Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, May 21, 2010

PELANCARAN ALBUM “WE’RE BROTHERS AND SISTERS” 2010

BERITA @FN

“WE’RE BROTHERS AND SISTERS”

Oleh GENIUS AULAD Talents

PELANCARAN ALBUM “WE’RE BROTHERS AND SISTERS”

Album We’re Brothers and Sisters ini merupakan usaha murni Genius Aulad Learning Consultancy Sdn. Bhd. (Genius Aulad) dalam menghasilkan produk hiburan Islam bukan sahaja bagi pasaran tempatan, malah untuk pasaran antarabangsa.

Sesuai dengan misi membawa produk ini ke peringkat antarabangsa, Genius Aulad Talents yang terdiri dari pelajar dan bekas pelajar Genius Aulad yang berusia 3 hingga 12 tahun turut sama mengundang kumpulan nasyid antarabangsa Raihan untuk bergandingan di dalam dua buah lagu iaitu We’re Brothers and Sisters dan The Last Train.

Terdahulu album We’re Brothers and Sisters telah dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada 28 Mei 2010 bertempat di Perth, Australia.

Pelancaran album ini di Malaysia pada 3 Jun 2010 pula ada bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 1 Jun setiap tahun.

MESEJ PERSAUDARAAN SEJAGAT

Album ini menampilkan irama kontemporari dan rentak perkusi sepenuhnya, di samping alunan suara kanak-kanak dari Genius Aulad Talents begitu ceria dan bersemangat dalam melaungkan mesej persaudaraan, kasih sayang dan cinta kepada Allah dan Rasul, agama, ibu bapa dan semua insan.

Ia diperkukuhkan lagi melalui jaringan antarabangsa di antara Genius Aulad dan Islamic Relief Worldwide & Islamic Relief Malaysia melalui penerbitan klip video We’re Brother and Sisters yang telah pun diedarkan ke serata dunia.

Apa yang lebih membanggakan, beberapa buah lirik lagu di dalam album We’re Brothers and Sisters telah ditulis sendiri oleh pelajar-pelajar Genius Aulad, melambangkan keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk menyatakan hasrat dan pendirian murni mereka kepada seluruh dunia.

PENJENAMAAN ANTARABANGSA GENIUS AULAD

Sebagai pusat perkembangan kanak-kanak tiga hingga enam tahun, Genius Aulad merupakan pilihan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mempelajari dan memperolehi asas pendidikan berbahasa Inggeris serta kurikulum berteraskan prinsip-prinsip rukun Islam.

Sistem pendidikan yang komprehensif serta menggabungkan teknik dan method pendidikan moden menjadikan Genuis Aulad berkembang dari 20 pelajar pada awal penubuhannya pada tahun 2004 kepada 1000 pelajar sehingga kini.

Penerbitan album We’re Brothers and Sisters merupakan langkah terbaik menjadikan Genius Aulad sebagai produk tempatan yang mampu menempa nama diperingkat antarabangsa.

Ia merupakan rentetan penerbitan VCD muzikal “Happy To Solat” dan pelbagai pencapaian yang membanggakan di peringkat nasional. Antaranya sebagai Top Winner di NTV7 Children’s Grand Theatre Festival 2006, dan Anugerah Pencapaian Cemerlang 2009 oleh Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Usaha membawa nama Genius Aulad secara umum dan Malaysia secara khususnya ke peringkat antarabangsa adalah selari dengan misi Genius Aulad, “Inspiring young Muslims to create a wonderful world to live in, for everyone”.

Asas islami yang diasuh dan dipupuk di Genius Aulad kini dapat dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja kanak-kanak, malahan album ini sesuai didengari dan dihayati oleh seisi keluarga.

GENIUS AULAD PENCETUS NASYID URBAN KONTEMPORARI ERA BARU

Melalui album We’re Brothers and Sisters, ia akan menjadi pencetus kepada muzik nasyid urban kontemporari era baru, sebagai alternatif hiburan berinformasi masa kini. Namun, ia bukanlah bermaksud menjadikan kanak-kanak Genius Aulad Talents sebagai artis, serta mengeksploitasi bakat mereka.

Asas islami yang diasuh dan dipupuk di Genius Aulad kini dapat dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja kanak-kanak, malahan album ini sesuai didengari dan dihayati oleh seisi keluarga.

INFORMASI ALBUM “We’re Brothers and Sisters”

Terbitan : Genius Aulad Edutainment
Genius Aulad Edutainment, sebuah anak syarikat kepada Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd yang mempunyai hampir 90 orang kakitangan di 8 buah premisnya, adalah komited dalam usahanya untuk pendidikan berkualiti dan penuh kreativiti kepada kanak-kanak melalui pelbagai pendekatan :
- Prasekolah
- Produksi audio dan video
- Penerbitan bahan bacaan

Album “We’re Brothers and Sisters” ini adalah merupakan projek terbaru Genius Aulad yang mensasarkan golongan kanak-kanak , awal remaja dan seisi keluarga. Album ini mendapat usahasama Islamic Relief Worldwide dan Islamic Relief Malaysia dalam mempromosikan keamanan seluruh dunia.

Objektif:
Genius Aulad telah melibatkan diri dalam pelbagai pendidikan kreatif kanak-kanak sejak 10 tahun lalu dan kini tiba masanya untuk berkongsi kreativiti tersebut bersama lingkungan yang lebih luas, kanak-kanak dari seluruh dunia.

