lelaki iaitu seramai 10 orang dan 2 orang peserta perempuan.

Seramai 2 orang peserta AQ kali ini adalah merupakan bekas Johan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan iaitu Ahmad Tarmizi Ali dari Terengganu dan Mohd Ahmad Zahid dari Kuala Lumpur.

AQ musim baru ini akan dikendalikan oleh pengacara rancangan Mari Mengaji dan Ustaz Zamri Bercerita iaitu Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Naib Johan AQ3 Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan Khairul Noormaaidah Azali (Aida) yang juga Ikon Gadis Melayu musim pertama.

Juri-jurinya pula adalah seperti edisi AQ pada tahun-tahun sebelum ini iaitu Ustaz Mohd Nazeri Abdullah yang akan menilai aspek Qiraat, Ustaz Radzi Kamarul Hailan (Tarannum) dan seorang juri baru menggantikan Ustaz Zamri iaitu Ustazah Asni Mansor (Tajwid dan Fasohah).


Sumber : METRO & Imran Shamsir





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More