Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, June 28, 2010

" Selebriti wanita yang bertudung mempunyai potensi untuk pergi jauh "

BERITA @ FN

Erma Fatima Mahu Cari Gadis Muslimah Sejati !




Murai Batu dengar penerbit dan pengarah filem wanita penuh kontroversi iaitu Erma Fatima yang juga isteri kepada Bade Hj Azmi tengah pening kepala sekarang ini.

Apa tidaknya, sekarang ini dia tengah sibuk memikirkan siapakah pelakon wanita baru yang sesuai memegang watak utama dalam drama bersiri Tahajjud Cinta yang bakal diarahkan untuk pihak TV3.

Memanglah kita sudah ada banyak pelakon wanita yang baru sekarang ini. Tapi, kalau boleh kak Erma kita ni nakkan seseorang yang bertudung.Hmmm..Kalau selebriti yang bertudung memang tak banyak. Tapi adalah walaupun boleh dibilang dengan jari.

Cuma Murai Batu bimbang pula ia tak bersesuaian pulak dengan kriteria yang kak Erma mahu. Lebih-lebih lagi bila dia cakap dia nakkan orang yang baru.

Ada juga pihak yang menyarankan kepada kak Erma supaya cari sesiapa saja pelakon baru yang boleh memenuhi kriteria kak Erma tu. Lagipun pelakon baru ada banyak berlambak kat luar sana. Lepas tu, suruh sajalah mereka pakai tudung.

Alah macam Tiz Zaqyah dalam drama bersiri Nur Kasih tu. Dia hanya bertudung semata-mata untuk drama itu saja. Di luar daripada drama itu, dia macam biasa macam pelakon lain yang tak berudung juga.

Tapi, nampaknya gayanya kak Erma tak setuju dengan saranan tersebut. Sebaliknya, dia tetap nak cari orang baru yang bertudung dan ada bakat dalam bidang lakonan.

Alasannya, kenapa kita mesti nak cari pelakon yang tak bertudung untuk bawakan watak-watak muslimah yang sebegitu? Kenapa kita tak cari saja orang-orang yang memang bertudung. Setidak-tidaknya, dia mampu menjiwai watak seorang muslimah dengan betul.

Seperkara lagi, kak Erma buat macam tu ialah sebab untuk memperbanyakkan lagi selebriti wanita yang bertudung yang mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam pelbagai cabang dalam bidang seni ini.

Kalau macam tu, baguslah kak Erma. Sebab sekarang ini pun dah banyak syarikat produksi yang menerbitkan drama-drama yang berkonsepkan keIslaman. Lebih-lebih lagi bila sudah ada saluran yang berbentuk Islamik seperti Astro Oasis.

Jadi, bakat-bakat baru yang bertudung atau berimej Islam ini dapat juag diketengahkan dalam drama-drama atau program-program seperti ini nanti.Patutlah dalam telefon bimbit kak Erma tu asyik kedengaran lagu-lagu nyanyian daripada Yuna saja.


Sumber : Murai




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More