Pelancaran:
Pengumuman pelancaran dibuat pada 16Mei 2010 di majlis Musical Showcase oleh kanak-kanak yang menyanyikan lagu-lagu dari album tersebut . Pelancaran pula dibuat pada 28 Mei 2010 di Perth,Australia bersempena dengan International Children’s Day yang disambut pada 1 Jun setiap tahun.

Pengedar:
Raihan Records – Pengedar Eksklusif.
Pengedar Utama – Warner Music dan Wahyu Suci.

Format:
Cakera Padat, Muat Turun Digital

Penerbit:
Puan Zaliza Alias, Genius Aulad Edutainment.

Penerbit Album:
Mohd Nazri Mohd Yusoff

Konsep : Nasyid URBAN KONTEMPORARI
Era Baru untuk Nasyid Urban Kontemporari. Penggunaan suara dan `percussions’ dalam irama genre terbaru yang menyeronokkan .Sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Berkonsepkan kombinasi dari pelbagai resipi Antarabangsa . Walaupun dinyanyikan oleh kanak-kanak, konsep yang dibawa didalam album ini adalah begitu kontemporari dan begitu sesuai untuk selera seisi keluarga!

Tempoh Rakaman :
Album ini mengambil masa perlahan-lahan hampir dua tahun untuk disiapkan. Ianya disiapkan secara sambilan sepanjang hampir dua tahun; cuma dilihat sekali-sekala apabila ada masa terluang terutamanya waktu cuti sekolah .

Penyanyi:
GENIUS AULAD Talents feat RAIHAN.

GENIUS AULAD Talents

GENIUS AULAD Talents ..bukanlah kumpulan penyanyi atau artis. Mereka adalah terdiri daripada kanak-kanak prasekolah dan bekas prasekolah berusia antara 3 ke 12 tahun , dengan pelbagai bakat dari GENIUS AULAD yang dipilih secara rawak. Bagi anak-anak kecil yang kini sudah pun membesar sebagai gadis-gadis Muslimah, keputusan mereka untuk hanya berada di belakang tabir adalah dihormati. Walau tidak muncul di atas pentas nyanyian, mereka sentiasa bersedia sekiranya dipanggil untuk ditemuramah atau program bual bicara dan sesi fotografi.

Di sebalik kemunculan mereka yang `low profile’ , GENIUS AULAD Talents, adalah sebenarnya kanak-kanak yang begitu aktif dalam pelbagai penglibatan kreatif . Antara lain, mereka pernah memenangi Top Winner di NTV7 Grand Children Theatre Festival 2006, bakat-bakat di dalam VCD Happy To Solat , sketsa Doa Berbuka Puasa tahun 2008 di TV3 di samping pelbagai persembahan teater . Dan yang paling penting adalah akhlak dan kecemerlangan akademik mereka.

RAIHAN


RAIHAN adalah kumpulan nasyid yang telah memenagi pelbagai anugerah selama hampir 15 tahun. Mereka telah menjelajah keserata dunia menyampaikan mesej keamanan kepada pelbagai negara dan agama. Dianggotai oleh empat orang ahli; Abu Bakar, Amran , Zulfadli dan diketuai oleh Che Amran.

Lagu:

Terdapat 9 buah lagu di mana beberapa lagu dimulakan dengan ucapan-ucapan kecil mengenai tema lagu yang berkaitan .

1. The Last Train
Komposer : Lab Lirik : Aisha Scott Abdullah
Tema: Walau sejauh mana pun kita pergi, Mekah dan Madinah
adalah tempat yang paling menjanjikan ketenangan jiwa .

2. We love Nabee Muhammad
Komposer : Ellay Lirik: Liz Azar Sleimann
Tema : ikrar sebagai seorang Muslim, keistimewaan sebagai umat Nabi.

3. When I Grow Up
Komposer : Lab Lirik: adik Safiah Hafiez
Tema : impian kanak-kanak apabila dewasa, segalanya adalah
ketentuan Allah. Versi Islamik untuk lagu `Que Sera-Sera’.

4. Presents
Komposer : Lab Lirik: Aisha Scott Abdullah
Tema: hari jadi, ingatan adalah hadiah paling berharga,
kasih sayang keluarga.

5. Ipoh Tree
Komposer : Ellay Lirik: adik Safiah Hafiez
Tema : hargai alam sekitar , sayangi hijauan alam,Allah memberi
kehidupan kepada semua.

6. My Kind Grandma
Komposer : Lab Lirik : Aisha Scott Abdullah
Tema : Hari Ibu, sayangi dan hormati orang tua.

7. Why
Komposer : Lab Lirik : Aisha Scott Abdullah
Tema : 5 perkara dalam rukun Islam , mengapa kita perlu tunaikan
setiap rukun tersebut.

8. Wudhu’
Hakcipta Terpelihara Lirik : adik Safiah Hafiez
Tema : cara-cara mengambil wudhu, galakan untuk rasa seronok
mengambil wudhu’ sebelum bersiolat.

9. We’re Brothers and Sisters
Komposer : Lab Lirik: Liz Azar Sleimann
Tema : hargai anak-anak , untuk kanak-kanak malang seluruh dunia,
Islam itu besaudara, sayangi dunia kita

Harga Pasaran : RM25.90 sahaja.


Sumber : BUDIEY




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More